NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!

Monday, March 10, 2014

BINCANGKAN IDEA KARL MARK, BAGAIMANA EKONOMI MENENTUKAN STRUKTUR MASYARAKAT DAN HUBUNGAN SOSIAL






LATAR BELAKANG


  •     Karl Marx (1818-1883)
  •     Karl Marx merupakan ahli sains sosial yang berpengaruh.
  •     Dilahirkan di Jerman.
  •     Penuntut di sebuah kolej yang berprestij tinggi.
  •     Beliau sangat kritis terhadap institusi – institusi yang sedia wujud.
  •         Kehidupan beliau penuh dengan pergelutan di mana beliau sering merantau dari satu negara ke satu     negara lain apabila ideanya ditentang.
  •     Beliau telah berjumpa dengan Friedrich Engels di Paris – berkongsi idea mengenai sistem sosial           masyarakat.
  •     Beliau hidup pada zaman di mana kehidupan di Eropah dan Amerika Utara semakin didominasikan     oleh kilang berbanding ladang.
  •     Banyak menyumbangkan karya dalam bidang falsafah. Antara karya beliau yang terkenal ialah             “The Communist Manifesto”.
  •    Beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang sosiologi dengan menggunakan pemikiran teori        tentang kelas  sosial dan ekonomi.
  •    Beliau juga dikaitkan dengan teori konflik.
       Antara sumbangan beliau yang paling signifikan ialah:
  •    Membangunkan satu model konflik yang menghuraikan tentang sistem sosial.
  •      Meletakkan asal usul kuasa sosial pada pemilikan atau kawalan terhadap kuasa  pengeluaran (alat     pengeluaran).
  •    Analisisnya tentang kapitalisme dan kesannya terhadap para pekerja, ke atas para kapitalis sendiri,      dan ke atas seluruh sistem sosiobudaya.
         EKONOMI MENENTUKAN STRUKTUR MASYARAKAT
  •    Marx mengatakan bahawa struktur masyarakat ditentukan oleh ekonomi.
  •    Masyarakat primitif: mempunyai masyarakat yang bersifat komunal iaitu masyarakat yang                berasaskan pada pembahagian tenaga kerja yang sangat terbatas.
  •    Pada zaman ini tidak wujud lagi sistem pengelasan.
  •       Lelaki: memburu, wanita & kanak-kanak: bercucuk tanam - tetapi bersifat egalitarian (sama        rata).
  •      Kemudian, dengan adanya keadaan seperti bercucuk tanam & memelihara binatang – pembahagian   tenaga kerja mula muncul dalam masyarakat – pembentukan kelas-kelas yang bertentangan                 (antagonistic) – masyarakat mula terlibat dalam kerjasama yang bersifat bertentangan – memenuhi   keperluan asas & sekunder.
  •      Masyarakat moden: perkembangan kapitalisme.
  •     Kapitalisme: sistem pengeluaran yang berbeza secara radikal daripada sistem ekonomi sebelumnya   dan ia melibatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dijual kepada pengguna daripada       pelbagai kategori.
  •   Masyarakat dibahagikan kepada dua kelas:
                         1.       Golongan borjuis
                                 2.      Golongan proletariat
  •      Golongan borjuis: membentuk golongan pemerintah, mempunyai modal (nilai pengeluaran) - wang,    kilang, mesin, jentera. Kelas ini sering menindas golongan pekerja dengan mengerah mereka supaya    bekerja lebih tetapi upah yang dibayar tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.
  •   Golongan proletariat: tidak mempunyai modal – kelas pekerja & menerima upah, golongan               diperintah, sering ditindas – kelas ini tidak memiliki sumber kehidupan, tetapi terpaksa mencari kerja   dalam sektor pekerjaan yang ditawarkan oleh pemilik modal.
  •   Marx mempunyai persepsi tentang masyarakat yang lebih kompleks tentang bagaimana kepelbagaian   itu bergabung untuk membentuk masyarakat – percaya kerana kelompok dominan yang berasaskan   ekonomi  membentuk perbezaan antara pemilik dan pekerja.
  •   Marx berpendapat bahawa cara sesebuah masyarakat diatur untuk memenuhi keperluan material         akan memberi impak terhadap semua struktur sosial yang lain termasuk kerajaan, keluarga,                 pendidikan dan institusi agama.
     EKONOMI MENENTUKAN HUBUNGAN SOSIAL
  •    Golongan borjuis: menguasai nilai pengeluaran, eksploitasi golongan buruh.
  •   Mereka telah mengerah golongan buruh untuk melakukan pekerjaan dan upah yang diberikan tidak     setimpal dengan kerja yang mereka lakukan.
  •   Menurut Karl Marx, hubungan sosial itu terikat kuat pada kuasa-kuasa pengeluaran – mengakui           bahawa  manusia lahir dalam era zaman yang berbeza-beza.Untuk memuaskan keperluan manusia,      hubungan sosial pengeluaran harus diubah dan ditransformasikan dengan perubahan dan  pembangunan kuasa-kuasa pengeluaran.
  •  Sistem feudal: sistem pasaran dan syarikat sekerja wujud, tetapi ia tidak sesuai dengan gaya hidup  feudal.
  •  Pasaran membentuk kelas pedagang sepenuh masa – syarikat2 dan bandar2 mencipta satu kelas  pekerja yang baru dan bebas daripada tanah.
  •  Impak – wujudnya satu struktur kelas baru dengan kemewahan semakin berasaskan pada bentuk  ekonomi yang baru – keadaan ini telah mencipta ketegangan dengan institusi feudal lama – pedagang  kaya baru menginginkan kuasa dan prestij untuk mempertingkatkan kepentingan ekonomi mereka.
  •  Golongan borjuis: sedang muncul menjadi revolusioner oleh sebab kepentingan mereka terancam –      mengharapkan untuk mendapat faedah dengan adanya perubahan dalam hubungan harta benda.
  •  Kelas revolusioner: melihat hubungan harta benda yang sedia wujud (hubungan di antara pemilik  tanah dan orang yang mengusahakan tanah feudalisme) sebagai satu kekangan yang menghalang    perkembangan kepentingan mereka (perniagaan dan pengeluaran barangan melalui sistem kilang).
  •  Hubungan sosial baru yang berasaskan kuasa-kuasa pengeluaran baru mula berkembang dalam    keteraturan sosial yang lama.
  •   Kelas pedagang – berjaya mengaut kekayaan mula mencabar kuasa kelas yang telah                        mendominasikan orde feudal.
  •  Konflik timbul, feudalisme akhirnya digantikan dengan kapitalisme, pemilikan tanah sebagai satu  asas kekayaan telah digantikan dengan perdagangan – akhirnya dengan pemilikan kapital.
  •  “struktur ekonomi masyarakat kapitalis telah muncul daripada struktur ekonomi masyarakat  feudal. Keruntuhan struktur ekonomi masyarakat feudal membebaskan elemen2 struktur masyarakat  kapitalis”.
  •  Marx berpendapat bahawa potensi berlakunya konflik terdapat dalam masyarakat yang mempunyai  pembahagian tenaga kerja.
  •   Kapitalisme: telah menghasilkan satu kelas orang yang ditindas (proletariat) yang akan cenderung  menghapuskan kapitalisme.
  •    Diganti dengan sosialisme @ komunisme – tidak wujud kelas dalam masyarakat.
  •  Marx tidak bermaksud bahawa semua ketaksamaan antara individu akan hilang tetapi masyarakat  tidak lagi terpecah kepada kelas kecil yang memonopoli ekonomi dan kuasa politik – segolongan  besar penduduk mendapat faedah yang kecil daripada kekayaan yang dicipta oleh tenaga mereka.
  •  Sistem ekonomi – bertukar kepada pemilikan komunal & orde sosial yang bersifat egalitarian   dan participatory akan terbentuk.
  •  Dalam teori Marx – sebarang penggulingan masyarakat kapitalis akan hanya berlaku setelah  kapitalisme membangun sepenuhnya alat pengeluaran – sediakan setting material bagi sosialisme.
  •  Marx memperakui bahawa kapitalisme  - satu sistem ekonomi relatif baru, bahawa mod  pengeluaran industri merupakan suatu yang baru bermula – menjangkakan transisi kepada  sosialisme sebagai satu proses evolusi yang memakan masa yang panjang. 
      KESIMPULAN
     
  • Kehidupan individu dan masyarakat adalah didasarkan pada asas ekonomi.
  •  Institusi lain seperti politik, pendidikan, agama, ilmu pengetahuan, seni, keluarga saling bergantungan antara satu sama lain umumnya kepada sumber-sumber ekonomi yang tersedia ada untuk kelangsungan hidup.
  • Marx melihat dasar ekonomi – “sub-struktur/infrastruktur” di atas sosial dan budaya lain – perlu menyesuaikan diri dengan dasar ekonomi.
  •  Idea-idea yang dikemukakan oleh Marx sangat berbeza dengan Comte dan Durkheim.
  •  Marx – tidak dapat mengembangkan ideanya dalam bidang akademik kerana beliau terlibat dalam  aktiviti politik – menyebabkan beliau berkonflik dengan pemerintah Jerman.
  •  Sumbangan – mencerminkan penekanan beliau – mengkaji secara teliti  keadaan hidup manusia yang benar dan dapat diukur – mengasaskan sifat saintifik dalam sains sosial.
       Karl Marx merupakan salah seorang ahli sains sosial yang mengkritik sistem kapitalisme... ^__^