Assalamualaikum... hurm now dah pukul 12.44 a.m.. mentang2 lah da abiz exam happy go lucky la ea.. :) nie sje je nk share pasal excimnt sem nie mengenai bajet 2015... skop yang aq nk lihat x silap aq strategi yang kedua iaitu tadbir urus fiskal. Dekat bawah strategi nie ada 3 tindakan yang disediakan oleh kerajaan untuk mencapai skala tadbir urus yang baik.. antaranya ialah pelaksanaan GST, Merasionalisasi Subsidi dan Menyebarluas Strategi Lautan Biru Kebangsaan. kalau ada pendapat yang kurang mnyenangkan harap perbetulkan.. pandangan nie semua merujuk kepada org2 yang berkenaan... bagi saya setiap apa yang nk dilaksanakan oleh kerajaan ada positif dan ada negatifnya. Sebagainya kita lihat dari aspek pelaksanaan GST. kebanyakan masyarakat tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini. Hal ini kerana GST ini membebankan rakyat. Jika kita lihat dari aspek agama terutamanya kebanyakan orang melayu yang beragama Islam diwajibkan membayar Zakat. Jadi apabila pelaksanaan GST ini mereka merasakan ia satu bebanan bagi mereka. okey apa2 kita ikutilah apa yang aq merepek dalam excimnt aq at bawah nie.. HOPE dapat membantu... hope result sem nie x mengecewakan.. I HOPE IT WILL BE OKAY :).. AMIN
Pembentangan bajet 2015 telah diadakan pada
hari Jumaat bersamaan dengan 10 Oktober 2014 bertempat di Dewan Rakyat. Ucapan
ini telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Pembentangan ini telah
dibuat ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Bajet pada tahun
2015 bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’. Sebelum pembentangan bajet
dilakukan, pihak kerajaan sangat mengambil kira keutamaan dan keperluan rakyat
berasaskan semangat ‘Rakyat Didahulukan’ yang mana rakyat diberi peluang
memberi pandangan untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan. Hal ini kerana dalam
merangka bajet 2015, pandangan rakyat dianggap sangat penting kerana sebahagian
besar rakyatlah yang akan menerima kesan baik atau buruknya. Dengan mendapatkan
pandangan rakyat secara menyeluruh, ia sekali gus memudahkan kerajaan untuk
merumus dan mengurus perbelanjaan berasaskan pendapatan negara untuk tempoh
setahun bermula 1 Januari 2015.
Apabila
melihat keadaan dunia pada hari ini, kita dapat lihat bahawa kebanyakan negara
memilih corak perbelanjaan berhemat dalam menguruskan ekonomi masing-masing.
Walau sekecil mana pun idea daripada seorang rakyat, ia tidak boleh dipandang
ringan, apatah lagi jika pandangan yang sama dikemukakan oleh ramai rakyat.
Namun begitu, sebagai seorang rakyat yang mempunyai sifat akauntabiliti, setiap
pandangan yang ingin dikemukakan perlulah disampaikan mengikut saluran yang
diiktiraf supaya dapat dikaji dan diperhalusi. Pandangan yang bernas dan
sebarang idea yang berguna untuk semua masyarakat lapisan masyarakat, biasanya
akan ditapis sebelum dipertimbangkan menjadi inti pati bajet.
Sebenarnya
bukan mudah untuk pihak berkenaan merangka peruntukkan bajet untuk kegunaan
selama setahun. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira supaya pengurusan
kewangan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam usaha mendapatkan
idea sebelum bajet 2015 dirangka, setiap rakyat telah diberi kesempatan untuk
memberikan pandangan mereka tanpa segan silu dengan menggunakan medium yang
telah disediakan. Idea yang diberikan perlulah berasas, dan mempunyai
signifikan tersendiri dan akhirnya boleh disumbangkan kepada negara. Idea dan
pandangan rakyat sangat diperlukan dalam merangka peruntukan bajet 2015. Hal
ini kerana, rakyat sendiri yang mengalaminya dan terbabit secara langsung dalam
aktiviti kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang peniaga di gerai
makanan dan perniagaan tersebut merupakan punca pendapatan bagi seluruh
keluarganya, dia berhak untuk memberikan idea mengenai perniagaan tersebut
untuk penilaian kerajaan. Idea mereka mungkin lebih baik daripada pegawai yang
hanya melihat sesuatu masalah melalui orang tengah ataupun dari jarak jauh kerana mereka
terbabit secara langsung dalam aktiviti perniagaan. Mereka bukan sahaja tahu
secara meluas mengenai harga barangan dalam perbelanjaan perniagaan harian yang
mereka jalankan, malah mereka sangat memahami proses perniagaan. Hal ini kerana,
mereka juga tidak lari daripada sebarang perubahan struktur ekonomi. Jika harga
barang atau kemudahan asas naik, mereka juga turut menerima kesannya. Sebagai
contoh kita boleh lihat, kebanyakan golongan yang berpendapatan rendah, akan
melihat jumlah pisang goreng yang mereka akan peroleh apabila dibeli dengan
harga RM1. Jika dahulu RM1 mewakili lima ketul pisang goreng, hari ini dengan
harga yang sama mereka hanya mendapat tiga ketul pisang goreng. Oleh yang
demikian, mereka akan mengaitkannya dengan kenaikan harga yang tinggi.
Bajet 2015
memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 9.8
bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripada 223.4 bilion ringgit
bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan
pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, 65.5 bilion ringgit adalah untuk
Emolumen dan 38.1 bilion ringgit untuk perkhidmatan dan bekalan. Agihan
terbesar sebanyak 1.66.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan
Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 1.5 bilion ringgit
untuk perbelanjaan lain. Di bawah peruntukkan pembangunan, sektor ekonomi
menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor
sosial 12.6 bilion ringgit yang merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan
perumahan serta kesejahteraan masyarakat. sektor keselamatan pula diperuntukkan
sebanyak 4.9 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran
iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion
ringgit.
Menurut
pembentangan Bajet 2015, kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kemampanan
kedudukan kewangan Negara, untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara
menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai bajet yang seimbang.
Terdapat 3 tindakan di bawah strategi kedua dalam pembentangan bajet 2015 iaitu
strategi untuk memantapkan tadbir urus fiskal. Antara tindakan yang telah
disebut dalam pembentangan ialah melaksanakan Goods Services Tax (GST), Merasionalisasi
Subsidi, dan tindakan yang terakhir ialah Menyebarluas Strategi Lautan Biru
Kebangsaan.
Goods
Services Tax (GST) ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada
pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem
cukai tambah nilai iaitu dikenali sebagai value added tax (VAT). Ini bermakna
nilai cukai akan bertambah pada setiap peringkat urus niaga. GST dikenakan pada
setiap urus niaga kecuali urus niaga itu diberikan pengecualian. Walaupun GST
akan dikenakan pada setiap urus niaga, namun pada akhirnya, pengguna akan
membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisme kredit cukai input tax
credit yang mana cukai yang dibayar oleh sebuah firma dalam proses
pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang
tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar oleh mereka. Sebagai contoh, “Amina
merupakan seorang tukang jahit, dan membeli kain yang berharga RM 100 + RM6 (6%
GST). Amina perlu membayar kepada kedai tersebut sebanyak RM 106 kepada kedai
kain itu. Kedai kain itu perlu menyerahkan RM6 kepada kerajaan. Kemudian kain
tadi dibuat baju, dan dijual kepada Pasar raya dengan harga RM150 + RM9 (6%
GST) yang menjadikan jumlah yang perlu dibayar oleh pasar raya ialah RM159
kepada Amina. Oleh sebab Amina sudah membayar GST sebanyak RM6 ketika membeli
kain tadi, jadi dia hanya perlu membayar bakinya sahaja kepada pihak kerajaan
iaitu (RM9 – RM6 = RM3). Jadi Amina perlu membayar RM3 kepada kerajaan.
Kemudian pasar raya tadi, akan menjual baju tersebut dengan harga RM200 + RM12
(6% GST) kepada ANDA iaitu pelanggan. Jadi jumlah yang perlu dibayar oleh kita
sebagai pelanggan ialah RM212 kepada pasar raya tersebut. oleh sebab pasar raya
tersebut telah membayar RM9 kepada Amina, jadi pasar raya hanya perlu membayar
(RM12 – RM9 = RM3) kepada kerajaan”. Justeru, berdasarkan contoh yang
diberikan kita dapat lihat bahawa akhirnya pengguna akan menanggung sepenuhnya
kos GST.
Pelaksanaan
GST telah diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2014 yang lalu. Kerajaan telah
mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan
GST terutamanya barangan makanan asas. Antaranya ialah beras, gula, garam,
tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu dan
belacan. Selain itu, kerajaan juga akan menyatakan bahawa setiap bekalan air
paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak akan
dikenakan GST. Pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran
sekolah yang merupakan antara perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan tidak
dikenakan GST. Tambahan pula, perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan
bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan
pendidikan dan kesihatan juga dikecualikan oleh kerajaan. Jual beli dan sewaan
rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan juga terpilih untuk dikecualikan
dari GST.
Berdasarkan
kepada maklum balas pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk
meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Antaranya ialah semua jenis
buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk
kopi, serbuk teh, dan serbuk koko, Mi kuning, Kuew Tiaw, laksa dan mihun,
ubat-ubatan penting yang meliputi hampir 2900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini
adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung,
kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan. Selain itu juga,
bahan bacaan seperti buku mewarnai kanak-kanak, buku latihan, dan rujukan, buku
teks, kamus, kitab agama dan surat khabar turut tidak dikenakan GST. Tambahan pula, kerajaan juga bersetuju untuk
menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit
kepada 300 unit pertama. ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan
mendapat manfaat langsung.
Menerusi
pembentangan bajet 2015, kerajaan juga menyatakan bahawa bagi memastikan
pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, kerajaan bersetuju supaya penjualan
runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Oleh itu,
melalui langkah ini pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu
membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG. Secara
keseluruhannya, daripada 994 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam basket
on goods, Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami
penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan
barangan tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut,
selipar, perabot rumah, lampin bayi sabun, daging, telur ayam, minyak masak,
makanan laut, beras dan sayur-sayuran. Manakala sekitar 354 barang dan
perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga iaitu tidak melebihi 5.8
peratus. Untuk memastikan keadaan ini berlaku, kerajaan sangat berharap agar
pihak peniaga bersifat tanggungjawab dengan meningkatkan harga sehingga
membebankan rakyat. Oleh itu, untuk memudahkan rakyat, kerajaan akan
mengeluarkan shoppers’ guide bagi membolehkan mereka membuat
perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
Dalam
pembentangan bajet 2015 juga mengatakan bahawa pelaksanaan GST ini secara
langsung membolehkan kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat seperti
kepada individu dan isi rumah bagi tahun taksiran 2015. Kadar cukai pendapatan
individu akan dikurangkan kepada satu hingga tiga mata peratusan. Melalui
langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak
perlu membayarnya. Manakala golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4000
ringgit ke bawah sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Selain itu
juga, cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula yang mana
pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan kepada melebihi 100 ribu
ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang kini 26% pula,
dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%. Justeru pembayar cukai akan menikmati
penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3%. bagi tahun taksiran
2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga akan dikurangkan kepada 1 hingga 2
mata peratusan. Selain itu, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga
dibenarkan potongan cukai. Bagi tahun taksiran 2016 pula, kadar cukai
pendapatan syarikat dikurangkan 1 mata peratusan iaitu daripada 25% kepada 24%.
Manakala bagi kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan
kepada 1 mata peratusan daripada 20%kepada 19%.
Selain itu,
dalam pembentangan bajet 2015 juga turut menyatakan bahawa pengalaman
antarabangsa telah membuktikan bahawa tahap kesediaan peniaga adalah salah satu
faktor kejayaan pelaksanaan GST. Ini bertujuan untuk membantu para peniaga dan
pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insentif dan bantuan
kepada para peniaga. Antara insentif dan bantuan yang akan dilaksanakan ialah
pemberian Geran sebanyak 100 juta ringgit kepada peniaga untuk menghantar
kakitangan menjalani latihan GST, bantuan kewangan berjumlah 10 juta ringgit
kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan, kos pembelian peralatan dan
perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan dan perbelanjaan latihan
perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan. Secara
umumnya, GST ini telah dilaksanakan oleh 160 buah negara termasuk negara ASEAN.
Malaysia akan melaksanakannya pada 1 April 2015, manakala 2 lagi negara ASEAN
yang belum melaksanakan GST lagi ialah Brunei dan Myanmar.
Rancangan
kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April
2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Menurut Wan Saiful
yang merangkap sebagai Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal
Ekonomi (IDEAS), menyatakan bahawa GST bukan satu perkara yang baru sebenarnya.
Sistem pungutan cukai ini sudah lama dilaksanakan, cuma rakyat tidak perasan
kerana cukai tersebut termasuk dalam harga barang dan perkhidmatan yang telah
digunakan. Ia dikenali sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Sebenarnya
apa yang dicadangkan oleh kerajaan itu merupakan penyatuan di antara kedua-dua
cukai tersebut yang akhirnya menjadi Good and Services Tax (GST). Sebelum ini
kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi iaitu satu mewakili 6% dan satu
cuai lagi mewakili 10%.
Walaupun GST
ini dilihat sebagai satu sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan
memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, namun sesetengah pihak menganggap
pelaksanaan GST ini merupakan satu langkah yang tidak popular yang diambil oleh
pihak kerajaan. Terdapat sesetengah pihak yang bersetuju dan ada juga
sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini. Kebanyakan di
antara mereka menyatakan bahawa pelaksanaan cukai ini akan membebankan rakyat
Malaysia. Memang secara umumnya terdapat barang dan perkhidmatan yang harganya
akan naik, namun masih ada juga sesetengah barang yang harganya akan turun dan
sama. Tambahan pula, kerajaan juga telah bersetuju untuk meluaskan skop barang
yang tidak akan dikenakan GST. Tidak dinafikan memang barang dan perkhidmatan
yang tidak dikenakan GST akan dikawal oleh kerajaan, tetapi bagaimana pula
dengan barang dan perkhidmatan lain. Sebelum GST dilaksanakan lagi kenaikan
harga barang dan perkhidmatan secara sewenang-wenangnya masih tidak dapat
dikawal oleh kerajaan inikan pula apabila GST dilaksanakan. Sebagai contoh harga tiket bas, harga susu
untuk bayi, lampin pakai buang, milo, harga rumah dan sebagainya.
Secara
rasionalnya, pihak kerajaan ingin melaksanakan GST ini kerana ingin memperbaiki
sistem cukai sedia ada. Hal ini kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang
sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna
dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan
isu-isu harga pindahan. Selain itu juga, GST ingin dilaksanakan kerana kerajaan
telah mengalami defisit fiskal kadar dalam keluaran domestik kasar negara
meningkat. Peningkatan ini dikatakan telah berlaku hampir 42 tahun dan hanya 5
tahun sahaja negara mempunyai lebihan hasil dalam peruntukan. Defisit di sini
bermaksud perbelanjaan negara melebihi hasil pendapatan. Justeru, apabila
defisit bertambah, maka ia akan meningkatkan hutang negara. Tambahan pula,
World Bank juga telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai peningkatan
ini dan secara tidak langsung akan menyebabkan kedudukan negara akan turun.
Jika kedudukan negara turun, negara akan mengalami kesusahan untuk mendapatkan
pinjaman dari negara luar.
Walaupun pada awalnya kerajaan ingin
melaksanakan GST bagi membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan
keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari
sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari
membayar cukai, namun GST yang akan dilaksanakan ini hanya akan menyebabkan
inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga hampir kesemua barang yang
akhirnya akan membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan
khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan telah menetapkan
bahawa kadar GST adalah sebanyak 6% yang mana secara relatifnya lebih rendah
daripada cukai sedia ada iaitu cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan
sebanyak 6% dan 10% setiap satu. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan GST
tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sepenuhnya
malah ada barang yang akan turun dan sama harganya jika pihak kerajaan sentiasa
memantau harga yang dikenakan oleh peniaga kepada pelanggan. Tambahan pula,
pihak kerajaan juga telah menggubal Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010
(Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), 2011)
dengan pendekatan mekanisme ini, cukup untuk menjawab hujah tentang isu yang
telah diutarakan oleh sesetengah pihak berkaitan kenaikan harga akibat
pelaksanaan GST. Dengan kewujudan akta serta penguatkuasaan oleh pihak berwajib
boleh mengembalikan semula keyakinan pihak-pihak tertentu terhadap pelaksanaan
GST.
Selain itu juga, kelemahan yang kedua yang
menjadi perhatian pelbagai pihak adalah kadar cukai GST akan meningkat dari semasa
ke semasa, merujuk kepada implementasi yang dilakukan oleh negara-negara yang
telah melaksanakan sistem ini. Singapura salah satu negara yang telah
melaksanakan GST dan kadar GST nya juga meningkat dari tahun ke tahun, 3% pada
tahun 1994, 4% pada tahun 2003, dan 7% pada tahun 2007. Manakala bagi New
Zealand, kadar GST pada peringkat pengenalan adalah sebanyak 10% pada tahun 1986
kadar ini meningkat lebih tinggi kepada 15% pada tahun semasa (Business and
Economics, 2011). Kelemahan yang ketiga pula dilihat dari sudut pengecualian
GST (GST berkadar sifar) yang diberikan kepada sektor perkhidmatan seperti
perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta. Sektor-sektor yang terlibat dalam
pengecualian ini, pengeluar barangan dan perkhidmatan seperti ini tidak boleh
menuntut balik cukai input yang dikenakan ke atas setiap pengeluaran mereka,
oleh itu pada dasarnya memang kita lihat bahawa sektor yang mendapat
pengecualian ini tidak dikenakan sebarang cukai, namun pada hakikatnya, beban
cukai input tersebut kemungkinan akan dialihkan kepada pengguna. Seringkali
kita meletakkan sepenuh perhatian kita ke atas perubahan turun naik tingkat inflasi,
tetapi perlu juga diambil perhatian ke atas eksport Malaysia. Seperti yang kita
tahu bahawa, eksport adalah salah satu daripada item yang diletakkan di bawah
cukai berkadar sifar, menunjukkan bahawa semakin ramai pengeluar- pengeluar
yang perlu untuk menanggung kos cukai yang dikenakan ke atas input pengeluaran.
Setiap pengeluar mula menyatakan rasa kebimbangan mereka, kerana harga mungkin
cenderung untuk naik yang akhirnya menyebabkan permintaan terhadap
barang-barang eksport akan berkurangan, jika tidak pengeluar terpaksa
menanggung kos itu sendiri tanpa memindahkannya kepada pengguna, demi untuk
memastikan permintaan ke atas barangan eksport kekal stabil.
Pelaksanaan GST ini bukan sahaja dilihat dalam
bentuk rasional, malahan terdapat juga segelintir masyarakat yang mengulas
pelaksanaan GST ini secara metafizik iaitu menurut agama Islam. Secara
keseluruhannya terdapat 3 kumpulan (para ulama fiqh) yang mempunyai pendapat
yang berbeza dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Sebenarnya sistem
cukai ini telah wujud sejak zaman pemerintahan awal Islam lagi. Antara cukai
yang dilaksanakan pada zaman tersebut ialah cukai tanah, cukai perniagaan 10%
ke atas perniagaan non-Muslim, dan cukai individu. Namun begitu, cukai yang
dipungut ini bukanlah digunakan untuk kepentingan pihak pentadbir atau
pemerintah pada masa itu, sebaliknya kesemua cukai itu digunakan dengan
sebaiknya untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat. Secara umumnya
perbincangan mengenai hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang
di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan baginya. Urusan politik dan
pentadbiran mestilah dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya. Iaitu perlu
melihat bahawa sesuatu objektif itu perlu membawa kepada kebaikan berbanding
kemudaratan. Secara kesimpulannya, dalam kaedah fiqh ada menyatakan ‘Menolak
keburukan didahulukan dari membawa kebaikan’. Jika benar tanpa pelaksanaan GST,
ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan negara menjadi longgar, maka
tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini perlu dinilai dari
semasa ke semasa. Seperti yang kita ketahui, Malaysia telah melaksanakan
pungutan cukai barang dan perkhidmatan sejak beberapa puluh tahun lepas, namun
untuk menidakkannya secara drastik mungkin agak sukar kerana boleh menimbulkan
kekalutan dalam pengurusan kewangan, pentadbiran awam dan negara serta
dibimbangi akan membawa kepada banyak kemudaratan berbanding mendapat manfaat
dari pelaksanaannya.
Zaharuddin
(2014), akhirnya menyimpulkan bahawa hukum melaksanakan GST ini ialah harus
berdasarkan pertimbangan kaedah ‘yang kurang mudarat dari dua mudarat’. Namun
begitu, pelaksanaan ini perlulah diikat dengan beberapa perkara antaranya ialah
kadar 6% perlu dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang
perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. mungkin menurut pendapat beliau,
kadar 3% lebih sesuai sebagai permulaan. Selain itu juga sebarang ketirisan dan
kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh
Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan drastik dan keras bagi
memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir
awam dan ahli politik yang berkuasa. Pada pendapat saya, ia juga berkait dengan
cara kerajaan menguruskan corak pentadbirannya. Sebagai seorang rakyat
Malaysia, saya tidak mahu setiap laporan mengenai kelemahan dan salah urus
tadbir kewangan yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun
hanya menjadi bebelan awam semata-mata, tanpa ada sebarang tindakan yang jitu.
Selain itu juga, bagi memastikan pelaksanaan GST ini berjalan mengikut apa yang
sepatutnya dicadangkan, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan
lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST seterusnya dapat mengelakkan
tiada lagi pegawai awam yang memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan
mereka sendiri. Selain itu juga pihak
KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme yang baik dan jitu dengan jumlah pegawai
yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga
sejurus GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015. Antara syarat lain ialah, setiap
peruntukan yang diberikan kepada kementerian, jika belum atau tidak digunakan
sepenuhnya pada tahun tersebut hendaklah direkodkan dalam bajet tahun berikutnya.
Selain itu, jangan ada pihak yang memaksa sesuatu jabatan atau kementerian itu
supaya menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian daripada peruntukkan
dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya. Ini dinamakan sebagai pecah
amanah dan merugikan rakyat. Jika pelaksanaan GST menambahkan lagi kemudaratan
kepada rakyat dan peniaga, pihak yang membuat keputusan iaitu pihak kerajaan
telah dikira membuat keputusan yang memudaratkan kepada ahli negara dan
rakyatnya, dan akhirnya akan membawa kepada dosa dan pengabaian amanah.
Secara
keseluruhannya, pelaksanaan dan pengurusan GST yang baik di samping mendapat
kerjasama pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan
boleh meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Walaupun
pelaksanaan dan pengurusan sistem GST dianggap mencabar, namun tempoh yang
selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya diperlukan bagi membolehkan semua
orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada sistem cukai GST ini lebih
adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. masyarakat masih
keliru dan kurang memahami apa itu GST sebenarnya. Pelaksanaan GST ini boleh
dilaksanakan jika pihak kerajaan mampu menyusun semula metode cukai dan mampu
diurus dengan lebih baik, telus, dan lebih kurang menekan berbanding percukaian
cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini. Apa yang penting ialah peranan pihak
kerajaan dalam mencorak cara pentadbirannya agar lebih berintegriti,
akauntabiliti dan telus. Bagaimana sesuatu perkara diselesaikan dan bagaimana
sesuatu perkara terlaksana bergantung kepada bagaimana corak pentadbirannya.
Pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam memberi keputusan. Sebagai contoh dalam
mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pihak kerajaan seharusnya
bersikap tegas dalam menangani isu ini.
Selain pelaksanaan GST, kerajaan
juga bersetuju untuk merasionalisasi subsidi bagi memastikan tadbir usur fiskal
tercapai. Menurut Nurul Aini (2014), subsidi merupakan bantuan kewangan yang
disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Ia bertujuan untuk mengawal harga bagi
beberapa barang dan perkhidmatan keperluan utama. Rasionalisasi subsidi atau
juga disebut sebagai penyelarasan subsidi, merupakan langkah yang akan memberi
impak minimum terhadap individu atau isi rumah namun kesannya ke atas
perbelanjaan kerajaan adalah besar. Oleh itu, menurut Nurul Aini lagi barang
dan perkhidmatan yang di rasionalisasikan subsidi akan ditentukan oleh harga
pasaran. Harga pasaran merupakan satu harga yang ditentukan melalui kuasa
permintaan dan penawaran barang atau perkhidmatan. Jika permintaan melebihi
penawaran, harga secara realitinya akan meningkat. Begitu juga sebaliknya, jika
penawaran melebihi permintaan, maka harga yang ditawarkan akan menjadi rendah.
Namun begitu, salah satu faktor yang menentukan harga pasaran ialah jumlah
barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasaran. Jika barang atau
perkhidmatan ditawarkan dengan mencukupi seperti mana permintaan terhadapnya,
maka harga barang akan menjadi stabil.
Pada tahun
1994, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 588 juta ringgit bagi pelbagai
subsidi. Jumlah ini telah meningkat kepada 40.5 bilion ringgit pada tahun
2014. Bagi menambahbaik kedudukan
kewangan awam, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi
subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Langkah ini bertujuan untuk memastikan
pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan.
Selain itu, kerajaan juga akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi
dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
Menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (2014), kini lebih 2.1
bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95,
diesel dan gas memasak LPG. Kesannya, peruntukan subsidi telah meningkat lebih
14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002 kepada 23.5 bilion ringgit
pada tahun 2013. Hal ini disebabkan oleh pihak kerajaan ingin mengekalkan harga
runcit petrol yang rendah. Peningkatan ini juga disebabkan oleh penggunaan
kereta yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat pada hari ini iaitu
daripada 13.6 juta unit pada tahun 2008 kepada 23.7 unit pada tahun 2013. Oleh
yang demikian, bagi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar dan
mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah merasionalisasi
subsidi, kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baru pemberian subsidi
petroleum yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat (Teks
Ucapan Bajet 2015, 2014).
Menurut
laporan ekonomi 2010/2011, Kementerian Kewangan Malaysia, bermula 16 Julai
2010. Subsidi bahan api terutamanya petrol, diesel dan LPG serta gula telah
dikurangkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berkala program
rasionalisasi subsidi Malaysia. Pelaksanaan program ini telah mengurangkan
perbelanjaan kerajaan sebanyak lebih daripada RM750 juta pada tahun 2010.
Semenjak tahun 1997, hutang kerajaan berkembang sebanyak 10% setiap tahun. Ini
sangat berkait rapat dengan pemberian subsidi tersebut. jika pemberian subsidi
dikekalkan seperti sebelumnya, beberapa masalah mungkin akan dihadapi sebagai
contoh hutang negara akan meningkat. Oleh itu, kerajaan perlu mengurangkan
perbelanjaan bagi memastikan negara mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi
pelaburan masa hadapan. Jika pengurangan subsidi dilaksanakan, ini akan
mengurangkan daya tarikan dalam kalangan pelabur asing dan syarikat
antarabangsa untuk membuat pelaburan di negara ini. Oleh sebab rasionalisasi
subsidi berkaitan dengan rancangan transformasi secara keseluruhan, maka ia
merupakan satu pilihan yang tidak boleh dielakkan lagi (Nurul Aini, 2014).
Walaupun
pemberian subsidi memberi keburukan kepada ekonomi negara dalam tempoh jangka
panjang, namun dari sudut lain tidak dinafikan ada juga kelebihannya dalam
membantu rakyat dan ekonomi. Pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini secara tidak
langsung akan membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekali
gus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti subsidi
petrol. Jika harga petrol tinggi, ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan
sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli-belah, bersiar-siar, inikan pula
ingin pergi melancong di dalam negara. Isu ini secara tidak langsung
mengurangkan putaran ekonomi negara dan akan memberi impak dalam jangka masa
panjang yang mana ekonomi negara akan meleser sekali gus akan merugikan
kerajaan. namun begitu rasionalisasi subsidi petrol merupakan satu langkah
berani kerajaan dengan memastikan subsidi yang diperuntukkan sesuai dengan
kemampuan rakyat dalam penentuan harga petrol.
Selain itu juga, pemberian subsidi secara
pukal dilihat tidak berkesan dalam membantu rakyat yang kurang bernasib baik.
Hal ini kerana, banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan
perniagaan besar. Oleh itu, dalam bajet 2015, kerajaan akan melaksanakan sistem
rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil
kira pendapatan individu bermula Jun 2015. Menurut Timbalan Kewangan iaitu
Datuk Ahmad Maslan, sistem tersebut dilaksanakan bagi tujuan untuk memastikan
hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan mendapat manfaat subsidi petrol.
Hal ini kerana, agihan petrol kepada golongan yang sepatutnya telah tersasar,
dan ia perlu diperbetulkan semula. Justeru, pada Jun 2015 tahun hadapan, pihak
kerajaan ingin memastikan agar golongan yang benar-benar layak sahaja yang akan
mendapat subsidi iaitu mereka yang berpendapatan RM 4000 ke bawah, dan yang
tidak layak tidak akan diberikan subsidi iaitu mereka yang berpendapatan antara
RM 4000 hingga RM 12000. Menerusi sistem ini, pengguna perlu membeli petrol
dengan menggunakan My kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi
menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya. Namun
begitu perkara ini hanya cadangan sahaja, dan masih dalam perbincangan dan
mungkin ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lagi sebelum rasionalisasi
subsidi dilaksanakan. Pihak KDNKK juga meminta kertas cadangan daripada
syarikat-syarikat lain yang ingin membangunkan mekanisme baharu ini. Hal ini
kerana, jika ingin menggunakan idea MyKad sebagai cara untuk memastikan
pemberian subsidi ini tidak tersasar, kerajaan memerlukan kos yang tinggi dan
jika ingin memasukkan data pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat.
Sistem untuk merasionalisasi subsidi ini dilaksanakan kerana kerajaan telah
membelanjakan secara purata sebanyak RM 2 bilion sebulan untuk subsidi petrol
RON95 dan diesel. Data telah mendapati bahawa sebanyak 70% digunakan oleh
mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi dan sekali gus
menunjukkan bahawa pemberian subsidi ini telah tersasar kepada golongan yang tidak
layak mendapatkan subsidi daripada kerajaan.
Namun
begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan telah
menyebabkan pihak pembangkang mengkritik tentang cadangan yang telah
dikemukakan. Pemimpin pakatan rakyat berasa Putrajaya seharusnya memberikan
fokus kepada penyelesaian isu tadbir urus fiskal yang lebih besar berbanding
mekanisme kecil seperti penggunaan MyKad bagi memastikan golongan yang
benar-benar layak menerima subsidi bahan api. Hal ini kerana, menurut pandangan
mereka pembelian petrol dengan menggunakan MyKad tidak akan menyelesaikan isu
subsidi bersasar, sebaliknya bagi mengatasi ketirisan perbelanjaan negara,
kerajaan perlu mempunyai satu jalan penyelesaian menyeluruh terhadap
keseluruhan sistem. Pihak pakatan juga menyatakan bahawa mereka tidak yakin
dengan cara sasaran subsidi minyak menggunakan MyKad. Hal ini kerana, akan
terdapatnya pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menyalahgunakannya, seperti menuang minyak
menggunakan MYKad orang lain. Namun
begitu, pihak pakatan menyatakan bahawa sistem menggunakan MyKad ini boleh
digunakan, cuma mereka bukan ingin melihat mekanisme pengagihan subsidi, tetapi
ingin melihat komitmen kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan
menangani ketirisan serta penstrukturan cukai. Selain itu juga, pihak ini
melihat bahawa, jika sistem MyKad ini dilaksanakan, ia akan menyebabkan nasib
golongan kumpulan berpendapatan sederhana iaitu mereka yang berpendapatan
RM4000 sehingga RM5000 akan terhimpit dengan sistem ekonomi yang sedia ada.
Namun begitu, apa yang penting yang ingin disampaikan oleh pihak ini ialah,
pihak kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan cadangan menggunakan sistem MyKad
ini sebelum kajian menyeluruh dibuat. Hal ini kerana, pengumuman yang belum
matang dan belum ada kepastian yang menyeluruh akan mengelirukan rakyat.
Secara keseluruhannya, rasionalisasi subsidi
ini dilaksanakan bagi membolehkan negara mengurangkan defisit dan mencapai
sasaran pertumbuhannya. Tambahan pula, rasionalisasi subsidi juga merupakan
salah satu isu yang berkaitan dengan perancangan transformasi secara
keseluruhannya, maka ia merupakan satu pilihan yang tidak boleh dielakkan lagi.
Selain itu juga, pengurangan subsidi kepada rakyat juga membolehkan negara
meningkatkan peruntukan bagi sektor-sektor penting negara seperti pendidikan,
kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan, dan seterusnya dapat
mewujudkan pekerjaan melalui pelaburan. Untuk memastikan rasionalisasi subsidi
ini berjalan dengan lancar, kerajaan juga telah melaksanakan langkah proaktif
iaitu dengan mewujudkan pelbagai pendekatan seperti memberi pilihan kepada
pengguna sama ada ingin menggunakan produk petrol RON95 atau RON97. Selain itu
juga, kerajaan juga perlu memastikan badan penguatkuasaan mempertingkatkan usaha
mereka dalam mengawal dan memantau pihak yang cuba mengambil kesempatan
daripada langkah rasionalisasi ini. Berbalik kepada cadangan yang dikemukakan
oleh Timbalan Menteri Kewangan mengenai penggunaan MyKad sebagai langkah untuk
memberikan subsidi kepada golongan yang berfokus. Pada pendapat saya, cara ini
agak kurang memberangsangkan dan kurang berkesan. Hal ini kerana, apabila ingin
memasukkan pendapatan rakyat dalam maklumat khas di MyKad akan mengambil masa
yang agak lama. Tambahan pula, kos yang akan digunakan bagi melaksanakannya
agak tinggi. ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada defisit. Selain
itu, bukan semua rakyat di Malaysia ini bekerja dalam sektor awam dan swasta,
malahan ada di antara mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai gaji yang tidak
tetap. Bagaimana pula kerajaan ingin memastikan gaji setiap individu
terutamanya mereka yang bekerja sendiri. Selain itu juga, jika sistem MyKad ini
dijalankan, ia agak rumit kerana perlu dikemaskini setiap masa khususnya bagi
mereka yang selalu bertukar-tukar pekerjaan. Selain itu juga, bagaimana
kerajaan menentukan seseorang pelajar yang mempunyai kereta layak mendapat
subsidi atau tidak? Adakah dengan mengemaskini pendapatan keluarga di dalam
MyKad pelajar tersebut? Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai cara yang
boleh digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan apa sahaja yang dikatakan baik
untuk mereka. Sebagai contoh, suami mempunyai pendapatan atas RM 4000 manakala
isterinya pula berpendapatan bawah RM 4000. Justeru si suami boleh menggunakan
MyKad isteri untuk menunag minyak kerana isterinya mendapat subsidi petrol.
Selain itu juga, chip di MyKad merupakan benda yang sensitif dan selalu
rosak. Sebagai contoh, jika seseorang
itu ingin menuang minyak kereta, dan apabila sampai di kaunter pembayaran untuk
di scan sama ada orang ini layak atau tidak diberi subsidi, dan chip pada
MyKadnya rosak. Ini akan menyebabkan timbulnya masalah lain pula. Pihak
kerajaan perlulah memperbetulkan corak pentadbirannya supaya setiap keputusan
yang diambil membolehkan mereka untuk menjawab balik dengan memberikan
kenyataan yang rasional. Mereka tidak boleh membuat pengumuman yang belum
matang serta belum ada kepastian secara menyeluruh kerana ia secara tidak
langsung akan mengelirukan rakyat sebagai contoh dalam memberikan cadangan
berkaitan dengan sistem MyKad. Oleh itu, kerajaan perlulah mencari penyelesaian
yang lebih holistik dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah pembahagian
subsidi secara bersasar dengan secepat mungkin kerana kerajaan ada masa tidak
sampai 6 bulan dari sekarang sebelum rasionalisasi subsidi secara bersasar
dilaksanakan.
Tindakan yang
ketiga dalam strategi tadbir urus fiskal ialah Menyebarluas Lautan Biru
Kebangsaan. Menyebar luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan merupakan tindakan
ketiga dalam melaksanakan strategi ketiga iaitu memantapkan tadbir urus fiskal
dalam pembentang bajet bagi tahun 2015. Lautan merujuk kepada perkhidmatan awam
manakala lautan biru pula merujuk kepada peluang baru untuk diterokai bagi
menambahbaik perkhidmatan awam untuk rakyat. Dalam konteks menyebarluas lautan
biru kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri kita iaitu YAB.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2009. Antara kata-kata
beliau ialah ‘kita belayar dari lautan merah ke lautan biru dengan bekalan
produktiviti, kreativiti dan inovasi’. Ia perlu dilaksanakan melalui kerjasama
di antara semua kementerian dan agensi kerajaan iaitu merentasi kerajaan
persekutuan, negeri dan juga tempatan. Untuk melaksanakan strategi ini, kita
seharusnya berpegang kepada 3 prinsip proses saksama (3P). Antara prinsipnya
ialah penglibatan di antara semua pihak iaitu menteri, penjawat awam hingga ke
rakyat, penerangan mengenai kepentingan program menyebarluas lautan biru
kebangsaan (NBOS) agar difahami oleh semua pihak dan prinsip yang terakhir
ialah penjelasan tanggungjawab supaya semua pihak dapat memahami peranan
masing.
Dalam
pembentangan bajet 2015, National Blue Ocean Strategy telah menunjukkan
keberkesanan pelaksanaan projek dan program kerajaan. Oleh itu, sebanyak 3566
juta ringgit akan disediakan bagi tahun 2015. Kerajaan telah bercadang untuk
membuka 4 buah UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis serta 1
mini UTC di kedah. Selain itu juga, kerajaan bercadang untuk mempergiatkan lagi
latihan peningkatan kemahiran atau upskilling kepada 5000 pelatih melalui
program 1 Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1
Malaysia Training Centre bagi sektor swasta.
Kita dapat
lihat bahawa, kerajaan akan telah memperuntukkan sebanyak 3566 juta ringgit
bagi menambah lagi 4 cawangan UTC dan 1 mini UTC. Pada pendapat saya penubuhan
UTC ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dalam
memudahkan urusan. Kebanyakan rakyat tidak mengkritik pelaksanaan NBOS ini
kerana ia tidak membebankan rakyat malah memberi kemudahan kepada rakyat. Namun
begitu, pelaksanaan NBOS ini secara tidak langsung telah membelanjakan banyak
duit negara.
Secara
kesimpulannya, untuk mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan negara, menjamin
kesejahteraan rakyat secara menyeluruh serta mengurangkan defisit fiskal,
kerajaan perlulah meneliti semula corak pentadbirannya. Tadbir urus yang baik
menurut UNDP (1994), mempunyai 10 prinsip iaitu penyertaan, kedaulatan
undang-undang, transpirasi, kesamaan atau kesetaraan, responsif, wawasan ke
hadapan, akauntabiliti, efektif dan efisien, profesionalisme dan
berorientasikan kepada konsensus. Namun begitu, terdapat 3 sahaja yang paling
utama yang dilihat perli dititikberatkan oleh pihak pentadbir iaitu penyertaan,
akauntabiliti dan transpirasi. Pelaksanaan GST dilihat sebagai salah satu
bebanan kepada rakyat walaupun dalam pada masa yang sama kerajaan sebenarnya
ingin memperbaiki sistem cukai yang sebelum ini dikatakan tidak telus dan
sebagainya. Selain itu, kerajaan juga ingin mengurangkan kebergantungan negara
kita terhadap Petronas seterusnya Petronas boleh menggunakan pendapatan untuk
pelaburan dan membangunkan syarikat dengan lebih baik. Kerajaan ingin
melaksanakan GST kerana sistem ini lebih cekap, berkesan, telus dan mesra
perniagaan. Tambahan pula, GST ini dilaksanakan kerana ia berupaya untuk
menjana punca hasil yang stabil seperti tidak terdedah kepada turun naik
ekonomi. Pada pandangan saya jika benar-benar kerajaan ingin melaksanakan GST,
pendidikan kepada rakyat berkaitan dengan kebaikan dan keburukan pelaksanaan
GST kepada rakyat perlu diperbanyakkan. Hal ini kerana kebanyakan rakyat
menganggap asal namanya ‘cukai’ barang akan naik dan membebankan rakyat.
Kebanyakan rakyat mengatakan bahawa apabila harga minyak naik, automatik harga
barang akan ini. Ini bersangkutan dengan kos penghantaran dan kemungkinan harga
barang akan naik lagi jika rasionalisasi secara berfokus dilaksanakan pada Jun
2015.
terima kasih kepada sesiapa yang saya rujuk..
No comments:
Post a Comment