NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!

Thursday, July 23, 2015

PELAKSANAAN GST DI MALAYSIA. ANALISIS TENTANG HUBUNGAN ANTARA PENGGUNA, KERAJAAN DAN GOLONGAN KAPITALIS.

Alhamdullilah..tamat sudah pengajian aku di UKM.. ehh..belum lagi ye cik norraihan... sekarang ni tengah berpraktikal di JPNIN Melaka... now..road to konvo + jubah hijau.. hahaha..nie nk kongsi sikit tentang exciment budaya dan konsumerisme tajuk.. hurm seperti tertera di atas la ea... nie hanya pandangan semata2.. x de kaitan antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia.. huhu



Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika dalam pembentangan Bajet 2014 yang berlangsung di Parlimen pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan dan akan menggantikannya dengan GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. GST mula dilaksanakan di Perancis seawal tahun 1950an. Kini lebih 160 buah Negara telah melaksankan GST. Di ASEAN, hanya Mynmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksankannya.  Pelaksanaan GST di Malaysia merupakan salah satu tindakan daripada strategi kerajaan untuk memantapkan tadbir urus fiskal. Menurut Perdana Menteri Malaysia, dengan pelaksanaan GST ini secara tidak langsung kerajaan akan dapat menangani banyak kelemahan di dalam sistem percukaian sedia ada seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu pindahan. Kelemahan-kelemahan ini telah menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan kerajaan.

GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan ia menjadi mekanisme kerajaan di seluruh dunia untuk mengutip hasil selain menangani masalah defisit bajet. Malaysia tidak terkecuali, bertepatan dengan saranan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membuat penambahbaikan ke atas sistem cukai sedia ada iaitu dengan mereformasi sistem cukai supaya menjadi lebih mudah, telus dan lebih cekap. Reformasi cukai juga perlu untuk meningkatkan hasil dan menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Pelaksanaan GST akan membolehkan kerajaan menurunkan kadar cukai pendapatan tidak kira bagi individu mahupun korporat dan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk menanam modal di dalam negara ini (Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus & Normala Mehat 2013).

GST juga merujuk kepada cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. GST dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport. GST merupakan satu sistem cukai yang akan menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Sebenarnya pengumuman pelaksanaan GST di Malaysia telah dibuat semasa pembentangan Bajet 2005 yang menyatakan bahawa GST akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2007 bagi menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada. Walaubagaimanapun, kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST bagi membolehkan peniaga membuat persediaan kepada sistem pengkomputeran dan memberikan pendedahan dan latihan yang bersesuaian kepada kakitangan yang terlibat. Pada 16 Disember 2009, Rang Undang-Undang GST telah dibentangkan diparlimen untuk Bacaan Pertama. Rang Undang-undang ini sepatutnya dibentangkan untuk Bacaan Kedua dan seterusnya, tetapi telah ditangguhkan bagi mengambil kira pandangan dari pelbagai golongan dan lapisan masyarakat. Isu mengenai tindakan kerajaan terlalu drastik dalam melaksanakan GST adalah tidak relevan kerana kerajaan telah melakukan kajian terperinci, dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan memberi masa yang secukupnya untuk semua pihak bersedia sebelum ianya diumumkan.

Menurut Abdul Aziz Awang (t.th), terdapat empat faktor penentu bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara iaitu penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Perbelanjaan kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai yang berjaya dikutip. Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil kerajaan. Jika hasil cukai meningkat, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Di Malaysia, nisbah hasil cukai kepada KDNK adalah 19.5% pada tahun 2010 jika dibandingkan dengan 34 buah Negara maju, nisbah yang dicatat oleh Malaysia adalah terlalu rendah. Negara Denmark telah mencatat nisbah hasil cukai jualan yang tertinggi iaitu sebanyak 50%. Kebiasaannya nisbah yang paling rendah untuk Negara maju ialah 26.8%. Oleh yang demikian, nisbah hasil cukai atau KDNK bagi Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi mengalami kekurangan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan pembangunan. Apabila jumlah hasil kerajaan tidak mencukupi, maka kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami defisit. Oleh itu, bagi menampung defisit Negara, kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil kerajaan. Oleh itu, bagi meningkatkan hasil cukai Negara, Malaysia perlu melaksanakan GST seperti yang telah dilaksanakan oleh kebanyakan Negara di dunia ini.

Dalam pembentangan tersebut, Perdana Menteri Malaysia juga turut menyatakan bahawa kadar GST yang telah ditetapkan adalah sebanyak 6% berbanding dengan kadar cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang mana masing-masing berjumlah 6% dan 10 %. Namun begitu, rancangan kerajaan untuk melaksanakan GST ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Menurut Wan Saiful yang merangkap sebagai Ketua Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal EKonomi (IDEAS), menyatakan bahawa GST bukan satu perkara yang baru sebenarnya. Pengalaman antarabangsa telah membuktikan bahawa tahap kesediaan peniaga adalah faktor kejayaan pelaksanaan GST. Walaupun GST ini dilihat sebagai satu sistem cukai yang adil dan menyeluruh, namun, terdapat sesetengah pihak menganggap GST ini merupakan satu langkah yang tidak popular yang diambil oleh kerajaan. Sebenarnya, kerajaan telah memberi tempoh yang agak lama kepada para peniaga untuk bersiap sedia melaksanakan GST. Pendidikan, latihan, program kesedaran dan lawatan khidmat nasihat mengenai pelaksanaan GST juga telah dijalankan secara berterusan. Tambahan pula, peniaga juga dibenarkan untuk mendaftar awal sebelum tarikh pendaftaran GST. Sebelum pelaksanaan GST, kerajaan telah menjalankan beberapa ujian perintis ke atas sistem. Selain itu, kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Panggilan Kastam (CCC) untuk membolehkan orang awam untuk membuat pertanyaan mengenai GST dan Portal GST akan menyampaikan maklumat berkenaan GST bagi memastikan pematuhan yang tinggi apabila GST dilaksanakan. Justeru, bagi sesetengah pihak yang menyatakan bahawa langkah melaksanakan GST ini merupakan satu langkah yang tidak relevan adalah tidak benar. Sebenarnya kerajaan telah bersiap sedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST. Perundangan GST, infrastruktur, sistem komputer, kakitangan dan semua proses dan prosedur telah tersedia untuk pelaksanaan GST.

Pelaksanaan GST ini juga turut memperlihatkan bahawa terdapat pihak yang bersetuju, tidak bersetuju dan terdapat juga pihak yang tidak ambil kesah dengan pelaksanaan ini. Kebanyakan pengguna mengatakan bahawa pelaksanaan GST ini akan membebankan rakyat. Sebenarnya setiap apa yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai pro dan kontranya. Memang secara umumnya terdapat barang dan perkhidmatan yang harganya akan naik, namun masih juga terdapat barang yang harganya akan mengalami penurunan atau kekal seperti biasa. Malahan tidak dinafikan bahawa tidak semua barang dan perkhidmatan yang akan dikenakan cukai tersebut seperti barangan asas, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, jual beli dan sewaan rumah kediaman pekhidmatan kewangan dan banyak lagi hasil daripada maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat. Namun begitu, kerajaan perlulah mengambil langkah yang bijak bagi menangani masalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara sewenag-wenangnya yang telah dilakukan oleh pihak kapitalis sebelum pelaksanaan GST lagi.

Secara rasionalnya, pihak kerajaan ingin melaksanakan GST ini kerana ingin memperbaiki sistem cukai sedia ada. Hal ini kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Selain itu, GST ingin dilaksanakan kerana kerajaan telah mengalami defisit fiskal di mana kadar dalam keluaran domestik kasar negara meningkat. Peningkatan ini dikatakan telah berlaku hampir 42 tahun dan hanya 5 tahun sahaja negara mempunyai lebihan hasil dalam peruntukan. Defisit di sini bermaksud perbelanjaan negara melebihi hasil pendapatan. Justeru, apabila defisit bertambah, maka ia akan meningkatkan hutang negara. Tambahan pula, World Bank juga telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai peningkatan ini dan secara tidak langsung akan menyebabkan kedudukan negara akan turun. Jika kedudukan negara turun, negara akan mengalami kesusahan untuk mendapatkan pinjaman dari negara luar.

            Terdapat beberapa kelebihan apabila pihak kerajaan melaksanakan GST ini, antaranya ialah dapat meningkatkan ketelusan dalam kutipan cukai dan mengurangkan berlakunya pengelakan cukai oleh peniaga-peniaga. GST juga mampu meningkatkan kecekapan proses penaksiran cukai kepada peniaga-peniaga malah lebihan pendapatan akan berupaya membiayai lebih banyak projek sosio-ekonomi Negara seperti infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Webster’s New World Dictionary (2008), mentakrifkan istilah pengguna sebagai seseorang atau benda yang menggunakan secara khususnya, seseorang yang membeli barang dan menggunakan perkhidmatan untuk kegunaan sendiri, bukan untuk dijual semula atau menggunakannya bagi tujuan pengeluaran sesuatu barang yang lain untuk dijual. Manakala Akta Perlindungan Pengguna 1999, mentakrifkan pengguna sebagai orang perseorangan yang terlibat dengan pembelian barang atau perkhidmatan untuk kegunaan sendiri. Akta ini tidak terpakai jika pembeli membeli barang-barang atau perkhidmatan untuk tujuan perniagaan. Selain itu, pengguna juga merujuk kepada seseorang. Semua pengguna adalah sama tanpa mengira kedudukan dan status seseorang. Ahli perniagaan juga merupakan pengguna. Seseorang ahli perniagaan memainkan dua peranan. Sebagai ahli perniagaan, ia merupakan pembekal barang dan perkhidmatan. Sebagai pengguna, ia merupakan pengguna barang, perkhidmatan dan alam semulajadi. Semua orang menggunakan barang, perkhidmatan dan sumber semula jadi. Untuk mendapatkan kualiti hidup yang sihat, seseorang mempunyai hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan bersih. Tujuan pengguna adalah untuk mendapatkan kepuasan bagi keperluan dan kehendak dalam menjalani kehidupan yang selesa secara keseluruhan. Sekiranya barang yang digunakan itu diberikan secara percuma, tetapi pengguna masih berhak untuk menggunakan barang dan perkhidmatan yang selamat dan memuaskan bagi menjamin kehidupan yang selesa.

            Kerajaan pula merujuk kepada suatu badan atau organisasi yang sah dalam suatu kawasan tertentu yang mempunyai bidang kuasa tunggal yang sah bagi penguatkuasaan. Kerajaan di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang merangkami 4 badan utama iaitu monarki, perundangan, eksekutif dan badan kehakiman. Kesemua badan ini mempunyai pembahagian tugas yang berbeza-beza bagi memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. Secara umumnya kerajaan ialah satu badan atau lembaga yang mempunyai autoriti yang sah dalam sesebuah Negara. Harold Laski telah mendefinisikan kerajaan sebagai satu institusi yang terdaoat dalam sesebuah Negara yang mengamalkan pemerintahan yang sah. Manakala K. Ramanathan mendefinisikan kerajaan sebagai satu badan atau lembaga yang terdapat dalam sesebuah Negara di mana ia bertindak sebagi satu jentera yang merumus dan melaksanakan dasar-dasar Negara yang merangkumi semua badan yang terlibat dalam membuat, melaksana dan menginterpretasikan seua dasar kerajaan.

            Golongan kapitalis merujuk kepada golongan yang memiliki modal yang berusaha untuk meraih keuntungan secara besar-besaran. Karl Marx telah mendefinisikan konsep kelas sosial berdasarkan sistem ekonomi kapitalis. Pada mulanya Marx telah membahagikan tiga kelas utama dalam struktur masyarakat kapitalis iaitu kelas buruh upahan, kelas kapitalis dan kelas pemilik tanah. Walaubagaimanapun, perkembangan sturktur industri kapitalisme hanya memperkenalkan dua kelas sahaja iaitu golongan borjuis dan golongan proletariat. Dalam hal ini kita dapat lihat bahawa peniaga atau penjual merupakan golongan kapitalis yang memiliki modal.

Antara salah satu sebab kerajaan melaksanakan GST ini adalah bagi menghalang dan membanteras golongan kapitalis iaitu peniaga yang enggan dan sentiasa mengelak untuk membayar cukai. Golongan kapitalis dilihat semakin berkuasa dan kadang kala terdapat segelintir daripada golongan ini yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barang bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Justeru, pelaksanaan GST ini secara tidak langsung dapat memerangi golongan peniaga yang tamak, penipu dan menindas golongan pengguna terutamanya, daripada membayar cukai yang sewajarnya. Selain itu juga, pihak kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan golongan kapitalis ini tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan ialah melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, malah kerajaan juga turut memperhebatkan penguatkuasaan melalui pertubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Hal ini kerana, untuk memastikan agar semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, malahan bagi peniaga yang tidak mematuhi peraturan tersebut akan dikenakan denda dan penalti yang lebih berat. Maka dengan adanya akta serta penguatkuasaan oleh pihak berwajib, secara tidak langsung boleh mengembalikan semula keyakinan pihak-pihak tertentu terhadap pelaksanaan GST.

Selain itu, hubungan kerajaan dan kapitalis juga dilihat menerusi tempoh masa yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi memastikan bahawa golongan peniaga bersedia untuk mendaftarkan perniagaan mereka ke dalam sistem GST. Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insentif dan bantuan kepada para peniaga. Hal ini kerana, pengalaman antarabangsa telah membuktikan bahawa tahap kesediaan peniaga adalah salah satu faktor kejayaan pelaksanaan GST. Antara insentif dan bantuan yang akan dilaksanakan ialah pemberian Geran sebanyak 100 juta ringgit kepada peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan GST, bantuan kewangan berjumlah 10 juta ringgit kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan, kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal dipercepatkan dan perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan. Kesemua ini merupakan usaha daripada pihak kerajaan bagi memastikan bahawa kesemua peniaga memahami sebab kerajaan melaksanakan GST ini. Selain itu juga, dengan pelaksanaan GST ini juga memberi kelebihan kepada peniaga kerana kurangnya kerenah birokrasi sekaligus dapat mengurangkan kos menjalankan perniagaan. Selain itu, pelaksanaan GST merupakan satu sistem yang ketat di mana setiap orang yang membayar GST perlu mengekalkan rekod yang jelas. Sekiranya rekod tidak jelas, mereka tidak boleh mendapat bayaran balik atas cukai yang sudah dibayar. Secara umumnya, GST merupakan satu sistem check and balance untuk mendapatkan bayaran balik menerusi satu rekod yang telus.

Hubungan antara kerajaan dan pengguna dilihat menerusi media sosial di mana pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan pendedahan kepada pengguna tentang GST. Kerajaan juga telah memberi peluang dan masa kepada pengguna untuk membuat persediaan awal sebelum pelaksanaan GST ini. Tambahan pula, sebelum GST ini dilaksanakan, kerajaan telah memberi peluang kepada pengguna untuk memberi pendapat dan sebagainya berkenaan dengan pelaksanaan GST. Hasil daripada maklum balas daripada pengguna, akhirnya kerajaan telah mengumumkan bahawa terdapat barang dan perkhidmatan yang tidak akan dikenakan GST oleh kerajaan. Antaranya termasuklah barangan asas makanan, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Hal ini kerana, tujuan utama GST diperkenalkan adalah untuk mewujudkan sistem percukaian yang lebih efektif, efisyen, telus, mesra peniaga dan berkemampuan menjana suatu hasil yang stabil. Dalam pembentukan model GST, kerajaan sangat prihatin dan sedaya upaya untuk mengelakkan pelaksanaan GST ini sebagai satu bebanan kepada rakyat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan. Oleh itu, kebanyakan barang dan perkhidmatan yang asas yang digunakan oleh golongan tersebut tidak akan dikenakan GST oleh kerajaan. Selain itu juga, pelaksanaan GST ini mengajar pengguna agar lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan harga pada setiap barangan yang ingin dibeli malahan dapat melahirkan pengguna yang berpengetahuan (Shoppers Guide). Sekiranya terdapat pihak peniaga iaitu golongan kapitalis yang sengaja menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, pihak pengguna dinasihati supaya memgemukakan aduan (meminta dan periksa resit) kepada pihak berkuasa supaya tindakan tegas akan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab hasil daripada perlakuan peniaga yang meletakkan harga yang tinggi untuk meraih keuntungan semata-mata. Tambahan pula, dengan pelaksanaan GST ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada pengguna kerana dapat membeli barangan dengan harga yang telus, barangan makanan dan perkhidmatan asas tiada caj GST. Malahan pelaksanaan GST ini secara tidak langsung menjadikan pengguna sebagai individu yang berhemah ketika berbelanja dengan megetahui barang yang tidak dikenakan GST. 

            Pelaksanaan GST ini juga bukan sahaja menunjukkan hubungan antara kerajaan dengan peniaga dan pengguna, malah turut melibatkan hubungan peniaga dengan pengguna. Dalan isu pelaksanaan GST ini, terdapat peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual barangan mereka dengan menggunakan istilah ‘promosi’ yang kononya menjual harga yang lebih murah sebelum menjelang GST. Menurut Kementerian Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ini merupakan satu kesalahan yang besar apabila peniaga menggunakan perkataan GST di mana perkataan ini masih belum sah dilaksanakan. Selain itu juga, terdapat kebanyakan peniaga yang membuat harga promosi secara besar-besaran kepada pengguna bagi menghabiskan stok yang telah dekat tarikh luputnya. Sekiranya pengguna tidak berhati-hati ketika melakukan pembelian, kemungkinan pengguna tersebut telah berjaya ditipu oleh peniaga tersebut.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan dan pengurusan GST yang baik di samping mendapat kerjasama pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Kerajaan perlu mengambil langkah yang bijak bagi memberikan pemahaman kepada masyarakat tentang apa yang dikatakan dengan GST. Hal ini kerana, masyarakat masih keliru dan kurang memahami apa itu GST sebenarnya. Pelaksanaan GST ini sebenarnya memberi kesan yang baik di masa hadapan, namun kerajaan mestilah mampu menyusun semula metode cukai dan mampu diurus dengan lebih baik, telus, dan lebih kurang menekan berbanding percukaian cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini. Apa yang penting ialah peranan pihak kerajaan dalam mencorak cara pentadbirannya agar lebih berintegriti, akauntabiliti dan telus. Bagaimana sesuatu perkara diselesaikan dan bagaimana sesuatu perkara terlaksana bergantung kepada bagaimana corak pentadbirannya. Pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam memberi keputusan. Sebagai contoh dalam mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pihak kerajaan seharusnya bersikap tegas dalam menangani isu ini.Justeru, menerusi pelaksanaan GST ini, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur yang lengkap. Hubungan diantara kerajaan, peniaga dan pengguna juga perlu terjalin dengan baik agar pelaksanaan GST ini dapat membantu kerajaan mencapai tadbir urus baik menjelang tahun 2020.




Thursday, January 15, 2015

IDEASIONAL, FENOMENOLOGI, DAN KONSEP RITUAL DAN SYMBOL DALAM PENDEKATAN ETNOGRAFI SERTA KAITKAN DENGAN KEHIDUPAN ORANG ASLI DAN MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK.

ASSALAMUALAIKUM.. OK NIE EXCIMNT AQ YG SETERUSNYA... HOPE DAPAT MEMBANTU.. THIS EXCIMNT FOR SUBJEK ETNOGRAFI MALAYSIA.

1.1       PENDAHULUAN
Penyelidikan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai suatu bentuk aktiviti yang dilakukan untuk mendapatkan kebenaran tentang sesuatu isu yang timbul, mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat baru tentang sesuatu topik yang mana pada masa yang sama dapat membantu meningkatkan pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara. Menurut The Collins International Dictionary, ia mendefinisikan penyelidikan sebagai suatu bentuk penyiasatan sistematik yang dilakukan untuk memperolehi fakta atau maklumat tentang sesuatu perkara. Di dalam sesebuah penyelidikan antropologi dan sosiologi, lazimnya terdapat pelbagai kaedah atau pendekatan yang akan digunakan bagi memudahkan pengkaji mendapatkan data atau maklumat tentang sesuatu perkara. Antara pendekatan yang serimgkali digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ialah pendekatan etnografi, fenomenologi, etnometodologi dan sebagainya. Walaupun begitu, kaedah pendekatan etnografi dilihat begitu banyak digunakan oleh ahli antropologi dalam menjalankan kajian terutamanya dalam kajian yang berkaitan dengan budaya sesebuah masyarakat atau kumpulan etnik.
Kajian etnografi berasal dari bahasa Greek iaitu ‘ethnos’ yang membawa maksud bangsa manakala ‘graphy’ merujuk kepada gambaran atau huraian. Pendekatan etnografi umumnya dapat dikategorikan sebagai suatu bentuk penyelidikan kualitatif yang memerlukan pemerhatian yang teliti. Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian antropologi yang mana kajian ini umumnya dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semulajadi. Didalam kajian etnogarafi terdapat 2 aliran atau cabang ilmu falsafah yang digunakan bagi memandu seseorang pengkaji dalam menjalankan kajian. Cabang ilmu falsafah itu terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pendekatan ontologi dan juga epistemologi. Ontologi merjuk kepada satu proses untuk mendapatkan pengetahuan mengenai sesuatu bidang yang wujud di alam ini manakala epistemologi merujuk kepada satu kajian berkaitan sifat-sifat ilmu dan bagaimana cara menjustifikasika ilmu yang diperolehi. Dalam erti kata yang lebih khusus, ontologi dapat didefinisikan sebagai satu kajian berkaitan sifat-sifat sesuatu perkara. Di dalam pendekatan ontologi, ia membahagikan bidang perspektif ontologi kepada 2 aliran falsafah yang berlainan iaitu aliran idealisme dan aliran realitivisme. Walaupun bidang ontology terbahagi kepada 2 aliran yang berbeza, namun aliran idealisme biasanya lebih kerap dan lazim digunakan dalam kajian etnografi. Idealisme atau ideasional merupakan andaian atau tanggapan awal sesorang pengkaji tentang sesuatu perkara tanpa dapat dipastikan kebenarannya atau dalam erti kata lain, idealisme merupakan suatu bentuk ilmu pengetahuan yang telah wujud dalam minda seseorang sejak dari awal lagi. Idealisme mempunyai kaitan yang rapat dengan pemikiran (mind) dan penaakulan. Sebagai contoh, kita mengandaikan bahawa orang asli yang bergigi hitam itu sebagai pengotor tetapi apabila kita mula memahami budaya mereka, kita dapat ketahui bahawa ia merupakan satu bentuk keunikan identiti mereka.  Selain daripada pendekatan etnografi, antropologi juga turut menggunakan pendekatan atau kaedah fenomenologi dalam menjalankan kajian. Pendekatan etnografi dan fenomenologi merupakan antara pendekatan yang sebenarnya lazim digunakan dalam sesuatu penyelidikan antropologi dan sosiologi. Hal ini kerana, kedua-dua pendekatan ini dilihat lebih sesuai dan tepat bagi memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara terutama sekali dalam aspek kajian tentang budaya sesebuah komuniti yang ingin dikaji. Selain itu, kaedah penyelidikan antropologi dan sosiologi uga dilihat mampu memberikan fakta yang tepat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, kaedah yang digunakan biasanya memerlukan pengkaji turun ke lapangan untuk mendapatkan gambaran yang sebenar.
Oleh itu, secara kesimpulannya, penyelidikan antropologi dan sosiologi sebenarnya mempunyai pelbagai pendekatan yang boleh digunakan bagi memberikan gambaran yang jelas atau menjawab segala persoalan terutamanya yang berkaitan dengan budaya sesebuah kumpulan etnik yang ingin dikaji.
1.2       PERSPEKTIF IDEASIONAL
Perspektif ideasional merupakan salah satu konsep yang biasanya digunapakai dalam bidang antropologi dan sosiologi terutamanya dalam kajian etnografi. Kaedah etnografi secara umumnya menggunakan 2 jenis pendekatan iaitu ontologi dan epistemologi. Dalam pendekatan ontologi pula, ia membahagikannya kepada 2 pendekatan yang berbeza iaitu idealisme dan realisme. Walaupun ontologi mempunyai 2 jenis pendekatan yang berbeza, kajian etnografi kebiasaannya lebih cenderung untuk mengunakan pendekatan idealisme atau dikenali juga sebagai ideasional berbanding dengan pendekatan realisme. 
Ideasional didefinisikan sebagai suatu bentuk makna yang menekankan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengalaman-pengalaman realiti. Secara umumnya, konsep ideasional ini dilihat lebih menekankan kepada makna aspek-aspek yang berkaitan dengan pemikiran, tindakan dan kejadian atau sesuatu keadaan. Perspektif ideasional juga lebih sinomim dikenali sebagai aliran idealisme. Idealisme berasal daripada kata ‘ideal’ yang membawa maksud idea manakala ‘isme’ membawa maksud ajaran atau fahaman. Selain itu, idealisme juga dapat ditakrifkan sebagai suatu bentuk aliran falsafah yang memandang mental dan ideasional sebagai kunci utama yang akan membawa kepada suatu keadaan yang lebih bersifat realiti. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2012), idealisme didefinisikan sebagai suatu sifat (sikap atau perbuatan) atau sesuatu bentuk cita-cita yang ideal dan unggul. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa idealisme merupakan satu bentuk idea yang berteraskan kepada kesedaran intelek dan sistem berfikir yang rasional dan logik yang digunakan untuk mengenalpasti sesuatu kebenaran. Bukan itu sahaja, malahan Plato menyatakan bahawa idealisme merupakan aliran falsafah yang memandang kenyataan (realiti) yang wujud dalam kehidupan bukanlah suatu kebenaran yang hakiki kerana menurut beliau, ia hanyalah suatu gambaran tentang idea-idea yang ada di dalam jiwa atau spirit manusia. 
Dari sudut antropologi, ia menyatakan bahawa perspektif ideasional ini sebenarnya menekankan bahawa hakikat tentang sesuatu perkara itu secara realitinya terletak dalam minda seseorang. Ianya biasanya dijelaskan dengan pernyataan bahawa secara realitinya, asas pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara diperolehi melalui pemerhatian atau pengalaman yang sememangnya telah wujud dalam diri seseorang individu. Sebagai contoh, bagaimana seseorang yang melihat sebuah buku yang berwarna biru seperti mana yang disampaikan oleh pancaindera kepada otak. Keadaan ini sememangnya diperakui oleh ahli fizik yang menyatakan bahawa warna adalah satu medium yang berfungsi untuk menggerakkan saraf optik yang akan membawa maklumat kepada otak. Namun begitu, secara realitinya, pengetahuan tentang perkara tersebut merupakan suatu bentuk maklumat yang sememangnya telah wujud dalam minda manusia sejak dari awal lagi. Selain daripada itu juga, perspektif ideasional atau idealisme ini juga dirujuk sebagai suatu proses konseptual yang terdiri daripada pecahan akal mutakhir dalam usaha yang digunakan oleh seseorang itu untuk mencari sesuatu kewujudan, pengetahuan dan nilai tentang sesuatu situasi atau keadaan (Johnson, 1969). Situasi ini jelas menyatakan bahawa perspektif ideasional ini sebenarnya lebih menekankan kepada konsep pemikiran sebagai asas dalam perbincangannya dimana aliran ini percaya bahawa semua proses yang dialami oleh fikiran atau pembentukan sesuatu pengetahuan adalah hasil daripada pemikiran yang mutlak. Dalam erti kata lain, aliran ini menetapkan bahawa asas kewujudan sesuatu perkara itu adalah dalam bentuk pemikiran dan bukannya dalam bentuk fizikal. Hal ini kerana, aliran ini berpegang kuat kepada konsep penaakulan sebagai asas pembinaan idea atau pengetahuan. 
Selain daripada itu, perspektif ideasional ini secara umumnya banyak digunakan oleh tokoh-tokoh seperti Plato, Rene Descartes, Barush Spinoza dan sebagainya. Hal ini kerana, Plato merupakan pengasas aliran ideasional atau idealisme (427-374 SM). Plato berpendapat bahawa pengetahuan sebenar seseorang diperolehi hasil daripada proses penaakulan semata-mata. Sebagai contoh, secara idealnya, apa yang ada dalam minda manusia berkaitan dengan sifat-sifat manusia adalah baik tetapi jika dilihat dari aspek realitinya yang sebenar, sifat manusia sebenarnya sukar untuk difahami. Andaian ini biasanya diperolehi melalui pengetahuan, pengalaman dan sebagainya tanpa diketahui kebenarannya tentang sesuatu perkara. Selain itu, Plato juga menyatakan bahawa asas kepada pengetahuan seseorang adalah bermula daripada pemikiran atau andaian yang wujud. Perspektif ini seringkali digunapakai oleh pengkaji antropologi khususnya dalam kajian yang berkaitan dengan budaya seseorang. Selain itu, W.F. Hocking juga mendefinisikan perspektif ideasional sebagai satu kesinambungan yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa dan bukannya sesuatu bentuk benda yang bersifat material. Situasi ini menunjukkan bahawa W.F. Hocking melihat konsep ‘mind’ sebagai suatu bentuk elemen yang paling penting dalam perspektif ideasional. Hal ini kerana, jika dilihat secara keseluruhanya, perbincangan ideasional banyak menyentuh tentang konsep ‘mind’.
Secara ringkasnya, ideasional ini sebenarnya dapat ditakrifkan sebagai suatu andaian atau tanggapan awal seseorang tentang sesuatu perkara tanpa ada bukti atau fakta yang sebenarmya. Dalam erti kata lain, idealisme atau perspektif ideasional dapat ditakrifkan sebagai satu bentuk andaian atau hipotesis awal yang dibuat oleh seseorang sebelum pergi ke lapangan untuk mendapatkan fakta yang sebenarnya. Hal ini kerana, perspektif ini mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek pemikiran seseorang. Sebagai contoh, dalam kajian berkaitan dengan budaya masyarakat orang asli. Sebelum menjalankan kajian, seseorang pengkaji mengandaikan atau membuat tanggapan awal bahawa masyarakat orang asli ini tidak moden, pengotor, tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan sebagainya. Namun, apabila pengkaji melihat sendiri budaya dan cara hidup mereka, seseorang pengkaji itu mendapati bahawa apa yang difikirkan oleh mereka pada peringkat awal adalah salah. Hal ini kerana, apabila mereka melihat sendiri cara hidup masyarakat orang asli, mereka mendapati bahawa mereka telah mengalami pemodenan dan telah mula mengamalkan cara hidup seperti masyarakat lain. Sebagai contoh, mereka tidak lagi menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk membasuh pakaian sebaliknya, mereka telah mula menggunakan sabun untuk mencuci. Keadaan ini secara tidak langsung telah dapat menerangkan bahawa ideasional atau idealisme adalah merupakan satu bentuk pemikiran atau andaian yang telah wujud dalam minda manusia tanpa diketahui fakta yang sebenarnya. Andaian itu dibuat hanya berdasarkan pemerhatian yang dibuat semata-mata tanpa mendalami budaya mereka. Selain itu, kita melihat orang asli yang berkulit hitam sebagai seorang yang pengotor. Namun, hakikat sebenarnya apabila kita mendalami budaya mereka, kita mendapati bahawa hitam itu merupakan satu bentuk identiti mereka yang unik.
Oleh itu, secara keseluruhannya, perspektif ideasional atau idealisme ini sebenarnya merupakan satu set andaian atau tanggapan yang wujud dalam minda seseorang berdasarkan pemerhatian yang dibuat tanpa ada sebarang bukti yang benar. Selain itu, idealisme juga menekankan bahawa hakikat tentang sesuatu perkara itu secara realitinya terletak dalam minda seseorang. Hal ini kerana, perspektif ideasional mempunyai kaitan yang rapat dengan penaakulan.
1.3       PERSPEKTIF FENOMENOLOGI
Pendekatan atau perspektif fenomenologi atau lebih dikenali sebagai satu teori yang bernaung di bawah paradigma definisi sosial merupakan satu tradisi kualitatif yang berakar umbikan falsafah dan psikologi serta fokus kepada pengalaman hidup manusia. Pendekatan fenomenologi hampir sama dengan pendekatan hermeneutics yang menggunakan pengalaman hidup sebagai alat atau kaedah untuk memahami sosial, budaya, politik mahupun dalam konteks sejarah dimana ianya terjadi. Namun, berbeza dengan teori atau pendekatan sosial yang lain, fenomenologi mengatakan bahawa kenyataan sosial tidak bergantung kepada makna yang diberikan oleh individu, tetapi melihat kepada kesedaran atau pengalaman subjektif seseorang individu.  Ini kerana tingkah laku manusia sangat dipengaruhi oleh pandangan individu terhadap diri dan dunianya berdasarkan kesedaran atau keadaan sebenar dirinya. Ini bermakna, fenomenologi tidak melihat kepada makna yang diberikan tetapi berdasarkan kesedaran atau pengalaman dalam melihat tingkah laku seseorang.
            Pendekatan fenomenologi digunakan dalam bidang sosiologi melalui karya Alfred Shutz yang dipengaruhi oleh ahli falsafah Jerman iaitu, Edumund Husserl. Tetapi pendekatan fenomenologi alam bidang sosiologi mulai terkenal dengan menggunakan idea-idea fenomenologi P.Berger dan T. Luckman dalam karya mereka Essential Features of Face to face Interaction (1973). Dalam karya ini, mereka mengandaikan bahawa interaksi dari muka ke muka merupakan perkara asas dari fenomena atau pengalaman yang lebih kompleks dan luas. Mereka melihat sesuatu perkara itu daripada pendekatan individu terutamanya tentang kesedaran. Dalam hujahan mereka tentang fenomenologi, mereka telah membahagikan elemen-elemen daripada interaksi kepada tiga komponen utama iaitu ciri-ciri pelaku, ciri-ciri di antara pelaku, dan juga ciri-ciri perlakuan pelaku.
            Berkisar tentang sejarah awal kemunculan idea Fenomenologi pula seperti mana yang telah dinyatakan tadi bahawa ianya telah diterap ke dalam bidang sosiologi melalui pemikiran Alfred Schutz yang dipengaruhi oleh Edmund Husserl. Oleh itu, sejarah awal pendekatan fenomenologi adalah bermula daripada pemikiran Husserl (1859-1938) yang juga dikenali sebagai bapa fenomenologi. Menurut Husserl, manusia hanya akan mengenal atau memahami dunia sosial melalui pengalaman. Setiap sesuatu yang berlaku dalam dunia sosial ini diterima daripada pengalaman pancaindera dan dapat dikenalpasti atau difahami melalui kesedaran. Setiap perkara termasuklah kewujudan individu lain, norma-norma dan nilai dalam masyarakat, dan sebagainya sering dikenalpasti melalui pengalaman yang disedari oleh manusia. Namun, disebabkan oleh kesedaran manusia itu terbatas, sukar untuk mengenalpasti sesuatu perkara itu sebagai nyata atau realiti yang boleh diterima umum dan dijadikan satu fakta sosial.
            Dalam mengenalpasti pengalaman yang membawa kepada tingkah laku individu ini, Husserl menggunakan istilah dunia persekitaran (alamiah) bagi dunia yang dihuni manusia atau dunia yang diterima begitu sahaja dalam kehidupan manusia dari hari ke hari dan kemudiannya beliau menggunakan istilah dunia kehidupan pula dalam menerangkan ruang lingkup kesedaran tentang pengalaman manusia. Melaluinya, beliau menegaskan bahawa manusia hidup dan bertingkah laku di dalam dunia atau ruang yang diterima begitu sahaja dalam masyarakat atau sosial. Kehidupan manusia dalam setiap hari terdiri daripada pelbagai unsur iaitu objek, orang, tempat, ilmu atau pengetahuan dan sebagainya dilihat, difahami dan diterima oleh masyarakat sebagai suatu fakta dan kemudiannya menentukan parameter untuk setiap perkara yang mereka lakukan termasuklah tentang amalan dan adat istiadat.
            Dalam ideanya, Husserl menekankan kepada dua perkara yang menjadi asas kepada fenomenologi moden. Pertamanya, beliau menekankan bahawa manusia menerima kehidupan mereka begitu sahaja yang akan mempengaruhi cara mereka berfikir dan bertingkah laku. Di mana, kehidupan harian yang sudah sebati itu menjadi fakta dalam kehidupan dunia manusia dan sangat mempengaruhi keseluruhan hidup manusia. Selain itu, Husserl juga mengatakan bahawa manusia hidup dengan andaian bahawa mereka melalui dunia yang sama. Tetapi disebabkan oleh setiap orang mempunyai kesedaran terhadap pengalaman hidup yang berbeza-beza, maka tidak dapat dipastikan sama ada andaian tersebut benar ataupun tidak. Namun, Husserl tetap percaya bahawa manusia cuba beranggapan bahawa mereka melalui perkara yang sama atau kehidupan di dalam dunia sosial yang sama meskipun mereka tidak dapat memastikannya.
            Pendekatan fenomenologi Husserl lebi kepada bersifat radikal yang memberi ilham kepada Alfred Schutz dalam ideanya iaitu fenomenologi moden. Ini kerana Schutz menggunakan pendekatan fenomenologi Husserl dengan teori tingkah laku (action theory) Max Weber dan juga teori interaksionalisme simbolik yang akhirnya membentuk fenomenologi moden seperti yang difikirkan oleh beliau. Pertamanya, analisis Schutz berkenaan dengan idea Max Weber terutamanya tentang ‘tindakan sosial’. Di mana, Schutz melihat kepada konsep tindakan Weber dalam karyanya “The Phenomenology of Social World”. Beliau mengkritik idea Weber berkaitan kegagalan Weber dalam menggunakan metod dan mengkaji mengapa dan bagaimana para pelaku sosial dapat memberi makna subjektif yang sama terhadap sesuatu perkara. Setiap persamaan dalam perilaku manusia seperti tentang idea atau pengetahuan, pandangan, pengalaman dan sebagainya dipersoalkan. Bagi Schutz, keadaan ini merupakan satu masalah subjektif dan menjadi suatu hal yang penting dalam idea intelektualnya.
            Seterusnya, meskipun terpengaruh dengan idea Husserl tentang fenomenologi, Schutz tidak lagi menggunakan konsep-konsep radikal yang digunakan oleh Husserl. Misalnya tentang hukum-hukum berkaitan dengan kesedaran manusia. Tetapi beliau menerima dan menggunakan konsep Husserl tentang dunia kehidupan iaitu dunia sehari-hari manusia dan sikap alamiah ataupun semulajadi manusia yang diterima, diterap begitu sahaja sehingga mempengaruhi mereka dalam bertindak dan bertingkah laku. Schutz juga mengakui bahawa dalam dunia kehidupan, manusia mempunyai dan melalui kehidupan sosial yang sama dan bertingkah laku seperti mereka telah hidup dalam dunia kehidupan yang sama. Selain daripada menerima idea fenomenologi Husserl, Schutz juga menerima metod yang digunakan oleh Weber dalam memahami dan mendalami interaksi yang wujud dalam masyarakat dan bukannya dalam bentuk radikal atau dunia kehidupan yang sama.
            Pendekatan fenomenologi Schutz kemudiannya dipengaruhi oleh interaksionalisme simbolik apabila beliau berpindah ke Amerika Syarikat. Pengaruh pendekatan interaksionalisme simbolik daripada G.H. Mead dan W.I. Thomas sangat berpengaruh terhadap idea pemikiran Schutz. Schutz menggabungkan konsep Thomas tentang definisi situasi dan konsepnya tentang intersubjektif. Schutz juga berpegang kepada pendapat Thomas tentang definisi di mana situasi atau sesuatu keadaan itu dipelajari daripada pengalaman masa lampau dan dijadikan sebagai rujukan untuk membuat suatu tindakan pada hari ini. Manakala, pengaruh dari Mead terhadap Schutz pula adalah tentang konsep pengambilan peranan. Di mana, di dalamnya seorang pelaku mengambil sikap orang lain melalui gerak-geri tubuh. Dalam hal ini, Mead sangat tertarik dengan proses di mana pelaku-pelaku itu boleh mengetahui peranan satu sama lain dan menjadi penanda aras bagi pelaku yang lain untuk bertingkah laku dalam cara atau keadaan yang sama.
            Berdasarkan pengaruh-pengaruh daripada idea tokoh-tokoh lain, Schutz telah keluar dengan satu idea atau pendekatan yang berbeza daripada interaksionalisme simbolik. Menurut Schutz, manusia melalui kehidupan dengan membawa bersama peraturan-peraturan tentang tingkah laku yang tepat, konsep-konsep, nilai-nilai, dan sebagainya untuk dijadikan petunjuk bagi membantu mereka bertingkah laku dengan baik dan bersesuaian dalam dunia sosial. Schutz melihat keseluruhan cara hidup seperti norma dan nilai sebagai stok pengetahuan yang telah tersedia dan menjadi rujukan kepada seorang individu dalam bertindak balas terhadap sesuatu yang terjadi di sekitarnya.
            Konsep stok pengetahuan telah dipinjam daripada idea Husserl tetapi disesuaikan dengan konsep Mead tentang “generalized other”. Schutz juga menerima idea tentang dunia sosial adalah sama dan diterima begitu sahaja oleh manusia di dalam pendekatan fenomenologinya yang mana disebut sebagai kebiasaan atau rutin dalam interaksionalisme simbolik. Namun masih terdapat perbezaan idea Schutz dari Husserl dan interaksionalism simbolik seperti mana yang telah dinyatakan di atas. Di mana, manusia bertingkah laku dengan andaian bahawa mereka melalui satu dunia sosial yang sama dan mempunyai perasaan tentang dunia sosial yang sama merupakan satu perkara yang penting dalam mempertahankan keteraturan sosial dalam dunia sosial yang sama itu. Idea Schutz dalam fenomenologi ini juga telah berjaya mengeluarkan fenomenologi daripada pengaruh falsafah dan menggunakannya dalam pendekatan sosiologi. Beliau telah menggunakan konsep Husserl tentang dunia kehidupan dengan proses interaksi yang menjadi asas dalam kehidupan.  Schutz melihat manusia atau masyarakat hidup di dalam dunia sosial yang sama dengan cara mereka saling berinteraksi dan berurusan dengan satu sama lain.
            Secara keseluruhannya, pendekatan fenomenologi ini menekankan kepada pengalaman subjektif seseorang individu kerana sesebuah tingkah laku itu sangat dipengaruhi oleh pandangan individu terhadap dirinya dan juga dunia sosialnya. Setiap perkara dalam kehidupan sangat berkait dengan unsur kesedaran atau keadaan sebenar seseorang individu melihat tingkah laku seseorang berdasarkan fenomena tentang dirinya sendiri. Misalnya, dalam masyarakat Iban di Sabah dan Sarawak. Mereka bertingkah laku atau mengamalkan adat-adat dan peraturan dalam kehidupan mereka seperti dalam upacara ‘Miring’ berdasarkan pengalaman atau fenomena yang pernah dilalui oleh orang sebelum mereka. Mereka melihat, menghayati dan menjadikannya sebagai petunjuk dalam mengamalkan upacara ‘Miring’ yang diadakan pada hari Gawai setiap tahun.
1.4       RITUAL DAN SIMBOL DALAM MASYARAKAT ORANG ASLI DAN IBAN      DI SABAH DAN SARAWAK
Budaya dan agama saling berkaitan. Setiap budaya mempunyai agama yang dominan. Agama mempengaruhi amalan ritual, penceritaan, taboo dan istiadat dalam sesebuah budaya. Walaupun mempunyai agama yang berbeza namun terdapat persamaan yang wujud dalam setiap agama sebagai contoh kitab suci. Selain itu, setiap agama mempunyai pengasas agama dan agama juga mempunyai amalan tradisional ritual atau sebarang perlakuan yang menandakan simbol atau mesej agama dalam amalan. Peranan agama secara tidak langsung dapat menonjolkan kebudayaan sesebuah masyarakat termasuklah masyarakat Orang Asli dan masyarakat Iban.
Menurut Ma’Rof, 2010 (dlm. Rohayu (2013)), masyarakat Orang Asli merupakan kaum minoriti penduduk Malaysia dan merupakan satu-satunya komuniti peribumi yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Mengikut bancian pada tahun 2010, bilangan Orang Asli ialah seramai 178 179 orang. Dari segi penempatan masyarakat Orang Asli sebanyak 38% masyarakat Orang Asli tinggal di pedalaman, 61% tinggal di pinggir Bandar dan 1% tinggal di kawasan Bandar. Mereka terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Setiap suku bangsa ini dipecahkan kepada enam suku kaum yang mana mereka bertutur dalam pelbagai bahasa selain daripada dialek Melayu tempatan (JAKOA, 2011).
Masyarakat orang asli sememangnya kaya dengan adat resam dan budaya kerana kehidupan mereka masih berkait rapat dengan alam semula jadi walaupun ada yang sudah memasuki dunia moden. Adat dan kepercayaan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan makhluk ghaib. Kehidupan mereka penuh dengan mistik dan kepercayaan kepada alam sekeliling. Seni ukiran kayu di antara aktiviti seni yang masih terpelihara sehingga kini. Seni ukiran kayu merupakan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang dan turut digunakan semasa upacara ritual. Menurut Norasmah & Husnorhafiza (2011), daripada 18 suku masyarakat Orang Asli yang terdapat di negara ini, hanya suku kaum Mah Meri dan Jah Hut yang mendominasi seni ukiran kayu khususnya ukiran patung dan topeng.
            Ketika menyambut hari-hari kebesaran bagi sesebuah masyarakat mereka, amalan mengubat penyakit tetap dijalankan mengikut tradisi yang melibatkan jampi serapah diiringi dengan tarian-tarian tertentu. Jika diteliti kebanyakan bentuk tarian dan nyanyian mereka bukan sekadar hiburan semata-mata, malah peranannya lebih mendalam daripada apa yang dijangka. Tarian dan nyanyian merupakan perantaraan untuk mengubati penyakit, menghalau unsur-unsur jahat dan menjaga keselamatan kampung daripada gangguan makhluk-makhluk lain.
            Tarian Lilin merupakan satu tarian yang popular di kalangan suku Temuan, Jah Hut dan Che Wong yang terdapat di daerah Raub mempunyai makna tersendiri ketika dimainkan pada hari keramaian majlis perkahwinan dan selepas menuai padi. Mereka menganggap kekuatan lilin yang terdapat pada piring mampu menjadi asas yang kukuh walaupun tapaknya tidak besar di samping berupaya menerangi orang lain. Begitu juga dengan tarian Sewang yang popular di kalangan masyarakat Orang Asli Semai yang dijalankan sebagai penyembahan kepada makhluk ghaib, mengubati penyakit dan sebagainya.
Secara umumnya, sewang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut keperluan sesuatu upacara. Setiap satu ada perbezaan dari segi fungsi sama ada diadakan untuk tujuan perubatan, membuka pantang kematian, keramaian seperti menyambut tetamu dan meraikan perkahwinan, membuka lading, mengawal makhluk-makhluk halus dan sebagainya. Dalam upacara sewang, pelbagai peralatan yang digunakan mengikut jenis upacara yang akan diadakan dan setiap peralatan tersebut mempunyai simbol-simbol tertentu.
Selain itu, masyarakat Orang Asli terkenal dengan aktiviti memburu hasil hutan. Hampir kesemua suku kaum Orang Asli di Malaysia memburu binatang menggunakan sumpit. Sumpitan menjadi lambang suku kaum Bateq di samping untuk mendapatkan sumber makanan iaitu dengan menyumpit binatang. Setiap lelaki dewasa wajib mempunyai kepakaran menggunakannya sebelum berumah tangga. Kehebatan seseorang pemuda Bateq terserlah apabila berjaya ‘menembak’ sasarannya dengan tepat. 
Kaum Iban dikategorikan ke dalam kumpulan Melayu-Proto iaitu sama dengan orang Melayu Sumatera dan Semenanjung Malaysia. Suatui ketika dahulu, kaum Iban lebih dikenali dengan panggilan ‘Sea Dayak’ atau Dayak Laut bagi warga asing. Panggilan tersebut disebabkan mereka biasanya bergerak di kawasan laut sebagai lanun dan juga menjadi pelayar yang handal (Roth, 1968).
Masyarakat Iban berasal dari Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Dari segi sejarahnya, orang Iban ialah satu kaum yang suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Masyarakat Iban juga amat terkenal dengan keberanian pahlawan-pahlawannya memenggal kepala musuh-musuhnya semasa berperang pada zaman dahulu. Orang Iban yang tinggal bersama dalam sebuah rumah panjang memerlukan adat dalam mengawal hubungan antara penghuni agar keamanan dan ketenteraman sentiasa wujud.
Agama tradisi masyarakat Iban ialah kepercayaan mereka yang berkaitan dengan kepercayaan animisme. Animisme masyarakat Iban bermaksud kepercayaan mereka kepada banyak Tuhan. Contohnya mereka ada Tuhan khas untuk kegiatan penanaman padi iaitu ‘Pulang Gana’, Tuhan ekspedisi perang “Sengalang Burung’ serta Tuhan pencipta manusia yang dikenali sebagai ‘Selampandai’. Tuhan-tuhan itu mesti diberi makan dengan ‘piring’ untuk mendapatkan sesuatu hajat. Mereka melihat roh, kuasa luar biasa itu sebagai sesuatu yang suci, kudus, sakral dan oleh itu berlaku proses pemujaan. Mereka memuja dengan melahirkan pelbagai upacara atau ritual kepercayaan.
Masyarakat Iban melihat sakral sebagai sesuatu yang berkomunikasi dengan mereka maka berlaku komunikasi antara kuasa ghaib dengan masyarakat tersebut. Ia boleh berlaku komunikasi dalam bentuk mantera. Ia menurunkan wahyu, boleh jadi dalam bentuk suruhan atau dalam bentuk ugutan. Segala kesucian melahirkan kebaikan yang ditunjukkan dalam kehidupan manusia. Ia dilahirkan melalui upacara ritual. Di dalam ritual ini ada perlakuan-perlakuan dan perlakuan-perlakuan tersebut adalah tertakluk kepada idea yang ditetapkan contohnya dalam upacara ritual ‘miring’ yang bermaksud memberi makan kepada Tuhan.
Dalam upacara-upacara ritual masyarakat Iban, hanya ‘manang’ atau lebih dikenali sebagai bomoh sahaja yang dapat melihat dan menangkap semangat. Kaum Iban yang biasa tidak berkemampuan untuk berbuat demikian. Manang dikenali sebagai dukun Iban yang pakar mengubati penyakit sama ada disebabkan oleh hantu jembalang atau terkena buatan orang. Mereka akan berubat dengan ‘manang’ kerana ‘manang’ ada memiliki sejenis batu yang dikenali sebagai ‘Batu Ilau’ atau batu ajaib yang boleh digunakan untuk menilik penyakit si pesakit dan boleh menyembuhkan penyakit tersebut.
Suku kaum Iban terkenal dengan daun telinga yang panjang kerana beban berat dari giwang yang dipakai. Ia menjadi lambang kecantikan seseorang. Disamping itu, telinga yang panjang turut menjadi simbol kepada kedudukan status sosial seseorang. Biasanya mereka yang mempunyai daun telinga yang panjang terdiri daripada golongan bangsawan.
            Selain terkenal dengan telinga panjang, kaum Iban turut terkenal dengan tatu di tubuh mereka. Tatu lebih dikenali sebagai ‘pantang’. Tatu adalah simbol kelelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki. Sebagai bukti kejayaan, pahlawan Iban akan ditatu pada badan, jari, lengan dan paha. Sementara wanita Iban pula mempunyai tatu di bahagian jari, lengan, kaki dan paha sebagai lambang kedudukan sosial dan pencapaian mereka dalam kemahiran menenun, menari atau menyanyi selain berfungsi sebagai penghias diri. Masyarakat Iban menjadikan tatu sebagai simbol untuk merekod atau menceritakan pengalaman pengembaraan dan pencapaian seseorang. Corak-corak yang menjadi pilihan dipercayai dapat melindungi suku kaum Iban daripada roh-roh jahat, musuh, kecelakaan dan penyakit. Tatu ‘Bunga Terung’ biasanya terdapat pada kedua-dua bahu lelaki masyarakat Iban. Suatu ketika dahulu, lelaki Iban akan mencacah tatu berbintik kecil di tangan dipanggil ‘tengulun’ yang menandakan mereka pernah memenggal kepala musuh. Bilangan tatu itu bergantung kepada berapa banyak mangsa yang berjaya dibunuh.
1.5       KESIMPULAN
Kesimpulannya, dalam kajian etnografi, pendekatan ideasionalisme dan fenomenologi adalah penting dalam memahami dan mendekati satu-satu subjek kajian. Hal ini demikian kerana, dalam kajian etnografi, subjek kajian terdiri daripada sesebuah masyarakat dan bukannya terhad kepada individu sahaja. Pengkaji perlu memasuki sesebuah masyarakat seperti etnik ataupun kaum bagi mendapatkan data yang dikehendaki. Etnografi sebagai sebuah kajian yang dijalankan bagi mendalami budaya sesebuah masyarakat memerlukan pengkaji menggunakan pendekatan ideasioanal dan fenomenologi atau inilah yang dinamakan sebagai pemerhatian ikut serta, di mana pengkaji harus tinggal dalam satu tempoh yang lama bersama dengan subjek kajian. Misalnya dengan mengusai pendekatan fenomenologi, pengkaji menggunakan pengalaman sendiri semasa tinggal bersama dengan subjek kajian dalam mempersembahkan data. Contohnya, berkaitan dengan adat perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Orang Asli yang pastinya berbeza-beza mengikut suku.

            Selain itu, dalam menjalankan kajian berbentuk etnografi, dua konsep yang sangat penting adalah ritual dan simbol. Ini kerana, ritual dan simbol merupakan satu perkara yang berbeza-beza dalam masyarakat dan merupakan identiti sesebuah masyarakat. Misalnya, pemakaian tatoo dalam masyarakat Iban sebagai satu simbol atau tanda kekuatan. Oleh itu, seorang pengkaji perlulah memahami setiap ritual dan simbol yang berbeza dalam masyarakat dan perlu menerimanya dengan meninggalkan segala unsur bias, etnosentrisme dan sebagainya. Seorang pengkaji itu perlu bersikap bebas nilai atau free value dalam menjalankan sesebuah kajian kerana ianya melibatkan masyarakat dan budaya yang berbeza-beza.

BELIA DAN MODAL INSAN BAGI PEMBANGUNAN SEKTOR DESA

Assalamualaikum... ok nie exciment aq pasal kreek2 lupa la aq buat tajuk apa.. x save... sebab aq x simpan muka depan kulit excimnt nie.. excimnt nie di bawah subjek SOSIOLOGI DESA. ada gak kaitan pasal bajet 2015. kalau ada yang salah harap maaf.. biasalah buat kerja last minit.. satu hari suntuk aq lepak at fak.. FSSK... subuh baru balik.. :'(.. hobi kowt buat kerja last minit.. setiap sem aq berazam ntok siapkan excimnt awal waktu.. tp hampeh... idea yang mencurah2 dtng di saat akhir.. :)

1.1 PENGENALAN

Pembangunan sektor desa sebagai agenda pembangunan negara telah melalui banyak perubahan semenjak era Laporan Merah Tun Razak. Pada masa dahulu tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur dengan pendekatan ekonomi. Penyatuan dan pembukaan tanah telah menjadi isu utama dalam pembangunan. FELDA dan FELCRA telah banyak memainkan peranan mereka dalam menggerakkan pembangunan ini. Sehingga kini pun, pembangunan dalam bentuk ini masih diberi perhatian. Lebih-lebih lagi, aspek kemanusiaan telah mula mendapat tempat dalam strategi pembangunan ini (Endang Erwani & Rabiatul, 1996).

Menurut Muhammad Muhd. Taib (1996), membangunkan desa dan masyarakatnya, sebenarnya bermaksud menguruskan desa berkenaan dengan cemerlang dan bermutu tinggi supaya ia boleh merentasi cabaran pelbagai zaman. Terdapat beberapa pembangunan yang ingin di jalankan oleh pihak kerajaan bagi memastikan pembangunan bandar dan luar bandar mempunyai jurang yang sangat jauh. Oleh itu, dalam melaksanakan pengluasan pembangunan ini, kita juga ingin memastikan bahawa, apabila pembangunan ini telah sampai ke luar bandar, pihak yang menyambut pembangunan ini dengan relevan, wujud. Justeru, perlu adanya para pemikir, para profesional, tenaga kerja dan golongan kesinambungan untuk menerima kemasukan pembangunan. Kita tidak mahu apabila pembangunan ini sampai ke kawasan desa, anak-anak muda desa masih tenggelam dalam keghairahan budaya berhijrah ke bandar, yang akhirnya menyebabkan kawasan luar bandar menjadi lenggang dan kosong. 

Oleh yang demikian, kerajaan sangat komited untuk meningkatkan pembangunan modal insan dalam diri belia desa supaya mereka dapat sama-sama membantu kerajaan dalam membangunkan sektor desa (Taib, 1996). Sebagai contoh, dalam bidang pertanian. Menurut Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010), Universiti berfungsi melahirkan modal insan yang mempunyai ciri kebolehpasaran dan menjadi pusat bagi menghasilkan modal intelektual, inovasi dan penemuan ilmu serta berperanan sebagai penyumbang kepada pembangunan kekayaan negara dan kesejahteraan masyarakat. Dalam menjalankan fungsinya, beberapa faktor dan senario di peringkat global dan domestik mempengaruhi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mencapai matlamatnya melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Terdapat tujuh buah IPTA yang sedang menawarkan 28 program pengajian pertanian prasiswazah iaitu 7 di peringkat diploma dan 21 lagi ditawarkan di peringkat sarjana muda. Kebolehpasaran graduan program pengajian pertanian perlu ditingkatkan melalui inisiatif seperti latihan industri, mobiliti pelajar, penerapan unsur kemahiran insaniah dalam kursus yang diajar dan penglibatan pelajar dalam program anjuran industri berkaitan pertanian. Kesemua ini boleh termasuk dalam aspek pembangunan modal insan, yang mana salah satu strategi pembangunan modal insan dan pengupayaan masyarakat boleh dicapai melalui membangunkan potensi penduduk luar bandar (desa) melalui pendidikan (Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar, 2010).

Menurut Mohd Fauzi dan Mohd Khairul (2012), modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Nilai kini terhadap pelaburan tersebut dapat menentukan taraf modal insan yang ada pada seseorang. Terdapat lima aspek yang mencirikan modal insan iaitu, modal insan tidak boleh diperdagangkan. Ia berupa pengetahuan dan kemahiran yang menjadi hak milik individu yang diperoleh di atas keupayaan diri. Setiap individu juga tidak mempunyai cara yang sama dalam membangunkan modal insan. Terdapat individu yang berupaya mempunyai keupayaan diri seawal usia mudanya tetapi terdapat juga individu yang membina keupayaannya di usia lanjut. Selain itu juga, modal insan juga dapat dilihat dari aspek kualiti dan kuantiti yang berbeza berdasarkan keupayaan dirinya. Tambahan pula, modal insan juga boleh bersifat lebih khusus atau umum iaitu boleh digunakan secara khusus untuk seorang individu sahaja atau boleh diguna secara bersama. Ciri yang terakhir yang melambangkan modal insan adalah ia dipengaruhi oleh aspek luaran iaitu persekitaran dan ikatan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh seseorang individu.

Bajet 2015 menunjukkan bahawa kerajaan terus berusaha membangun dan memajukan sektor desa dan pertanian bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk. Pelbagai rancangan, dasar, program telah dilaksanakan seperti Buku Hijau, rancangan Transformasi Pembangunan Sektor Desa, Dasar Pertanian Negara (DPN) I-III, dan lain-lain bagi tujuan tersebut selain menjadikan sektor itu lebih menarik, terutama untuk pelaburan dan keuntungan. Namun, sungguhpun pelbagai kemajuan dan kejayaan telah diperoleh, masih lagi terdapat isu, cabaran dan masalah yang perlu ditangani, terutama dalam era globalisasi ini. Antara isu, cabaran dan masalah yang perlu ditangani terutama dalam era globalisasi ini ialah dari aspek modal insan dalam sektor desa itu sendiri.

Menurut YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi (2006), modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang semakin meningkat. Menurut laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia, pembangunan modal insan memerlukan individu meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama di samping penekanan akan diberi ke arah memupuk masyarakat yang berbudaya dan memiliki kekuatan moral. (Y.A.B. Perdana Menteri). Modal insan merupakan pengimbangan pembangunan fizikal yang berteraskan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangkumi nila, etika, minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

Pembangunan modal insan merupakan salah satu aspek penting bagi membangunkan ekonomi negara yang berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan. Kepentingan pembangunan modal insan untuk pembangunan ekonomi negara jelas dapat dilihat, di mana teras kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang menjadi asas kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ke arah merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, adalah berkait secara langsung dengan pembangunan modal insan. Bagi sektor pengajian tinggi, pembangunan modal insan, terutamanya golongan akademik dan pelajar, adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi antara penyumbang utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju (Zulkefli, 2007).

 Memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan di luar bandar iaitu di desa merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Modal insan merupakan satu elemen penting dalam pembangunan sesebuah negara. Insanlah merupakan faktor utama di dalam semua strategi dan pelan tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan negara. Signifikan modal insan dalam RMK9 dikenal pasti mencakupi pelbagai aspek. Antaranya terdiri daripada keperluan kepada modal insan berkualiti, pendekatan holistik dalam pembangunan modal insan, strategi melahirkan modal insan kelas pertama, perkaitan Misi Nasional, Wawasan 2020 dengan modal insan, keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari, modal insan dan aktiviti kebudayaan, modal insan dan peranan golongan wanita, modal insan dan perundangan, modal insan dan pendidikan dan akhir sekali ialah modal insan dan integriti.

Menurut Zalika, Faridah, dan Johdi (2009), pembangunan insan juga di bentuk bagi memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. 

1.2 ISU, CABARAN DAN MASALAH DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN DALAM MASYARAKAT DESA.

Isu pembangunan modal insan di Malaysia telah dipaparkan dengan jelas oleh Ishak Yussof dan Zulkifli Osman (2008) dalam bab 3 iaitu di bawah tajuk ‘Pembangunan Modal Insan di Malaysia: Perspektif Ekonomi’. Dalam konteks negara ini, strategi melahirkan tenaga kerja berkualiti yang memiliki dan menguasai pengetahuan, kemahiran sikap yang selari dengan tuntutan pasaran buruh semasa dan akan datang menjadi semakin penting. Pelaburan dalam pendidikan misalnya, bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan pertambahan permintaan daripada golongan belia, malah yang lebih penting melahirkan tenaga kerja yang berupaya menjana ekonomi berteraskan pengetahuan pada masa hadapan. 

Menurut Yahaya dan Hair Awang (2008), modal insan merupakan aset yang dominan bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu, pembangunan modal insan memainkan peranan penting dalam menjana dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Keutuhan sesebuah organisasi sangat bergantung pada produktiviti yang dihasilkan oleh modal insan yang efisien. Namun begitu, modal insan hanyalah menjadi aset berharga bagi sesebuah organisasi dan negara sekiranya tahap kecekapan, kemahiran, sikap serta pengetahuan modal insan dibangunkan selaras dengan keperluan organisasi dan negara. 

Kualiti kerja di Malaysia semakin merosot. Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri. Kebanyakan pelabur mengeluh kerana pekerja baru berkurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah. Kelemahan penguasaan bahasa dan rangkaian sosial menghalang penggunaan teknologi terkini dan proses berpasukan moden untuk aktiviti-aktiviti tambah-nilai tinggi. Tanpa jumlah tenaga kerja berkemahiran yang besar, kita menghadapi risiko menjunam ke arah sebuah negara yang sederhana. 

Selain itu juga, salah satu hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam RMK9 adalah untuk membangunkan modal insan yang memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang utuh (towering personality). Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai ciri-ciri berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu, seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat seperti amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua usahanya. Cabaran KPM adalah untuk menyemai nilai-nilai yang akan menghasilkan perwatakan pelajar yang unggul. Menyedari bahawa perancangan untuk melahirkan generasi dengan sifat keunggulan adalah tanggungjawab yang berat. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan dengan penggemblengan tenaga dan komitmen jitu daripada semua pihak. 

Selain itu juga, isu ketidaksesuaian di antara penawaran graduan oleh IPT dan permintaan oleh industri ini juga berkait rapat dengan falsafah pendidikan yang berkaitan dengan pengajian tinggi yang telah lama dibahaskan. Falsafah pendidikan menekankan matlamat pengajian tinggi adalah untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berinovatif, kritikal dari segi pemikirannya dan menghayati nilai-nilai murni sebagai asas penghidupan. Ini berbeza dengan matlamat latihan yang menekankan kepada keperluan untuk meningkatkan kemahiran individu dalam konteks kerjayanya, dan merupakan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh majikan dan bukannya IPT. Namun demikian, ‘the educational objectives of higher learning institutions and the training objectives of employers are not necessarily mutually exclusive as up to a point both are mutually complementary and supportive of each other’. IPT tidak boleh diharapkan untuk menjadi institusi latihan semata-mata untuk menghasilkan graduan yang diperlukan oleh industri. Keperluan industri terhadap graduan mungkin berbeza mengikut masa. Oleh itu, amat menyulitkan untuk IPT berubah mengikut kehendak industri. Dialog dengan industri juga menunjukkan bahawa mereka sendiri tidak dapat meramalkan keperluan industri terhadap graduan dalam jangka yang lebih panjang yang melebihi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun (Zulkefli, 2007).

Dalam RMK9, terdapat tiga aspek penting dalam pembangunan modal insan yang unik yang telah ditekankan berbanding dengan rancangan sebelumnya. Antaranya ialah skop modal insan yang holistik iaitu bersifat meluas, penekanan kepada aspek pembangunan intelektual dan institusi ilmu dan yang akhir sekali ialah, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi. Kajian Pelan Induk yang telah dijalankan pada awal tahun 2010 telah merumuskan beberapa isu dan cabaran dalam melahirkan modal insan dalam masyarakat desa. Antaranya ialah perubahan minda, nilai masyarakat desa, kepimpinan desa, peluang pekerjaan yang kurang menarik, peluang aktiviti keusahawanan yang terhad, masalah tanah, nilai tambah yang rendah, kebergantungan kepada buruh asing, produktiviti yang rendah, saiz penempatan luar bandar yang bertaburan kecil, kurang kemahiran dan tahap pendidikan yang rendah, dan akhir sekali ialah pertindihan agensi dan fungsi iaitu berlakunya ketidakcekapan dan pembaziran sumber. 

1.2.1 Perubahan Minda

Dari aspek perubahan minda, masyarakat desa dilihat masih terikat dengan cara berfikir dan bertindak mengikut amalan lama iaitu bersifat tradisional. Mereka dikatakan masih mengharapkan subsidi atau bantuan kerajaan dan menganggap melaksanakan pembangunan merupakan sepenuhnya tanggungjawab kerajaan. Antara bantuan kerajaan yang diharapkan oleh kebanyakan penduduk desa ialah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), subsidi minyak bagi pekerja nelayan dan sebagainya. 

1.2.2 Nilai Masyarakat Desa

Kita dapat lihat bahawa nilai masyarakat di kawasan luar bandar sentiasa berubah mengikut perkembangan dan peredaran massa. Mereka kini semakin dipengaruhi oleh nilai kebendaan dan bersikap individualistik. Nilai-nilai murni seperti amalan gotong-royong, saling bantu-membantu dan bermuafakat sudah mula terhakis. Perubahan nilai juga dapat dilihat dari aspek kesepaduan sosial. Mereka tidak lagi mendukung kesepaduan erat seperti mana yang diamalkan oleh masyarakat tradisional.

1.2.3 Pendidikan dan Kepimpinan Desa 

Menurut mukadimah Akta Pendidikan (1996), tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat (Sufean & Norliza (2009). Menurut Zalika, Faridah dan Mohammad Johdi (2009), memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar (desa) merupakan teras utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, dan merapatkan jurang pendidikan merupakan kunci dalam mencapai matlamat memperkasakan pendidikan khususnya pendidikan luar bandar (desa).

Menurut Mohd. Zain (1996), terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian sekiranya taraf pendidikan di desa hendak dipertingkatkan. Sekiranya dibandingkan dengan sekolah di bandar, maka kita akan dapati sekolah di desa masih banyak menghadapi pelbagai kekurangan dari sudut kualiti prasarana, kemudahan dan tenaga pengajar (guru). Keadaan yang serba kekurangan ini dan dasar pendidikan yang diamalkan penjajah itu tidak mampu melahirkan pelajar yang berpendidikan cemerlang di kalangan penduduk desa. Berdasarkan kajian Pelan Induk, sikap negatif dan enggan berusaha, sikap sentiasa berharap kepada subsidi dan bantuan, masalah kemiskinan sangat jelas di kalangan masyarakat Orang Asli dan kelompok miskin tegar yang lain. Kadar keciciran pelajar di kalangan orang Asli adalah tinggi, misalnya pada tahun 2008 sebanyak 36.1% daripada pelajar orang asli yang tamat Darjah 6 tetapi tidak meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan 1. ini dilihat jauh berbeza dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar. 

 Kepimpinan desa juga turut menjadi isu kerana anak-anak muda yang mempunyai pendidikan tinggi tidak lagi tinggal dan bekerja di kampung. Kita dapat lihat bahawa berlakunya penghijrahan golongan belia ke bandar. Akibatnya pemimpin pelapis yang berpotensi dan berkaliber telah tiada atau semakin berkurangan di kawasan luar bandar bagi menerajui aktiviti ekonomi di kalangan penduduk desa. Hal ini kerana, penduduk luar bandar didapati masih mengharapkan bantuan kerajaan. hasil kajian Pelan Induk telah menunjukkan 30.3 responden yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar masih sangat berharap kepada kerajaan. Selain itu, sikap enggan berusaha, keengganan untuk berubah, sikap kebergantungan kepada orang lain dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada masih wujud. 

Oleh itu, bagi melahirkan belia yang mempunyai modal insan dalam aspek pendidikan dan aspek pekerjaan, kerajaan telah berusaha memberikan peruntukan terhadap pembangunan modal insan dalam diri masyarakat desa terutamanya belia yang bakal menjadi peneraju negara kelak. 

1.2.4 Migrasi Belia Desa ke Bandar

Penghijrahan belia ke kota, terutama ke bandar besar seperti  Kuala Lumpur telah bermula sejak zaman awal kemerdekaan lagi. Suasana yang tidak menghiburkan, tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang kukuh dan stabil serta dikongkong oleh sistem adat dan peraturan keluarga yang ‘menyakitkan’ di desa menyebabkan golongan remaja menganggap kota sebagai kota sebagai salah satu destinasi yang harus dituju. Namun begitu, sebahagian besar yang berhijrah ke kota hanya berjaya mengisi pekerjaan yang rendah tarafnya, rendah pendapatannya dan kadangkala tidak mampu untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Tegasnya, kerjaya kolar biru yang dapat dicapai oleh golongan belia ini tidak memungkinkan mereka mencapai status quo bandar yang diidamkan. 
Menurut Abibullah (1996), tidak ada data yang menujukkan perangkaan belia yang tinggal di bandar dan yang tinggal di luar bandar (desa). Walau bagaimanapun, kita boleh mengandaikan bahawa belia bandar dan luar bandar mempunyai kadar yang hampir sama seperti perangkaan penduduk bandar dan luar bandar. Oleh itu umumnya belia luar bandar pada masa kini adalah ramai berbanding dengan belia bandar. Perhatian yang serius kepada kelompok ini perlu dilakukan bagi melihat keupayaan mereka menjulang negara ke arah kecemerlangan. 

Antara punca belia berhijrah ke kawasan bandar adalah disebabkan oleh peluang pekerjaan di luar bandar dilihat kurang menarik dari sudut pendapatan dan peluang perkembangan kerjaya. Masalah ini terus menjadi penghambat utama kepada golongan pekerja, khususnya belia untuk memilih kerjaya di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kawasan luar bandar (desa) dilihat mempunyai bilangan penduduk setempat yang terhad dengan pendapatan yang rendah. Justeru itu, untuk mengembangkan aktiviti ekonomi, usahawan luar bandar perlu meneroka pasaran di luar daripada kawasan mereka. Kekurangan prasarana menyempitkan lagi ruang dan peluang bagi aktiviti keusahawanan. Hasil kajian Pelan Induk juga menunjukkan mereka menghadapi masalah modal dan kemahiran. 

1.2.5 Masalah Tanah dan Nilai Tambah yang Rendah

Pertambahan penduduk yang begitu pesat dan permintaan tanah untuk aktiviti bukan ekonomi seperti tapak perumahan telah menambah buruk isu tanah di luar bandar. Saiz pemilikan tanah di luar bandar yang kecil dan tidak ekonomik telah menghalang kegiatan ekonomi dijalankan secara komersial. Tambahan pula, kebanyakan aktiviti ekonomi masih terhad kepada pengeluaran barangan mentah. Kesannya, produk luar bandar tidak dapat menjana pulangan tinggi berikutan kurang nilai tambah dalam aktiviti pengeluarannya. 

1.2.6 Kebergantungan Kepada Buruh Asing dan Produktiviti Yang Rendah

Kekurangan buruh tempatan juga mula merebak ke sektor pertanian menjelang dekad 1990an. Masalah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ladang, tetapi juga turut dihadapi oleh pekebun kecil, penternakan dan perikanan. Kini, sektor luar bandar juga terpaksa bergantung pada pekerja asing untuk terus beroperasi. Tambahan pula, tahap pengetahuan dan kemahiran penduduk luar bandar (desa) yang rendah serta amalan ekonomi dan teknologi mereka bersifat tradisional menyebabkan produktiviti buruh, modal dan tanah di luar bandar berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. 

1.2.7 Saiz Penempatan Luar Bandar yang Bertaburan dan kecil

Penempatan luar bandar terdiri daripada kampung tradisi, penempatan FELDA dan FELCRA, kampung baru, penempatan ladang, kampung Orang Asli dan pusat-pusat penempatan di kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah. Corak penempatan ini adalah secara berkelompok, sejajar dan bertabur. Corak penempatan desa sebegini memberi implikasi kepada tahap capaian program-program pembangunan yang dilaksanakan. Saiz penempatan yang kecil pula menghadkan bilangan penyertaan penduduk yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu projek.

1.2.8 Pertindihan Agensi dan Fungsi (Ketidakcekapan dan Pembaziran Sumber)

Pelbagai agensi terlibat dalam usaha pembangunan luar bandar seperti Lembaga-lembaga Kemajuan Wilayah, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, MARA, RISDA, FELCRA berhad dan KEMAS di bawah KKLW, Jabatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Program-program kementerian/agensi ini semuanya memberi tumpuan kepada golongan sasaran yang sama. Tanpa penyelarasan yang berkesan, keadaan ini boleh mewujudkan pertindihan fungsi dan pembaziran peruntukan serta kekeliruan di pihak penerima atau kumpulan sasar.

1.3 PERANAN BELIA DESA

Menurut Abibullah (1996), belia desa ialah mereka yang berada dalam lingkungan umur belia (15-39 tahun) dan tinggal di kawasan yang dikategorikan sebagai desa (penduduk yang kurang daripada 10 000 orang). Mereka ini terdiri daripada lepasan universiti, maktab perguruan, institusi pengajian tinggi yang lain dan mereka terdiri daripada belia lepasan sekolah. Majoriti belia yang masih kekal di kawasan desa ini ialah belia lepasan sekolah (PMR, SPM, dan STPM). Mereka tinggal di sebuah desa sama ada bersama keluarga asal (ibu bapa) atau sudah tinggal bersama anak dan isteri. Pekerjaan mereka banyak bergantung pada kelayakan yang mereka miliki daripada bekerja sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan syarikat swasta sehinggalah kerja buruh di kawasan desa. 

Menurut Abibullah lagi, terdapat tiga saluran penting yang membolehkan belia desa boleh berperanan di daerahnya. Iaitu melalui pembangunan rohani, ekonomi dan sosial. Melalui pembangunan rohani, belia desa perlu menyumbangkan peranan mereka dalam aspek keagamaan, pendidikan, ketatanegaraan dan pembinaan semangat. Sebagai contoh dalam aspek pendidikan, belia desa boleh berperanan dalam memberi kesedaran untuk membantu membangunkan minda masyarakat desa. Penganjuran kelas-kelas tambahan dan tuisyen, kursus-kursus jangka pendek, seminar, bengkel, wacana, perpustakaan mini dan sebagainya boleh merangsang masyarakat desa berbudaya ilmu. Ini akhirnya akan menghasilkan masyarakat desa yang berilmu dan mampu melahirkan generasi yang berkualiti.

Selain itu juga, melalui pembangunan ekonomi, belia desa mempunyai kepentingan dalam mengendalikan projek, mahir dalam penggunaan teknologi, berdaya maju, penglibatan belia dan seterusnya berfaedah kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh kita boleh lihat dalam aspek kemahiran dalam menggunakan teknologi termasuk juga dalam dasar modal insan. Menurut Abdillah (1996), projek-projek ekonomi yang dijalankan lazimnya bersifat menggunakan sumber-sumber tempatan seperti tanah terbiar, kawasan tanah baru dan mengusahakan tanah secara berkelompok atau menggunakan sistem pengurusan secara ladang. Projek-projek ini perlulah menggunakan teknologi semasa supaya daya produktiviti mencapai tahap seperti yang diharapkan. Penggunaan teknologi tersebut pula perlulah sesuai dengan tahap penerimaan belia dan tidak membebankan mereka terutamanya dari segi kewangan.   Manakala dalam aspek pembangunan sosial pula, peranan belia boleh dilihat dalam aspek gotong-royong atau kerja amal, kesenian, dan sukan. 

1.4 PRASYARAT KEJAYAAN BELIA DESA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN DESA

Belia merupakan pelapis dalam mentadbir negara kelak. Walau bagaimanapun, belia desa tidak boleh berdiri sendiri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Kemahuan dan semangat kesukarelaan mereka untuk menggerakkan masyarakat desa perlu diberi penghargaan. Oleh itu, syarat kejayaan mereka banyak bergantung pada sejauh mana kewujudan mereka dibantu oleh faktor dalaman dan pelbagai faktor luaran. Apa yang lebih penting berbanding dengan kedua-dua faktor tersebut ialah belia desa tidak mungkin mencapai kejayaan membangunkan desa mereka tanpa pembentukan dan kewujudan sebuah atau beberapa buah organisasi yang kukuh dan mantap untuk bekerjasama memajukan desa mereka.

1.5 PERUNTUKAN BAJET 2015 DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG BERKEMAMPUAN MENTADBIR NEGARA KELAK.

Pembentangan Bajet 2015 turut mengambil kira kepentingan modal insan. Aspek pembangunan modal ini terkandung dalam strategi ketiga iaitu mengupayakan modal insan dan keusahawanan. Terdapat 12 tindakan yang difokuskan dalam bajet 2015 bagi memastikan strategi dalam membangunkan modal insan tercapai. Dalam pembentangan bajet 2015, menyatakan bahawa antara faktor yang menentukan kejayaan bagi sesebuah negara banyak bergantung pada sumber manusianya. Kekayaan kini tidak lagi berasaskan kepada sumber galian semata-mata, tetapi juga merangkumi idea, kreativiti dan inovasi serta kemahiran insaniah, termasuklah ciptaan-ciptaan produk terkini yang berupaya menjana ekonomi dan melahirkan usahawan-usahawan baru. Justeru itu, untuk melahirkan belia yang mempunyai modal insan, kerajaan perlu komited dalam setiap perancangan yang dilakukan bagi membantu belia terutamanya belia desa mampu berdaya saing dan memperoleh pekerjaan bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi juga mempunyai jati diri yang kuat terutamanya dalam aspek rohani dan jasmani. Ini bertujuan untuk memastikan nilai-nilai murni kehidupan sosial di luar bandar seperti sikap malu, bekerjasama, jujur, mesra, bertanggungjawab dan berbudi bahasa berkekalan apabila berhijrah ke bandar ataupun tinggal di desa bagi tujuan membangunkan desa. Keupayaan memajukan diri sendiri dan keluarga perlu diterapkan dalam jati diri masyarakat desa. Mentaliti masyarakat yang mengharapkan bantuan semata-mata, sering bergantung pada orang lain untuk mengubah diri dan cepat berpuas hati dengan apa yang ada perlu dikurangkan. 

 Selain itu juga kerajaan juga komited untuk membangunkan potensi penduduk desa melalui sektor pendidikan. Hampir kesemua tindakan yang telah dicadangkan semasa pembentangan bajet 2015 berkaitan dengan aspek pendidikan. Kerajaan berhasrat agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34 peratus pada masa ini kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2020. Dalam pembentangan bajet 2015 juga menyatakan bahawa sektor pendidikan negara akan terus diperkukuh selaran dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bagi tujuan ini, 56 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah penekanan kepada pemantapan sekolah-sekolah 7yang memerlukan bimbingan serta bantuan khusus. Justeru, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 250 juta ringgit untuk menjayakan Program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan Program Rakan Peningkatan Sekolah. Selain memantapkan profesionalisme perguruan dan prestasi sekolah, kerajaan juga akan memperluaskan program Sekolah Amanah.

KESIMPULAN

Membangun dan mengukuhkan modal insan di luar bandar yang akan dapat mewujudkan masyarakat yang mempunyai jati diri dan nilai-nilai murni. Penekanan perlu diberikan kepada merubah kerangka minda dan sikap penduduk luar bandar supaya mempunyai keyakinan diri dan semangat ingin berdikari. Dimensi pembangunan modal insan juga meliputi pengukuhan keupayaan asas dan pengekalan nilai murni yang diamalkan di luar bandar. Di samping itu, pembangunan keluarga yang sejahtera juga akan diberi tumpuan bagi membentuk institusi keluarga yang kukuh dengan kekuatan nilai yang boleh menjamin masyarakat dan pekerja yang beretika dan bermoral.

TERIMA KASIH :)