assalamualaikum...hurm mood tengah tak baik nie... minggu nie tetiba kne dapatkan tajuk ntok thesis... aq punyalah cuak plus haru biru.. x tau nk buat tajuk apa... engat senang ke... kadang2 tajuk best tp x de kajian literature pulak.. aq pown x tau yg aq punya tajuk nie ada kajian literature @ x??? warghh sadissss... serius dah melelehh dah nie.... Ya Allah bantulah hambamu ini.... chaiyokk raihan jangan mengalah k... x tau nk mngadu at spe selain Allah... mama.. i need u now... kann mama dah suruh balik x nak balik... sape suruh... ngrrrrr
idea untok tesis aq mcm nie tau.. aq nk kaji pasal apa yang dibuat oleh pekerja muzium untuk mempromosikan muzium sebagai satu tempat yang menarik dilawati oleh masyarakat... tp nk spesifikkan dye aq mcm lostt abis... mcm da terpesong abiz... rasa mcm semangat yg berkobar2 nk buat tesis sblum nie hilang?? motif?? ngrrrrr
STREESSS
idea yg kedua aq nk buat adaptasi budaya melayu dalam masyarakat portugis. kajian kes: perkampungan portugis, melaka
yang nie idea aq..aq nk kaji tentang cara hidup yang diamalkan oleh masyarakat portugis sekarang... aq nk tau yg masyarakat nie masih x mengamalkan lagi budaya mereka... mereka nie diberi kerakyatan malaysia... bla bla bla.....
NEVER EVER EVER GIVE UP!!!
IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!
Friday, September 19, 2014
Wednesday, September 10, 2014
DASAR DAN PENDEKATAN MALAYSIA DALAM MENGURANGKAN PERLAKUAN JENAYAH
Assalamualaikum...
lama rasa nyew x mnjengah ke ruangan ini... skrng nie musim final exam bg sem 2 tahun2013/2014... gud luck kepada semua rakan2 yang mengenali diri ini. diharap kalian dapat menjawab dengan mudah... alhamdulillah segala excimnt da siap dgn jayanya... harap dengan perkongsian maklumat di bawah berkaitan dengan dasar dan pendekatan dalam mengurangkan jenayah di malaysia dapat membantu anda semua... segala salah silap harap ditegur.. saya budak baru belajar.. excmnt yg saya nk kongsi nie berkaitan dengan perubahan sosial dan pembangunan.. :)
lama rasa nyew x mnjengah ke ruangan ini... skrng nie musim final exam bg sem 2 tahun2013/2014... gud luck kepada semua rakan2 yang mengenali diri ini. diharap kalian dapat menjawab dengan mudah... alhamdulillah segala excimnt da siap dgn jayanya... harap dengan perkongsian maklumat di bawah berkaitan dengan dasar dan pendekatan dalam mengurangkan jenayah di malaysia dapat membantu anda semua... segala salah silap harap ditegur.. saya budak baru belajar.. excmnt yg saya nk kongsi nie berkaitan dengan perubahan sosial dan pembangunan.. :)
1.0 PENDAHULUAN
Seluruh dunia sedang mengalami suatu perubahan global yang dikenali
sebagai ‘urbanisasi’ atau perbandaran. Ambe (2003) dalam Nor-Ina Kanyo &
Norizan Hj Md Nor (2007) mengatakan
bahawa fenomena ini semakin pesat berlaku khususnya di rantau Asia. Menurut
laporan United Nations (1996), negara
membangun akan menjadi kawasan tumpuan pembangunan dan penduduk menjelang tahun
2015 (Alain, 1999:24) dalam Nor-Ina Kanyo & Norizan Hj Md Nor (2007).
Menurut Davis (1969),
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggunakan indikator peningkatan
penumpuan penduduk di kawasan bandar sebagai kayu ukur kepada kepesatan
urbanisasi (Pacione,2001:78). Perbandaran sering kali dianggap sebagai petunjuk
modenisasi, peningkatan taraf hidup serta kemajuan sama ada di negara membangun
atau negara maju, kerana pembandaran merupakan prasyarat untuk pemodenan dan
perkembangan (Clark, 1982:44). Oleh itu. Perbandaran merupakan satu elemen
penting terhadap kemajuan sesebuah negara. Dalam kepesatan perbandaran,
pelbagai perubahan akan berlaku iaitu meliputi aspek seperti ekonomi,
demografi, politik, budaya, teknologi, sosial, dan faktor persekitaran semula
jadi yang mana perubahan-perubahan ini merupakan petunjuk kepada kepesatan
perbandaran (Nor-Ina Kanyo & Norizan Hj Md Nor. 2007:2).
Hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju-industri diungkapkan
dalam wawasan 2020. Matlamat Malaysia ialah mencapai pembangunan ekonomi yang
mengimbangi pembangunan dan keadilan sosial serta boleh dinikmati oleh
segolongan besar rakyat. Namun demikian, seiring dengan kepesatan,
perkembangan, kemajuan serta pembangunan infrastruktur, manusia telah
mencetuskan pelbagai fenomena sosial seperti penagihan dadah, pelacuran dan
sebagainya yang merangsang kepada berlakunya perlakuan jenayah. Masalah jenayah
merupakan di antara kesan negatif yang agak ketara sejak kebelakangan ini.
Fenomena peningkatan kadar jenayah lazimnya mempunyai perkaitan dengan
kepesatan perbandaran. Knox (1994) dalam Nor-Ina Kanyo & Norizan Hj Md Nor.
(2007), menjelaskan bahawa setiap perubahan yang berlaku dalam bandar saling berhubung
kait kesan daripada proses perbandaran. Rohana Yusof (2010) juga menjelaskan
bahawa perubahan yang berlaku bukanlah semata-mata suatu kemajuan tetapi turut
melibatkan suatu kemunduran dari masyarakat yang bersangkutan, yang turut
melibatkan bidang-bidang kehidupan yang tertentu.
Perlakuan jenayah merupakan
fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia termasuk
Malaysia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi
kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pemerintah
mahupun masyarakat awam keseluruhannya. Peningkatan ini bukan petunjuk kepada
ketidakberkesanan langkah dijalankan, namun terdapat pelbagai faktor dalam
mempengaruhinya yang meliputi faktor ruangan dan bukan ruangan serta
kecanggihan sains dan teknologi menyebabkan permasalahan ini semakin rumit,
kompleks dan bersifat global yang semakin sukar dibendung. Menyedari
peningkatan permasalahan ini yang seiring dengan kepesatan pembangunan negara,
pihak kerajaan telah bertindak proaktif melaksanakan beberapa dasar atau
pendekatan dalam membendungnya sejak dari peringkat awal, seterusnya memenuhi
hasrat masyarakat yang ingin hidup bebas, aman damai serta sejahtera daripada
sebarang permasalahan perlakuan jenayah (Nor-Ina
Kanyo, Norizan Hj Md Nor dan Ruslan Rainis, 2013: 225).
2.0 DEFINISI KONSEP
2.1 Perubahan sosial
Menurut Gerth
dan Mills (1964) dalam Rohana Yusof (2010), perubahan sosial adalah sesuatu
proses yang berlaku satu urutan masa
terhadap peranan dan institusi sesuatu sistem sosial. Perubahan yang
dimaksudkan boleh disifatkan sebagai ke arah kemunculan kemerosotan ataupun
pertumbuhan sistem sosial berkenaan.
2.2 Konsep Pembangunan
Umumnya
pembangunan adalah suatu konsep yang luas dan komprehensif. Terdapat
berbagai-bagai-bagai pengertian daripada ahli-ahli sosiologi dan juga ahli-ahli
ekonomi. Menurut Meier (1960), pembangunan adalah suatu proses di mana
pendapatan per kapita sesuatu negara naik dalam sesuatu jangka masa. Begitu
juga Hagen (1978), menyatakan bahawa pembangunan seharusnya menekankan kepada
penambahan dalam pengeluaran dan produktiviti negara (Rohana Yusof, 2010: 275).
Dengan
itu dapatlah dikatakan bahawa pembangunan dilihat sebagai satu fenomena
ekonomi. Oleh yang demikian pengukuran-pengukuran ekonomi seperti GNP dan per
kapita kerap digunakan sebagai penunjuk kepada pembangunan. Tetapi menurut
Jhingan (1966) pula pertambahan dalam pendapatan per kapita tidak semestinya telah
meningkatkan taraf kehidupan rakyat seluruhnya secara sebenar. Oleh itu Seers
(1969) menyatakan pembangunan tidak boleh disamakan engan pertumbuhan ekonomi.
Menurut beliau pembangunan mesti mengambil kira tiga ciri penting iaitu
mengurangkan kemiskinan, mengurangkan pengangguran, dan juga mengurangkan
ketidaksamarataan antara rakyat. Jadi pembangunan bukanlah setakat meningkatkan
pengeluaran atau pendapatan tetapi juga merangkumi keperluan asas bagi setiap
orang dan negara (Rohana Yusof, 2010: 275).
2.3 Konsep Jenayah
Jenayah adalah
sesuatu yang abstrak dan pengertian jenayah telah banyak dihuraikan secara
mendalam oleh ahli-ahli kriminologi. Beberapa pengertian yang telah diberikan
oleh ahli kriminologi tentang jenayah. Jenayah didefinisikan sebagai suatu
tindakan luar kawalan di mana ia telah melanggar nilai-nilai kemasyarakatan. Ia
merupakan kesalahan atau dosa yang berat yang berkaitan dengan perlakuan yang
menyalahi undang-undang serta bertentangan daripada norma dan akhlak yang
terdapat dalam masyarakat (Bloch & Geis, 1970). Jenayah adalah kekeliruan
yang timbul dalam kalangan masyarakat. Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah
adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada individu tersebut serta
masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan tersebut
(Muhammad Amirulfaiz, 2012: 12-13)
Menurut
Siti Zaharah & Datin Nor Aini (2010), jenayah merupakan perbuatan yang jika
dilakukan akan menyebabkan pelaku itu didakwa oleh pihak berkuasa dan dikenakan
hukuman oleh pihak berkuasa. Apa yang terjumlah kepada satu kesalahan jenayah
berbeza mengikut susunan masyarakat yang dipengaruhi oleh agama, budaya dan
latar belakang. Apa yang jelas, perbuatan salah yang tidak boleh diterima oleh
semua ahli masyarakat menjadi satu kesalahan jenayah. Norma biasa misalnya,
tidak membenarkan masyarakat menerima perbuatan membunuh sebagai satu perbuatan
yang boleh diterima. Semua berpendapat bahawa perbuatan itu salah di sisi moral
dan agama kerana tiada seorang pun yang berhak mengambil nyawa orang lain,
walau apa pun sebabnya. Dalam keadaan ini maka perbuatan membunuh menjadi satu
perbuatan jenayah bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.
Menurut
Joan Ferrante (2010),
“ A crime is an act that breaks a
law. A law is a rule governing conduct created by those in positions of power
and enforced by entities given the authority to do so, such a police”.
Menurut beliau lagi,
“when sociologists study crime they ask,
“who avoids detection, who gets caught, and who goes to prisons?”
Jenayah
menurut Abd. Latif Muda & Rosmawati Ali ialah kesalahan dan perbuatan yang
dilarang di sisi undang-undang syarak dan pesalah akan dikenakan hukuman hudud,
qisas dan ta’zir. Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan
untuk menceroboh harta benda, kehormatan anggota dan tubuh badan manusia serta
semua kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah, seperti minum arak, tidak
berpuasa, tidak sembahyang dan kesalahan yang berkaitan dengan hak manusia,
seperti mencuri dan menceroboh.
2.4 Konsep Keselamatan awam
Keselamatan
menurut dewan edisi keempat, keselamatan ditakrifkan sebagai perihal selamat,
kesejahteraan, serta keamanan. Di mana antara pihak yang terlibat untuk menjaga
keselamatan ialah polis, tentera bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan
masyarakat, bangsa dan negara. Manakala awam pula bermaksud masyarakat yang
tinggal dalam sebuah kelompok yang ramai.
Jadi dapat disimpulkan bahawa keselamatan awam bermaksud menjaga
kesejahteraan masyarakat daripada ancaman, membanteras gejala jenayah dan
sebagainya.
3.0 TREND JENAYAH DI
MALAYSIA
Perlakuan jenayah merupakan antara permasalahan sosial yang melanda
di Malaysia sejak dulu lagi dan peningkatannya dipengaruhi oleh pelbagai
faktor. Namun demikian, tidak dinafikan perubahan dan pembangunan yang pesat
telah membawa kepada peningkatan jenayah di kebanyakan tempat. Masalah jenayah
ini juga dikatakan semakin kompleks dan sukar dibendung kesan daripada kemajuan
dalam sains dan teknologi. Corak pembangunan di negara ini adalah unik di
bandingkan dengan negara-negara lain. Ini kerana Malaysia tidak menghadapi
masalah tekanan penduduk, bencana alam dan kesan peperangan (Maimunah,1992; Nor-Ina
Kanyo, Norizan Hj Md Nor & Ruslan Rainis. 2013). Merujuk kepada Jabatan
Perangkaan Malaysia (2012), terdapat peningkatan dari segi peratusan bilangan
penduduk yang tinggal di bandar berbanding luar bandar iaitu peratusan penduduk
telah meningkat daripada 73% pada tahun 2013 kepada 73.7% pada tahun 2014. Pada
tahun 2020 peratusan penduduk bandar dijangkakan akan mencecah 77.2%. Walaupun peningkatan penduduk di kawasan
bandar membuktikan tercapainya perbandaran, namun ia akan membawa kepada
peningkatan kepada berlakunya perlakuan jenayah di bandar.
Merujuk
kepada laporan perbandingan jenayah mengikut tahun iaitu perkiraan ke atas
setiap 100,000 orang penduduk, didapati kes jenayah semakin terkawal (Utusan
Malaysia, 2001). Namun demikian, merujuk kepada statistik trend jenayah negara,
didapati jenayah negara menunjukkan peningkatan setiap tahun (Laporan Tahunan
Polis Diraja Malaysia 2008). Jenayah terbahagi kepada 4 iaitu jenayah
kekerasan, jenayah harta benda, jenayah komersial dan jenayah narkotik.
Jenayah kekerasan
merujuk kepada jenayah bunuh, rogol, samun berkawan bersenjata api, samun
berkawan tidak bersenjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api,
dan mencederakan. Pada tahun 2007 bilangan jenayah indeks yang dilaporkan
adalah berjumlah 35,159 kes dan meningkat kepada 37,817 kes pada tahun 2008.
Kemudian kes ini meningkat lagi kepada 40,738
kes pada tahun 2009. Perbandingan jenayah kekerasan pada tahu 2008 dan
2009 bagi nisbah 100,000 penduduk menunjukkan peningkatan sebanyak (7) kes
(5.0%). Kategori kesalahan yang menunjukkan peningkatan adalah kes samun
berkawan tanpa senjata api dan rogol manakala bagi kesalahan lain menunjukkan
penurunan. Pada 18 April 2008, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah
berjaya menangkap (3) lelaki India dan (2) lelaki Cina yang terlibat dalam kes
samun bersenjata api di Pintu 7, aras %, Bangunan Main Terminal Building,
Lapangan Terbang KLIA. Antara barang yang dirampas adalah 5 pucuk pistol semi
auto, 289 butir peluru hidup, wang tunai RM 294,850, SD 12,000,00, USD 129,000
dan 5 pasang gari (Laporan Tahunan Polis Diraja Malaysia 2008).
Jenayah harta benda pula di bahagikan kepada beberapa jenayah
antaranya curi, curi lori/van, curi motokar, curi motosikal, curi ragut, pecah
rumah siang, dan pecah rumah malam. Pada tahun 2007 bilangan jenayah indeks
yang dilaporkan adalah berjumlah 174,423 kes. Namun begitu pada tahun 2008
bilangan jenayah indeks didapati menurun kepada 173,828 kes iaitu mengalami
penurunan sebanyak 595 kes. Pada tahun 2009 juga, jenayah harta benda ini juga
mengalami penurunan iaitu kepada 168,679 kes.
Jenayah komersial pula terdiri daripada jenayah tipu, pecah amanah
jenayah, salah guna harta dengan curang. Jenayah siber, lain-lain tipu,
pemalsuan, wang palsu, kad kredit, AMLA, APPW (Ah Long), kes VCD/DVD,
TS’B’/LUCAH, dan lain-lain kes. Pada tahun 2007 bilangan jenayah indeks yang
dilaporkan adalah berjumlah 10,160 kes dan telah meningkat sebanyak 7151 kes
pada tahun 2008. Majoriti kes mengalami peningkatan kecuali kes salah guna
harta dengan curang mengalami penurunan. Namun begitu penurunannya adalah hanya
1 kes sahaja.
Jenayah narkotik pula merupakan jenayah yang berkaitan dengan
dadah. Sepanjang tahun 2008, rampasan dadah yang di buat oleh Jabatan Siasatan
Jenayah Narkotik menunjukkan peningkatan yang bagi dadah jenis syabu, ganja,
heroin, pil yaba, ketamin, ecstacy dan eramin 5. Dari jumlah rampasan dadah
ini, dilihat peralihan trend daripada dadah jenis tradisional kepada dadah
sintetik. Trend dadah semasa juga menunjukkan pengedaran dadah tidak hanya
tertumpu pada sejenis dadah sahaja tetapi pengedar memasarkan lebih daripada
sejenis dadah.
4.0 DASAR
DAN PENDEKATAN MALAYSIA MENGURANGKAN PERLAKUAN
JENAYAH.
Hasil daripada perbincangan terhadap senario jenayah di Malaysia
dari segi trend adalah membimbangkan masyarakat keseluruhannya. Ia sekali gus
akan menjejaskan kualiti hidup penduduk. Dalam hal ini, terdapat segelintir
masyarakat yang sering menuding jari kepada pihak berkuasa polis di atas segala
kegagalan dan ketidakberkesanan pencegahan jenayah yang dilakukan. Menyedari
kepada peningkatan trend perlakuan jenayah yang mengundang kewujudan
permasalahan sosial dan melambangkan kepincangan negara, pihak kerajaan
Malaysia komited dalam usaha mengurangkan perlakuan jenayah selari dengan
pembangunan negara.
Dalam hal ini, pelbagai dasar, usaha dan pendekatan dilakukan bagi
menangani peningkatan perlakuan jenayah seterusnya meningkatkan kualiti hidup
masyarakat secara keseluruhannya. Komited pihak kerajaan dalam hal ini
diperlihatkan sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Ke-4 iaitu Tun Dr
Mahathir Mohammad. Pendekatan awal beliau dalam mengurangkan perlakuan jenayah
diperlihatkan dengan penubuhan Yayasan Pencegahan Malaysia (Malaysia Crime
Prevention Foundation) pada bulan Januari 1993. Penubuhan ini telah membolehkan
negara terlibat secara langsung dalam forum berkaitan pencegahan jenayah yang
telah dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Asia
Crime Prevention (ACPF) di Shozuka, Jepun. Walaupun Yayasan Pencegahan Jenayah yang
ditubuhkan itu merupakan badan bukan kerajaan (NGO), namun mandat yang
diberikan oleh kerajaan membolehkan badan ini memainkan peranannya dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan pelbagai program pencegahan jenayah di
Malaysia (Jamaludin Mustaffa, 2007: 5-6).
Selain itu, pihak
kerajaan juga telah menjadikan pengurangan jenayah sebagai teras dan agenda
dalam pembangunan negara iaitu dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun selain peningkatan
kualiti hidup. Rancangan 5 Tahun merupakan pelan struktur pembangunan negara yang
dibentuk bagi setiap tempoh 5 tahun. Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7), merupakan
rancangan Malaysia yang mula mengetengahkan aspek jenayah dalam pembangunan
negara. Agenda pengurangan jenayah terkandung dalam Teras ke-4 iaitu
meningkatkan kemampuan kualiti hidup. Bagi tujuan ini, di bawah Rancangan
Malaysia ke-9, kerajaan telah memperuntukkan RM21.2 bilion untuk keselamatan
dan RM4.9 bilion untuk PDRM(Rancangan Malaysia ke-9, 2006). Kerajaan sangat
komited membelanjakan berbilion ringgit untuk memantapkan dan menyediakan
kemudahan yang terbaik kepada pihak PDRM seperti membina kuarters dan balai
polis.
Dalam RMK-10 iaitu rancangan bagi tahun 2011 hingga 2015, aspek
pengurangan dan pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan mewujudkan
persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup. Terdapat 7 perkara yang
terkandung dalam aspek pengurangan jenayah. Antaranya ialah membangunkan
kawasan kediaman berdaya maju dan menarik, membangunkan sistem pengangkutan
awam yang mengutamakan rakyat, mentransformasikan penjagaan kesihatan iaitu
untuk meningkatkan kualiti hidup, menyediakan akses kepada perumahan yang
berkualiti dan mampu milik, menyediakan utiliti dan perkhidmatan awam lebih
cekap, menjadikan jalan dan masyarakat lebih selamat dan menghargai khazanah
alam sekitar.
Tambahan pula, agenda ini diteruskan oleh Perdana Menteri Ke-5
iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada ketika itu PDRM telah mengalami perubahan
secara besar-besaran melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan
Perjalanan dan pengurusan PDRM (SDPPP) pada tahun 2005. SDPPP ditubuhkan
bertujuan untuk membantu pihak PDRM mengatasi masalah jenayah negara, panduan
dalam etika perkhidmatan kepolisan, pengurusan dan mempertingkatkan kualiti dan
mutu kerja PDRM dan anggota PDRM keseluruhannya, dan meningkatkan tahap
keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan PDRM. Selain daripada itu, beliau
juga turut melancarkan Pelan Strategik 5 tahun (PS5T) semasa sambutan Hari
Polis ke-200 pada tahun 2007. Antara tujuan penubuhan ini ialah menurunkan
kadar jenayah, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai polis dalam melaksanakan
tugas, mewujudkan komuniti kepolisan, menjalinkan kerjasama dengan masyarakat,
dan meningkatkan logistik, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) agar polis
dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
Kita
dapat lihat bahawa pelbagai dasar yang dibuat bagi mengurangkan jenayah di
negara ini. Ini dapat dibuktikan apabila pihak kerajaan telah memberi komitmen
sepenuhnya semasa Pembentangan Belanjawan 2008 pada 7 September 2007. Antara
pendekatan yang ingin dilakukan oleh pihak kerajaan ialah memperuntukkan RM 6
bilion, membekalkan 200 unit kereta nasional dan 1600 komputer kepada pegawai
penyiasat dan penolong pegawai penyiasat, menambahkan pengambilan 60,000
anggota baru dalam tempoh 5 tahun akan datang, membekalkan 1900 motosikal untuk
meningkatkan aktiviti pengawasan dan rondaan, memasang lebih banyak kamera
litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan ke pusat kawalan dan seterusnya
menyokong usaha sektor swasta mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan
mereka dengan mempercepatkan elaun modal yang mana ianya boleh dituntut selepas
setahun ke atas pembelian alat kawalan dan keselamatan.
Selain daripada
itu, Perdana Menteri ke-5 juga telah mengumumkan 6 pendekatan baru dalam
membanteras jenayah semasa lawatannya ke PDRM Bukit Aman pada Januari 2008.
Antaranya ialah beliau mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV.
Peruntukan khas sebanyak RM75 juta untuk memasang kemudahan tersebut di
beberapa kawasan strategik di seluruh negara. Walau bagaimanapun, selepas tiga
minggu lawatan rasmi Perdana Menteri ke-5 ke PDRM Bukit Aman, Ketua Polis
Negara (KPN) ketika itu iaitu Tan Sri Musa Hassan telah mengambil beberapa
pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu bagi membanteras jenayah iaitu
pengambilan 3000 pegawai dan anggota bersara secara kontrak bermula pada Mac
2008, membuka 107 balai polis baru yang dinamakan sebagai Balai Polis
Pengoperasian(BPP), membuka 55 pondok komuniti polis yang hanya memberi tumpuan
kepada negeri Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur dan sebagainya.
Merujuk kepada
dasar-dasar serta pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah
kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah
Ahmad Badawi, jelas menunjukkan kepada kita, bahawa kedua-dua mereka ini sangat
komited dalam usaha untuk mengurangkan permasalahan jenayah yang dikatakan
semakin meningkat saban tahun. Justeru itu, dasar dan pendekatan ini dilakukan
secara berterusan sehingga kepimpinan Perdana Menteri ke-6 iaitu Datuk Seri
Najib Tun Haji Abdul Razak.
Pada September 2013,
bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya telah berlangsungnya Forum
Pencegahan Jenayah (Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Awam) yang merupakan
satu inisiatif memberi peserta peluang berbincang, melontarkan idea dan
bertukar-tukar pendapat mengenai permasalahan jenayah pada ketika ini. Peserta
yang terlibat terdiri daripada kakitangan jabatan di bawah Kementerian Dalam
Negeri seperti PDRM, Penjara, JPAM, RELA, penuntut institusi pengajian tinggi,
pesara-pesara kerajaan, ketua-ketua masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Hasil daripada forum ini, kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan dan seluruh
rakyat meletakkan harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap kewibawaan,
profesionalisme dan kecekapan PDRM untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan
negara. Tanpa wujudnya suasana aman dan selamat, maka pelbagai dasar serta
program pembangunan untuk meningkatkan sosioekonomi oleh kerajaan mahupun
sektor swasta tidak akan mencapai matlamatnya. Malahan turut membantutkan
pembangunan negara. Namun begitu, tanggungjawab mencegah jenayah, meningkatkan
dan mengekalkan tahap keselamatan tidak sewajarnya dibebankan kepada pihak
polis semata-mata. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mempunyai kesedaran
terhadap jenayah dengan mengetahui sebab berlakunya jenayah serta kesan negatif
perlakuan jenayah kepada masyarakat serta masa depan negara.
Menurut ahli sosiologi, untuk membanteras masalah jenayah ini, kita
memerlukan suatu bentuk kawalan sosial. Kawalan sosial ini dibahagikan kepada 2
bentuk iaitu formal dan tidak formal. Untuk kawalan sosial yang berbentuk
formal, ia dikendalikan oleh pihak kerajaan, melalui penguatkuasaan
undang-undang, polis, tentera dan sebagainya. Manakala untuk yang tidak formal
pula dengan cara mensosialisasikan individu dalam masyarakat supaya patuh
kepada nilai dan norma serta peraturan melalui sistem kekeluargaan, pendidikan
dan media massa. Proses sosialisasi merupakan satu proses yang dialami oleh
setiap individu supaya dapat menjalankan peranan sebagaimana yang dijangkakan
melalui kebiasaan yang dipraktikkan hari-hari tanpa merasa dipaksa.
5.0 KESAN DASAR DAN PENDEKATAN TERHADAP
KADAR JENAYAH
Pelbagai pendekatan dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah
jenayah di peringkat awal, namun begitu ia dilihat masih kurang berkesan dalam
mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Malahan aspek jenayah merupakan
bidang yang diberi keutamaan dalam pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara
atau dikenali sebagai National Key Result Area (NKRA) di bawah
pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan artau Government Transformation
Programme (GTP). Pada tahun 2009, melalui pelaksanaan NKRA dalam mengurangkan
jenayah menunjukkan bahawa kadar jenayah di seluruh negara menunjukkan
penurunan yang mendadak bagi pelaksanaanya. Di Malaysia, indeks jenayah
mencatatkan penurunan sebanyak 30.2% pada tahun 2009 berbanding 28.7% pada
tahun 2008. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM), 4,567 kes jenayah dilaporkan di Kuala Lumpur pada tahun 2009 menurun
sekali ganda daripada 6,478 kes jenayah yang dicatatkan pada tahun 2008.
Daripada sejumlah 14 jenis kategori jenayah di Malaysia, hanya 4 jenis jenayah
sahaja yang mencatatkan peningkatan. Antaranya ialah jenayah harta benda,
jenayah kekerasan, jenayah komersial dan jenayah komersial bersiri.
Jenayah harta
benda bagi nisbah 100,000 penduduk menunjukkan penurunan sebanyak 34.1 kes
(5.4%). Namun begitu terdapat juga kategori kesalahan yang menunjukkan
peningkatan iaitu kes ragut dan kes pecah rumah. Kes ragut telah mencatatkan
peningkatan sebanyak 15.1% manakala kes
pecah rumah meningkat sebanyak 21.8% pada tahun 2009. Perbandingan jenayah
kekerasan bagi nisbah 100,000 penduduk menunjukkan peningkatan sebanyak 7 kes
bersamaan dengan 5.0%. kategori kesalahan yang menunjukkan peningkatan adalah
kes samun berkawan tanpa senjata api dan rogol manakala bagi kesalahan lain
menunjukkan penurunan. Antara kes yang popular pada tahun 2009 ialah kes
pembunuhan hartawan kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya dan kes rompakan
bank.
Bagi jenayah komersial dan komersial bersiri di bawah kategori
kesalahan tipu telah menyumbang jumlah
tertinggi iaitu sebanyak 13,384 kes (68%) daripada jumlah keseluruhan kes.
Jenayah tipu dan siber juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara
pada tahun 2009. Pada tahun ini juga, jumlah kerugian yang dilaporkan adalah
sebanyak RM1.3 bilion berbanding RM845.5 juta pada tahun sebelumnya. Ini
menunjukkan peningkatan sebanyak RM454.8 juta (54%). Kes tipu dan pecah amanah
jenayah telah mencatatkan jumlah kerugian terbesar iaitu sebanyak RM1.27 bilion
(98%) berbanding kerugian jenayah komersial pada tahun 2009.
Bagi tempoh 2008 sehingga 2009, negara telah digemparkan dengan
tangkapan rakyat tempatan di luar negara yang terjebak dengan ‘keldai dadah’
yang didalangi warganegara asing. Walau bagaimanapun, tangkapan rakyat tempatan
di luar negara sebagai ‘keldai dadah’ menurun sebanyak 31% pada tahun 2009
berbanding tahun 2008. Penurunan ini disebabkan oleh kerajaan telah menjalankan
langkah pencegahan dengan mengadakan Task Force dengan tujuan
meningkatkan tahap profesionalisme, kaedah penyiasatan sistematik, perolehan
dan pengurusan risikan serta sokongan logistik. Selain daripada itu, kerajaan
turut mengadakan ceramah kesedaran dan telah dipertingkatkan di semua
peringkat.
6.0 PERLAKUAN JENAYAH
DAN KESANNYA TERHADAP PEMBANGUNAN
Pembangunan merupakan satu aspek yang amat penting untuk kemajuan
sesebuah negara. Setiap pembangunan itu perlu dirancang dengan rapi dan
diseimbangkan antara pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial. Akibat daripada
tiada perancangan rapi maka akan wujudlah pelbagai masalah. Antaranya ialah
masalah kepada persekitaran dan manusia seperti jenayah, kemiskinan, kelaparan,
kesesakan, petempatan, buta huruf, pencemaran dan sebagainya yang akan
mengakibatkan tahap kualiti hidup di bandar-bandar semakin merosot.
Perubahan dan
pembangunan yang berlaku seiring dengan arus kemodenan akan membawa kepada
masalah jenayah khususnya. Jenayah sering dikaitkan dengan perbuatan devian.
Devian merupakan perlanggaran peraturan atau norma dalam sesebuah masyarakat.
Ia juga membawa maksud bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma
sosial dalam masyarakat. Devian terbahagi kepada dua iaitu devian yang bersifat
formal dan tidak formal. Untuk devian bersifat formal, ia merupakan salah satu
pelanggaran undang-undang atau peraturan formal yang dikenali sebagai jenayah.
Manakala devian tidak formal pula merupakan pelanggaran norma sosial yang tidak
tertulis dalam undang-undang. Devian ini berlaku berpunca daripada hasil lencongan
daripada anomie.
Dalam hal ini,
kita boleh melihat bagaimana sesuatu ketegangan yang berpunca daripada
ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Contohnya dari
aspek jenayah dan pembangunan negara. Emile Durkheim mengatakan bahawa
berlakunya perubahan masyarakat yang cepat kerana meningkatnya pembahagian
kerja. Hal ini akan menghasilkan suatu kebingungan tentang norma, yang akhirnya
membawa kepada keruntuhan norma-norma sosial yang mengatur perilaku masyarakat.
Beliau telah menamakan keadaan ini sebagai anomie. Keadaan ini akan menyebabkan
munculnya segala bentuk perilaku menyimpang (devian). Perkara ini akan dapat
diselesaikan jika terdapatnya kawalan sosial.
Antara kesan
terhadap pembangunan negara apabila kadar jenayah meningkat ialah negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan
membantutkan kerancakan pembangunan negara sekali gus keadaan sosioekonomi
negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
wujud dalam segelintir masyarakat. Perkara ini akan mengundang kepada
peningkatan kadar jenayah dalam negara sejajar dengan peningkatan gejala sosial
dan sekali gus turut meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan
kadar jenayah.
Setiap perubahan yang
berlaku sama ada dari aspek sosial mahupun ekonomi turut memberi impak yang
positif dan negatif dalam masyarakat. Menurut hasil daripada kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa perlakuan jenayah sama ada jenayah harta benda atau jenayah
kekerasan mempunyai perkaitan dengan impak ekonomi seperti peningkatan
pengangguran, peningkatan kos sara hidup, kemiskinan hidup, status pendapatan
yang rendah dan jurang perbezaan kekayaan dalam masyarakat. Selain daripada
impak negatif daripada perubahan ekonomi, perubahan sosial seperti kepesatan
bandar, hubungan keluarga yang renggang, hubungan kejiranan yang renggang,
peningkatan penghijrahan penduduk ke bandar dan status pendidikan yang rendah.
Peratusan persepsi responden terhadap impak perubahan ekonomi dan sosial kesan
daripada kepesatan perbandaran dalam mempengaruhi perlakuan jenayah harta benda
di Daerah Timur Laut. Berdasarkan kajian yang dijalankan , secara
keseluruhannya dapatan menunjukkan bahawa perubahan sosial dan ekonomi berlaku
kesan daripada kepesatan perbandaran mempunyai perkaitan dengan peningkatan
perlakuan jenayah harta benda di Daerah Timur. Selain daripada itu, didapati
perbandaran merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan
perlakuan jenayah harta benda. Didapati daripada 236 orang responden yang
terlibat dalam kajian, seramai 157 orang iaitu mewakili 66.5% bersetuju dengan
kenyataan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa, masalah jenayah berlaku
disebabkan oleh perubahan dan pembangunan pesat yang dibuat oleh negara bagi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Setiap negara tidak boleh
lari daripada masalah jenayah ini.
Kita dapat lihat
bahawa pihak kerajaan sangat komited dalam mengurangkan kadar jenayah. Pelbagai
dasar dan pendekatan yang telah dilakukan untuk mengurangkan masalah jenayah.
Namun begitu, kita tidak boleh hanya menuding jari terhadap kerajaan, pihak
polis dan sebagainya. Malah kita sebagai masyarakat seharusnya bersama-sama
berganding bahu dalam menangani masalah jenayah ini. Apabila masalah jenayah
menjadi tumpuan utama keprihatinan kebanyakan masyarakat maju dan membangun,
maka banyaklah penyelesaian kepada masalah tersebut disarankan. Langkah-langkah
yang disarankan dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Namun begitu, hanya sedikit
sahaja daripada langkah-langkah penyelesaian
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sesebuah negara itu tidak dapat lari dari masalah
jenayah. Masalah ini dilihat berlaku di seluruh dunia negara maju dan sedang
membangun. Malahan ia turut berlaku di negara yang miskin. Pemimpin Malaysia di
lihat sangat komited dalam mengurangkan jenayah. Ketiga-tiga tokoh kepimpinan
yang menerajui negara mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin membawa negara
ke arah negara maju dan terbilang di persada dunia walaupun dalam era kepimpinan
dan menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Pendekatan Tun Dr. Mahathir dapat
dianggap sebagai batu asas dalam dasar pengurangan jenayah di Malaysia. Tun
Abdullah Ahmad Badawi pula dilihat sebagai pemimpin yang memperkasakan PDRM
bagi membolehkan keselamatan rakyat dan negara terus utuh. Pada zaman
pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pula dilihat berperanan
dalam memperkukuhkan dan mentransformasikan agenda aspek keselamatan negara ke
arah yang lebih dinamik. Kegigihan dan komitmen kepimpinan negara dan kerajaan
dalam mengurangkan perlakuan jenayah mendapat pengiktirafan pelbagai pihak dan
agensi sama ada dalam dan luar negara. Ini merupakan penunjuk kepada kejayaan
dan keberkesanan dasar atau pendekatan yang dilakukan negara. Kejayaan
pengurangan jenayah ini dapat menjana kepada pertumbuhan dan pembangunan
sosioekonomi ke arah negara yang lebih komprehensif dalam persaingan ekonomi
global.
P/s ... nota ini bertujuan untuk berkongsi shaja... bnyak kesalahan yg aq buat tau... jgn men copy paste je... sbb ada yg aq letak x lengkap... nie excimnt aq sem lepas TAHUN 2/ sem 2... 2013/2014 ntok subjek perubahan sosial dan pembagunan.... aq ulang lg sekali..ada yg x lengkap...
P/s ... nota ini bertujuan untuk berkongsi shaja... bnyak kesalahan yg aq buat tau... jgn men copy paste je... sbb ada yg aq letak x lengkap... nie excimnt aq sem lepas TAHUN 2/ sem 2... 2013/2014 ntok subjek perubahan sosial dan pembagunan.... aq ulang lg sekali..ada yg x lengkap...
CUTIKU 2 BULAN
ASSALAMUALAIKUM... :)
lama rasanya x menjengah blog nie... rasa2 ada la dlm mnggu exam... klo dikira2 mngikut saat lama jgklah... hahaha
Alhamdulillah keputusan exam pown dah kluar... terima kasih kepada Allah S.W.T yang telah mendengar permintaan hambamu.. semoga sem ini akan muncul lagi kesempatan untuk memproleh kecemerlangan bersama dengan kwn2 yg lain... nk di pendekkan cerita.. pendekk la konon.... ahaakzsss.... sem nie aq ubah cikit cara study aq... mcm study time STPM dolu - dolu..nota tampal at dinding... :)
sblom exam tu aq ada la menjengah ada 1 program yg buat at DECTAR nie... tp x engat la plak apa nama program tu... tp yang penting berkaitan ngan islamik laa... nak dijadikan cerita aq singgah la at 1 booth nie... ntah aq pown x tau nk mengejanya mcm mana... janji paham sudahla,,, ngeee ... lpz tu aq saje2 la nk mnguji mnda aq yg dah lama tinggalstudy pasal hukum2 mengambil wuduk & setiap pergerakan solat.. masalahnya hukum yg di beri complicated... mmg lupa la.. tp boleh la jwb..alhamdulillah... tapii ttbe ada sowang kakak nie soh aq tunggu jap sbb soh aq rasmikan baju rasmi masyarakat bajau @ iban ...aq pown lupa... tup tup aq kne bergambar dgn sowang mamat yang ntah datang dri planet mana... buat selamberr sudah... tp x de lah bergambar sakan.. ada batassnya oii... (MALUTERAMAT) ikut hati nak cabutt je troz....
lama rasanya x menjengah blog nie... rasa2 ada la dlm mnggu exam... klo dikira2 mngikut saat lama jgklah... hahaha
Alhamdulillah keputusan exam pown dah kluar... terima kasih kepada Allah S.W.T yang telah mendengar permintaan hambamu.. semoga sem ini akan muncul lagi kesempatan untuk memproleh kecemerlangan bersama dengan kwn2 yg lain... nk di pendekkan cerita.. pendekk la konon.... ahaakzsss.... sem nie aq ubah cikit cara study aq... mcm study time STPM dolu - dolu..nota tampal at dinding... :)
sblom exam tu aq ada la menjengah ada 1 program yg buat at DECTAR nie... tp x engat la plak apa nama program tu... tp yang penting berkaitan ngan islamik laa... nak dijadikan cerita aq singgah la at 1 booth nie... ntah aq pown x tau nk mengejanya mcm mana... janji paham sudahla,,, ngeee ... lpz tu aq saje2 la nk mnguji mnda aq yg dah lama tinggalstudy pasal hukum2 mengambil wuduk & setiap pergerakan solat.. masalahnya hukum yg di beri complicated... mmg lupa la.. tp boleh la jwb..alhamdulillah... tapii ttbe ada sowang kakak nie soh aq tunggu jap sbb soh aq rasmikan baju rasmi masyarakat bajau @ iban ...aq pown lupa... tup tup aq kne bergambar dgn sowang mamat yang ntah datang dri planet mana... buat selamberr sudah... tp x de lah bergambar sakan.. ada batassnya oii... (MALUTERAMAT) ikut hati nak cabutt je troz....
muka mmg sembab habis laaa... x cukup tido malam tu sbb dok menyiapkan excimn yang tertunggak... x silap aq masa nie aq pose...
lepas tu aq mmg busy ngan exam.. choiii busy la sgt..aq nie bukan jenis yang study hard... mse nie... bg aq walaupun aq x habis baca lg aq perlu tido..sbb sem2 sblom nie bila aq x ckup tido aq ngantokk dlm dewan n malas nak pikir.. main sebatt je jwb..salah betol belakang cerita... lepas abis exam mulalah sesi bergambar kenangan nagn budak2 nie.... jap2 aq try search gambar budak2 kelas aq...
...............LOADING
cakkkk..... jumpa pown... padahal pic nie diambil mase blom abiz exam... ahakkszz
lepas exam apalagi...chawww la... kemas2 barang tu lumrah... bnyak kowt barang aq... ngrrrrr
sampai rumah..aq tido... bgun ttbe ada owg call soh keje ngan dye at bazar ramadhan... perghhh rezeki2.... aq nie bab berniaga boleh lahh.... (x baikk riak) ngehhngehngeh
1st day dok melipat & susun bg cantik cikit bawal2 nie... :) yg penting dapat balik awal... hahaha... klo 4 aq da balik sbb kedai x bukak lg sbb bnyak bnde x settle... selama kerja at cni alhamdulillah...biasalah tu setiap manusia ada kelebihan dan kekurangann.... big bos & kakak & anak2 dye dah mcm kluarga aq walaupun kenal x smpai sebulan... mcm2 bnde yang berlaku sepanjang keje ngan dyeowng... yg x leh blah siap nk jd'n adeq &akq angkat.... :)
nie adeq aq.. MUHAMMAD NAZSROL FAKHRULLAH BIN SULAIMAN (bukan adeq kandung tau)haha baru f1... mmg muka x matang lg... tp aq rasa dye lg matang dri budak f1 yg lain..blaja rajin2...jgn suka ponteng sekolah.... jangan tinggal solat.... agak2 hari2 aq dok membebel bnde yg sama je at dye nie.....
bila dah berpuasa sebulan tentulahh ada hari kemenagannn nya...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ALFATIHAH... rindu sgt ngan ayah.... :'(
tankks didik along jd sowang manusia yang berjaya dunia akhirat... walaupun ayah garang tp along dah nmpak impaknya skrng... bila terkenang time kecik2 dulu aq lahh segala hantu degil... keras kepala... mmg hampir setiap hari kene marah & tido luar...study..klo x kne siram ngan air nila.. kne rotan..hurmm mmg dah sebatilahh ngan jiwa aq.. ahahahah.... tp impaknya boleh nmpak skrng.. mcm x caya je dah final year at UKM nie... sadissss....
jubah nie aq beli online..dpt pown masa puasa... aq x beli pown baju raya... terasa malass nak beraya...makin besar nie.. kemeriahannya x terasa sgt.... aq rasa jubah nie da bpe bnyak kali aq pakai.... lantakklahhh..... janji selesa...
mse cuti ari tu aq ada lahh tolong sepupu aq berniaga baju I AM... klo spe2 berminat mohh le order... :)
AKTIVITI SEPANJANG CUTI RAYA BLA..BLA..BLA
nie mmg aktiviti setiap balik cuti pnjang.. mmg wajib jumpa... (khai. nun. mina, aq) mana x nya sowang sarawak..sowang kedah... nasib ngan ngan nun sme tmpat... g lepak mkn nasi ayam penyet at tesco... kali kedua aq jejak at c uh.. last time jamuan kelas mse f6 bawah... g msjid selat... blablabla
pok de ku kawen lg,,,yezzza!!! alhamdullilah... semoga kekal hingga ke syurga..amin
time ni maklong aq kawen... MAKLONG??? haha... dye muda lg la.. bru 26 taun... datang awal giler pakai baju lawa2... tup2 ke dapur.. dah agak dah... dri atas smpai bawah pinjamann semata2.... kene goreng belacan & ikan masin.... past tu siap lawa2 balik jge booth mashmallow bagai... nyum2...
masjid selatt.... at melaka... indahnya :)
melawat budak babammm nie... alhamdulillah dpt UMK... study leklokk... jgn nk tangkap cintan cintun plak ea... kejarr cita2 dulu...
hantar pengantin... (maklong kawen)... I LOVE YOU MR ARROGANT... :p
segala apa yg dicorat coretkan disini tiada kaitan antara yag masih hidup atau yang tiada lagi... tata... kne masuk mood study balik.. aq nk selongkar jap segala excimnt yg aq buat sem lepas... yelahh nak share ngan kowang... sharing is caring right??? caring is loving??? hahaha... motipppp?? XOXO
assalamualaikum...
Monday, May 19, 2014
MIGRASI DAN ASIMILASI KOMUNITI INDONESIA DI MALAYSIA. KAJIAN KES: SEGAMBUT, KUALA LUMPUR.
ASSALAMUALAIKUM...
saja je nk berkongsi pengalaman menjalankan kajilidikan.. best tau.. klo da nmenyew antropologi dan sosiologi kene bersikap terbuka la sikit.. x boleh nk etnosentrisme sgt... :)
klo video nie x berapa bagus maaf la ea.. sbb x leh nk download yg ok nyew.. beratt bakk anggg~~
saja je nk berkongsi pengalaman menjalankan kajilidikan.. best tau.. klo da nmenyew antropologi dan sosiologi kene bersikap terbuka la sikit.. x boleh nk etnosentrisme sgt... :)
klo video nie x berapa bagus maaf la ea.. sbb x leh nk download yg ok nyew.. beratt bakk anggg~~
Monday, May 12, 2014
FIELDWORK DI ROYAL BELUM,PERAK
ASSALAMUALAIKUM....
hurm... x sabar rse nyew nk crita pengalaman masa kami pergi ke Royal Belum... DAEBAK + AWESOME sgt2 lah... kami budak ANSOS (2012/20130) 1st time g berfieldwork sama2.. jadi masing2 mmg teruja sgt2... fieldwork nie di bawah subjek KETAKSAMAAN DAN MOBILITI SOSIAL yang di kendalikan oleh DR. NOVEL + DR. VIVIEN...
hurm... x sabar rse nyew nk crita pengalaman masa kami pergi ke Royal Belum... DAEBAK + AWESOME sgt2 lah... kami budak ANSOS (2012/20130) 1st time g berfieldwork sama2.. jadi masing2 mmg teruja sgt2... fieldwork nie di bawah subjek KETAKSAMAAN DAN MOBILITI SOSIAL yang di kendalikan oleh DR. NOVEL + DR. VIVIEN...
KEMBARA ANSOS KE ROYAL BELUM
nie banner kami... cantikkan?? :)
HARI PERTAMA
kami dikehendaki berkumpul di FSSK pd pkul 6.30 a.m ntok pendaftaran, sarapan, dan mengangkut barang ke perhentian bas...
BERSELFIE BERSAMA ANSOSIAN SEBELOM BERTOLAK.. ^^
LINDA, IKA, SARA, JUE, YAN (AQ)
semua muka excited time nie... mcm mana la keadaan at Royal Belum tu... harap2 gempak.. acececehh.. ^^
perjalanan dari UKM - ROYAL BELUM mengambil masa dalam 8 JAM.. tp bie bru smpai at jeti jelah.. tp dari jeti nak ke tempat penginapan kiteowng mngambil masa dalam 1/2 jam.. sbb mse nie kami naik house board.. jd lmbt cikit la.. ^^
subhanallah.. cantik sungguh keindahan yang terbentang luas di depan mata....
PULAU PETANDA... nie la nme tempat penginapan kami... alhamdulillah,makanan sedap, tempat selesa walaupun pada hari kedua, bilik kami banjir sbb atap bocor.. terima kasih kpd crew2 pulau petanda kerana telah mengangkat'n kain di ampaian semasa ketiadaan kami... :)
kawasan chalet & dorm kami... :) tasik nie nme nyew TASIK TEMENGGOR... cantik.. airnya suam2 kuku.. bila mndi rasa mcm tgh bersauna.. hahahaha
sesi memunggah barang2.. ^^ apa yang penting??? KERJASAMA :)
apa tunggu lagi.. terjun... DAEBAK... best gila.. tp jujurnya aq x pandai berenang oi.. mse mula2 nak lompat dalam tasik nie terbenam aq... terkapai2 oi.. air tasik ngan air laut nie bebeza tau.. klo air laut kita akan terapung, tp air tasik dye akan menyerap kita... takenote ^__^
suasana malam di Royal Belum.. owh indahnya rasa bila dicintai~~~ merapu2.. ^^ malam tu lepaz solat jama' magrib ngan isya'.. kami makan dan abg latif memberi serba sikit taklimat ntok aktiviti esoknya...
past tu kiteowng menyanyi smbil men gitar... berlatih KUAYER.. ntah la aq pown x tau cmne ejaan nya.. tjuknya SEASONS IN THE SUN daebak.. terkial2 jugak la nk nyanyi...
Westlife
Seasons In The Sun
Goodbye to you my trusted friend
We´ve known each other since we
Were nine or ten
Together we´ve climbed hills and trees
Learned of love and abc´s
Skinned our hearts and
Skinned our knees
Goodbye my friend it´s hard to die
When all the birds are singing
In the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and i´ll be there
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the hills that we climbed were
Just seasons out of time
Goodbye papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how i got along
Goodbye papa it´s hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them i´ll be there
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the songs like the
Seasons have all gone
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the song like
The seasons have all gone
Goodbye michelle my little one
You gave me love and helped
Me find the sun
And every time that i was down
You would always come around
And get my feet back on
The ground
Goodbye michelle it´s hard to die
When all the birds are singing in
The sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the hills that we climbed were
Just seasons out of time
We had joy we had fun we had
Seasons in the sun
But the wine and the song like the
Seasons have all gone
( 3X )
HARI KEDUA
kami dikehendaki bangun seawal yang mungkin... solat subuh, sarapan nasi goreng + telur masin... tetiba kawan aq ina bukak crita yang saw kwn kami bermimpi mengenai telur masin... haha.. ^__^ MOTIF?? rupa2 nya dye yg angkat telur masin smlm.. patotla terbawa2 at mimpi.. LAWAK ok.. :)
tentatif ntok hari ini.. jeng jeng jeng.. ^__^
junggle tracking
tgok bunga reflesia
melawat kg orang asli kg aman damai
mandi air terjun
makan malam BBQ
pembentangan kajilidikan (orang asli)
tentatif ntok hari ini.. jeng jeng jeng.. ^__^
junggle tracking
tgok bunga reflesia
melawat kg orang asli kg aman damai
mandi air terjun
makan malam BBQ
pembentangan kajilidikan (orang asli)
Subscribe to:
Posts (Atom)