NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!

Sunday, January 12, 2014

AUGUSTE COMTE (1798-1857)

AUGUSTE COMTE MEMBAHAGIKAN SOSIOLOGI KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU SOCIAL STATICS DAN SOCIAL DYNAMIC. HURAIKAN KEDUA-DUA IDEA TERSEBUT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGKAJI MASYARAKAT.


Auguste Comte dianggap sebgai orang yang bertanggungjawab ke atas penemuan bidang sosiologi yang telah menggunakan istilah sociology pada tahun 1838. Beliau juga dikenali sebagai The Father of Sociology. Comte dilahirkan di Perancis dan mendapat pendidikan di sekolah Elit di Paris. Beliau lebih menumpukan dan menjuruskan bidang pengajiannya dalam matematik dan sains natural. Menurut Comte, sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu melalui pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah.

Comte lebih dikenali sebagai bapa sosiologi kerana sumbangannya dalam memperkenalkan perkataan sosiologi dalam bukunya "Cours de Philosophy Positive". Beliau berpendapat bahawa sejarah manusia adalah mengikut satu susunan yang mematuhi hukum tertentu. Evolusi masyarakat akan disertai dengan kemajuan yang mewujudkan perkembangan iaitu perkembangan intelek. Comte juga terkenal kerana hukum Law of Human Progress yang diperkenalkannya. Beliau telah menyetakan tiga perngkat perkembangan teori yang berturut-turut iaitu, peringkat teologi (keagamaan), peringkat metafizik (abstrak), dan yang ketiga ialah peringkat saintifik (positif).

PERINGKAT TEOLOGI

Pada masa ini semua peristiwa yang berlaku diterangkan melalui "supernatural". Benda semulajadi diberikan taraf kemanusiaan dan keperibadiaan oleh masyrakat primitif. Mereka beranggapan bahawa benda semulajadi mempunyai daya kemahuan dan kesedaran dan mungkin juga disertai oleh semangat. Menurut Comte, manusia bergantung kepada pemikirannya dalam memahami dan memberi erti kepada peristiwa dan persekitaran yang didudukinya.

PERINGKAT METAFIZIK

Peringkat ini tidak jauh berbeza daripada peringkat pertama kecuali dewa dan semangat yang bersifat perseorangan yang telah membawa kepada kepercayaan terhadap semngat yang abstrak seperti zat dan kuasa.

PERINGKAT SAINTIFIK

Pada fasa ini manusia memerhatikan alam secara objektif dan tenang dalam percubaan mencari hukum kewujudan bersama dan berturut-turut. Menurutnya lagi seperti dalam dalam bidang sains tulen, sosiologi juga boleh menggunakan kaedah sains untuk menerang dan memahami The Law of Progress dan TheSocial Order. Contohnya hujan tidak turun kecuali bila apabila awan mendung berkumpul dilangit, maka boleh kita katakan ada dua perkara wujud bersama. Seperti kata Comte, kita tidak peduli mengapa hujan turun atau orang ramai berkumpul kecuali setakat ingin melihat keadaan yang sama dan tetap iaitu hujan turun tentulah ada awan dilangit yang berkumpul dahulu sebelum hujan turun.

Comte juga berpendapat bahawa masyarakat boleh dianggap sebagai satu bentuk organisma seperti pokok dan binatang. Masyarakat mempunyai satu bentuk struktur yang mengandungi bahagian-bahagian yang berkait dan berkembang dari bentuk yang mudah ke bentuk yang kompleksiaitu dengan memalui satu proses evolusi. Dengan menggunakan metod organik sebagai landasan, Comte berpendapat sosiologi seharusnya memberikan penumpuan terhadap sosial statik(struktur organisme) dan sosial dinamisme(proses dan bentuk perubahan organisme).

Jadi persoalan utama sosiologi ialah dua perkara di atas iaitu sosial statik dan sosial dinamisme. Sosial statik melibatkan aspek2 kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan & organisasi sosial yang membuat kumpulan & masyarakat hidup bersama & berkekalan. Manakala dinamik sosial pula melibtakan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial.
Menurut Comte, dinamik sosial merupakan bahagian yang lebih penting dalam sosiologi dan didalamnya Comte menggunakan kaedah sejarah. "Undang-undang Tiga Peringkat" ialah bahagian yang penting dalam dinamik sosial bagi perkembangan kemajuan intelek. Pemikiran manusia mengalami beberapa perngkat penting yang dikatakan oleh Comte sebagai peringkat Teologi, metafizik dan saintifik. Dalam peringkat teologi, semua perkara dikatakan bersebab daripada kesakitan. Dalam peringkat metafizik, semua perkara diterangkan berdasarkan kuasa abstrak yang bebas mengikut kehendak sendiri. Dalam peringkat ketiga, manusia tidak hanya mementingkan sebab-sebab yang muktamad, tetapi cuba mencari fakta. Ini adalah peringkat positif atau saintifik. Fungsi utama falsafah positif Comte adalah untuk mempercepatkan berakhirnya kedua-dua peringkat pertama diatas. Hal ini supaya manusia dapat menilai kemungkinan peringkat positif atau saintifik. Sumbangan utama Comte ialah terdapat daripada kejayaannya menghasilkan atau sintesis saintifik pada masa itu.

Comte telah cuba membuktikan adanya satu lagi perkembangan masyrakat manusia yang sejajar, dari peringkat yang boleh digelar ketenteraan kepada peringkat yang disebtnya sebagai peringkat undang2, dan kemudiannya kepada peringkat perindustrian. Beliau berhujah bahawa ketenteraan adalah perlu bagi perkembangan kelompok-kelompok sosial yang primitif. Diperingkat ini peperangan lebih bersifat mempertahankan diri, dan peraturan dalam masyarakat lebih bergantung kepada undang2 dan perkembangan daripada nbergantung kepada kekerasan dan ketakutan. Hubungan-hubungan peringkat ini dengan peringkat metafizik atau peringkat abstrak mudah dilihat.

Comte percaya bahawa kestabilan di dalam masyarakat dan perdamaian diluar boleh dicapai, semua orang boleh mewah, malah satu dunia baharu boleh dibina, jika semangat yang positif dapat meresapi segala-galanya dan ahli0ahli sains dapat berkuasa. Bagi Comte, sains adalah termasuk sosiologi yang dianggap sebgai kemuncak kejayaan intelek. Rancangan Comte itu adalah hasil daripada harapan dan keghairahan intelek daripada The Enlightment, tetapi juga hasil daripada rasa takut dan tidak selamat daripada revolusi dan peperangan Napoleon. Ia adalah suatu rancangan bagi perkembangan sosial cara saintifik dan telah mempengaruhi sebilangan besar manusia. Dari segi ini dakwaan Comte bahawa beliau telah menaja ilmu sosiologi bolehlah dikatakan benar.

Disamping itu, Comte juga telah menghasilkan konsep "organism" dan membuat analogi dengan struktur masyarakat. Beliau menyatakan masyarakat adalah sebagai satu organisme seperti tanaman dan haiwan iaitu masyarakat mempuyai struktur dan mengandungi bahagian2 yang berkaitan atau berhubungan dan ia bergerak daripada keadaan simple kepada yang kompleks. Comte juga mengkaji masyarakat dengan menggunakan pendekatan rasional dan saintifik iaitu bersifat positif.

Secara kesimpulannya, walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi masa kini, namun Comte merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim untuk mengakaji kehidupan sosial masyarakat.

#PENGANTAR SOSIOLOGI

No comments:

Post a Comment