NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!

Tuesday, January 7, 2014

KELOMPOK DAN BUDAYA MINORITI

nie la subjek pilihan bebas untok dlm kos ANSOS... ^__^
tersangatlah menarik..sbb dari sini kita dpt lihat apa yang dimaksudkan dengan MINORITI dan macam mana sesuatu kelompok itu boleh terbentuk??? menarikkan~~

jap ag kol 3.30P.M aq exam paper nie.. harap2 apa yang aq da baca masuk la..dan boleh jawab dengan jwpn pling ter ter terbaik..hihihi.. ^__^

semangat tu penting!!! klo semangat nk jawab exam tp x baca x guna jugak'n...aq nie mmg jenis dke spot2 soklan..klo x msuk pandai2 la aq redahh... haha

asal usul terbentuknya kelompok minoriti nie adew bnyak pendapat...

1. WEGLEY & HARRIS (1958)
2.  SOMPSON & YINGER (1972)
3. MORDEN & MEYER (1978)
4. KINLOCH (1979)

lpas tu terangkan setiap jenis kelompok minoriti tu mcm mana dye wujud... :)
klo baca mmg boleh jawab... ^__^

orang miskin sering distreotaipkan sebagai golongan yang serba kekurangan. bincangkan dari sudut kajian minoriti.

1. PENGENALAN
2. DEFINISI MINORITI DAN KEMISKINAN
3. DILIHAT DARI SUDUT MINORITI EKONOMI (kait dengan mekiskinan dan kemunculan sistem             kapitalisme) - dikaitkan dengan kelas bawahan, orang miskin, penggangur
    - runtuhnya feudalisme > terbentuknya proses industrialisasi + urbanisasi
    - pendapatan kelas pertengahan dan bawahan rendah
    - kemunculan kelas borjuis + proletariat (karl marx- telah melihat bahawa ketidaksamaan disebabkan oleh       kewujudan kelas sosial)
    - berlaku diskriminasi oleh golongan elit yang berkuasa kepada gol yang mempunyai ciri tahap inteligen           yang rendah.
4. DILIHAT DARI SEGI SOSIAL
    - penempatan
    - kemudahan asas (makanan, pakaian)
    - kemudahan awam (telefon, perhentian bas)
    - kesihatan
    - pendidikan
    - tingkah laku (pengotor, pemalas, cakap kuat, mencuri, tingkah laku kurang sopan)

5. HUBUNGAN DENGAN JENIS KELOMPOK MINORITI LAIN
  - seksual > wanita dikawal dari segi pembahagian kerja (wanita- pembahagian kerja mengikut peranan)
  - umur > kebergantungan kanak2 dan orang tua kepada orang dewasa(ibubapa)
  - tingkah laku > tinggi bilangan yang miskin
  - budaya > peranan ekonomi
  - ras > kasta (penindasan oleh orang kulit putih kepada kelompok berkulit hitam)

6. KESIMPULAN

   soklan target yg len

- bagaimana cara mengurangkan prejudis terhadap kelompok minoriti
- pendekatan psikologikal sosial (3 teori tentang perjudis)

harap2 kena la ea dgn apa yg aq terget... aminnn ^__^
ok..daaa~~ **WINK**WINK
nk smbung study balikk2..engat'n mana y patut di engat...
wish me luck.. harap2 dpt keluar dewan dengan air muka y tersenyum happy.. :)

x sabar menunggu pukul 3.30..haha

Sunday, January 5, 2014

HUBUNGAN ETNIK V$ MENGANTUK

baru pukul 9.04 P.M wahai norraihan oi~ awat la mata nie mengantowk sgt.. mmg la td aq da abiz bce wat latihan sampai bab 9... tp x semua latihan y aq buat tu merangkumi semua tajuk dlm silibus HE nie... cuba bg aq bab layan movie.. perghh smpai pg pown snggup x tido.. haha.. perkara nie da mcm normal da ntok budak2 U.. ngrrrr

harap2 soklan esok aq dan kwn2 len boleh jawab.. HE tu.. subjek budak ANSOS oi..~ klo gagal.. erkkk wat malu je lah ^__^





haha..comey sungguh pic budak nie..adew la mcm mood aq skrng nie..mngantowk tahap kritikal..@__@ mmg la ubat bg mengantuk tidur??? tapi klo aq tido alamat exam esok nk jawab cmne.. berkorban tu HARUS!!! hahaha

sem lepas pointer da turun oi~~ tak kan hang nak turun'n lagi pointer y da sememgnya turun... wake up la... sem lepas ketagih ngan game!!! sem nie ubah sikit ea...

bukak2 i-folio tgok at bhgian pnguguman adew la lecture tu bg tajuk2 y kuar...

Soalan diambil dari setiap bab.


BAB 1: 6 soalan

Konsep kesepaduan sosial
Era-era Hubungan Etnik
Peranan CLC

BAB 2: 7 soalan

  Konsep asas hubungan etnik
Teori Ekologi Park, Teori Pilihan Rasional
Keadaan Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melaka
Keadaan Tanah Melayu pada zaman colonial Inggeris
              
 BAB 3: 6 soalan

   Dasar Pembangunan Negara
   Dasar Ekonomi Baru
   Dasar Penswastaan
   Kualiti Hidup Malaysia
              
BAB 4: 6 soalan

Perlembagaan Persekutuan TM
Penentangan Malayan Union
Penubuhan PTM
Konsep Perlembagaan

BAB 5: 5 soalan

Perkembangan Parti Politik di Malaysia
Sistem Kuota
Tsunami politik
Kejatuhan PBS di Sabah
Permuafakatan Sosial
Diskriminasi Perlindungan
 Sistem Residen
Perjanjian 20 perkara

BAB 6: 5 soalan

  Konsep dan ajaran agama Islam, Buddha, Sikh, Tao, Anamisme dan   
  Kristian

BAB 7: 5 soalan

Peranan Kerajaan dan masyarakat
MAGERAN
           
BAB 8: 5 soalan

Sekolah Wawasan
Laporan Fenn-Wu
Dasar Cheeseman
Laporan R.O Winsted
J/K Car-Saunders
Laporan Barnes
LAporan Razak
            
BAB 9: 5 soalan

Sam Karuna
Pengalaman harian

GOOD LUCK DEAR........
FROM DR F
           






Hidup ini ibarat main GAME.makin lama, LEVEL makin susah.nak BERJAYA, kena usaha.
kalau rajin, dapatlah BONUS,
tapi kalau GIVE UP???
hehe.. jawab nyew GAME OVER lah~~








jadi sebelum result aq GAME OVER!!! baiklah aq mengundur diri dulu ea... assalamualaikum
n good luck... kasikk bercahaya cikit result sem nie..amboii engat blaja kerana Allah bukan sbb nak naik'n pointer...!!! **wink**wink**

.: USAHA TANGGA KEJAYAAN :.


Saturday, January 4, 2014

LAKONAN DALAM PHASA THAI

assalamualaikum... sawat di kha ^_^

video nie buat secara koboi~~ hek hek.. smpai x tido mlm oi nk edit.. ngrr
tu la buat keje last minit..tp Alhamdulillah akhirnya siap gak sblum study week...
slalu aq je y dok rakam owg nyew video..tup2 kiteong pown diberi tugas supaya buat lakonan..
hehe..nak dpt mrkh nyew pasal redahh je lah..




khoap khun kha.. :)

hope dpt markah yg terbaek dlm subjek BAHASA THAILAND UNTUK PELANCONGAN *__*
**wink wink**

Friday, January 3, 2014

EMPIRISME

EMPIRISME



Pada dasarnya falsafah empirisme merupakan suatu aliran falsafah yang berpendapat bahawa ilmu adalah berdasarkan atau bersumberkan kepada pengalaman pancaindera sahaja. Ia menolak pandangan falsafah Platonisme, idealisme atau rasionalisme yang berpendapat bahawa akal manusia mempunyai konsep atau gambaran terhadap sesuatu objek atau mempunyai pengetahuan sebelum proses tanggapan di alam dunia atau alam fizikal (a priori).

            Aliran empirisme telah dibangunkan oleh ahli falsafah British seperti John Locke, George Berkeley, David Hume, dan John Stuart Mill pada abad ke-18 Locke dianggap sebagai pengasas kepada falsafah emprisme moden telah menolak pandangan Plato, Descrates dan skolatik yang mempercayai wujudnya innate idea sebaliknya beliau berpendapat bahawa minda manusia adalah seperti sehelai kertas putih yang tidak langsung terlukis oleh sebarang unsur. Konsep atau imej yang tertera pada minda seseorang terhasil melalui pengalaman atau pancainderanya.

            Locke menjelaskan keadaan minda seseorang sebelum menerima sebarang idea adalah terhasil melalui dua sumber iaitu sensasi dan persepsi daripada pemikiran yang dikenali sebagai internal sense. Disebabkan kita hanya boleh berfikir melalui idea dan disebabkan kesemua idea itu datang daripada pengalaman, maka terbukti bahawa tidak ada sebarang pengetahuan boleh wujud sebelum adanya pengalaman. Menurut Locke, persepsi adalah “the first step and degree towards knowledge, and the inlet of all the materials of it".

            Hasil daripada falsafah ini, Locke telah membahagikan 2 aspek dunia, iaitu dunia fikiran seseorang dan dunia di luar minda yang mengandungi sesuatu yang dikenali sebagai zat. Walau bagaimanapun, seseorang tidak pernah melihat atau merasai zat ini. Apa yang dilihat atau dirasai adalah sifat iaitu: Pertama, sifat utama (primer) iaitu yang bersifat fizikal seperti kumpulan jirim, kepadatan atau tiga dimensi sebagai kualiti seperti suara, warna, bau dan rasa.

            Menurut Locke, manusia menganggap sifat primer dan sekunder pada sesuatu zat secara sama (tidak dapat membezakan antara keduanya) walaupun pada hakikatnya sifat primer dan sekunder melekat kepada zat. Sifat-sifat tersebut melekat pada zat secara tetap seperti sifat sebuah kerusi atau kadangkala berubah-ubah seperti sifat pada seketul ais. Oleh yang demikian, menurut Locke, sekiranya seseorang itu melihat sebuah kerusi apa yang dilihatnya ialah sifat kepada kerusi tersebut dan bukannya sebuah zat kerusi yang sebenar. Dalam erti kata lain, jika seseorang menganggap sesebuah objek ia hanya menganggapnya secara zahir atau luaran bukannya realiti (zat).

 Ini bererti pengetahuan dimiliki oleh seseorang tidak lebih daripada pengalaman yang diperolehi. Seseorang tidak boleh menganggap zat kecuali gambaran kepada sifat luaran zat. Dengan demikian zat hanya bersifat imaginasi. Apa yang dianggap zat tidak lebih daripada pengulangan pengalaman yang dianggap semacam zat.

Falsafah empirisme tidak hanya berkisar dalam dunia epistemologi sahaja bahkan berkembang dalam dunia falsafah akhlak. Konsep etika atau moral bagi golongan empiris berakar-umbikan sumber pengalaman tidak kepada sumber a priori seperti yang difahami oleh golongan rasionalis. Bagi golongan empiris seperti David Hume, beliau mengatakan bahawa moral datang daripada pengalaman dalaman semata-mata. Ini adalah bentuk empirisme ekstrem yang hanya menerima pengalaman dalam sebagai benar sehingga menyebabkan berlakunya fahaman skeptisme.

Bagi aliran akhlak empirisme, seseorang menyatakan sesuatu perbuatan itu salah, bukan kerana dia menyelidiki bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang salah sebaliknya dirasai sebagai salah yang kemudiannya diungkapkan dalam suatu perkataan sebagai sesuatu perbuatan yang salah. Idea falsafah akhlak empirisme ini kemudian digabungkan dengan teori utilitarianisme yang menyatakan bahawa tugas seseorang manusia itu adalah untuk mencapai kebahagiaan semaksimum mungkin. Golongan empiris mempunyai pandangan bahawa kebahagiaan yang maksimum hendaklah dicapai berdasarkan naluri.

Jadi jelaslah di sini kita dapat lihat bahawa falsafah empirisme merupakan suatu aliran falsafah yang berpendapat bahawa ilmu adalah berdasarkan atau bersumberkan kepada pengalaman pancaindera sahaja bukanya berdasarkan innate idea semata-mata.

rujukan: 
ahmad sunawari long.2008. sejarah pengantar falsafah. bangi:UKM

PENGANTAR FALSAFAH!!!

PENGANTAR FALSAFAH



memang la exam falsafah lmbat lgi.. ari khamis..tapi klo  da exam bertingket2 mnggu dpn mmg x sempat la  aq nk baca semua... isnin nie exam HUBUNGAN ETNIK... x pe objektif je kowt... ^__@ walaupun objektif tp jawapan y dye bg nnti semua dekat2 je..kene teliti btol2 mnew jawapan yang paling teapt.. bak kata Prof aq nie la soalan yang paling senagn di dunia... ??? MOTIF... sebab dye kata da la soalan pown dye da bg..lps tu siap bg 5 pilihan jawapan laie... cuma kena pandai pilihlah.. haha

Paper falsafah ntok final nie mewakili 40 markah je... tu la y merisaukan aq... harap2 boleh buat y terbaek.. mula2 bila dapat tahu ada subjek falsafah sebagai wajib fakulti...erghhh... otak apa lagi terus membuat penilaian sebelum aq mula lg msuk kls tu.. "SUSAH".. tp bila da blaja perghh mmmg kne gigih soh otak nie berfikir... mmg terbaik laa.. sangat best dan Prof aq pown tersangatlah kelakar.. tp adew je budak dlm kelas y tertido2 bila dye ajar... hehehe 

untuk exam akhir nie dye siap bg SOALAN BOCOR laie... dye kata mmg setiap taun dye akan bg soalan bocor nie.. bagi dye... dye cuma nk tgok gaya penulisan kita sama ada kita boleh bg jawapan yang mudah difahami oleh semua orang... :)

SOALAN FALSAFAH


1. KEPENTINGAN @ FAEDAH MEMPELAJARI FALSAFAH
2. TERANGKAN CABANG EPITEMOLOGI (RASIONALISME, EMPIRISME, SKEPTISME,                 REVELATION, POSITIVISME) klo tgok soalan lps..dye soh kita terangkan 1 je.. 
    so mmg kne bce secara terperinci la... :)
3. LOGIK (FALASI FORMAL, X FORMAL, SYGOLISME, DEDUKTIF, INDUKTIF)
4. THE EXISTANCE OF GOD (ATHESME, THEISME, AGNOTHEISME) HURAIKAN
5. DETERMINISME + FREE WILL (HURAIKAN DETEMINISME, COMPARE, LIBERATISME)
6. ONTOLOGY (MATERIALISME, IDEALISME, DUALISME)
7. WHAT IS RIGHT, WHAT IS WRONG (ETIKA, DEONTOLOGI + TEOLOGI)
8. THE PROBLEM OF EVIL (PRO, BEYOND, AGAINT)

kne jawab 4 soklan..aq pilih soklan no 1,2,3,7 

gud luck ^__^

RINDU FAMILY V$ JATUH KATIL ^__@

RINDU FAMILY V$ JATUH KATIL


hurm da dekat sebulan lebih aq x balik MELAKA..padahal dekat je pown~~ BANGI - MELAKA.. paling lmbt pown nk smpai adew la dlm 2 jam... bukan apa sje je nk test hati nie.. bleh x dok jauh lme2 ngan family... nampak at luar mmg happy..tp dalam..hanya ALLAH y tau... x pe lg 2 mnggu je RAIHAN oi.. ^__^ CEKALKAN HATI ANDA.. wink-wink... nie aq nk citew pasal smlm la nie... tengah lepak2 bilik kawan aq.. study ttbe mengantok.. al maklumlah da pukul 12 lebih... aq pown apa lg ambik keputusan balik bilik ddn niat nk tido.. ZZzzzz..tp y peliknya bila da smpai bilik x pulak mengantok nya.. aiyoo~~ sje je bkk lappy tgok FB jap... ttbe tergerak hati nak bukak citew Dil To Pagal Hai... haha..

 layan punya layann..ttbe mama tepon..sbnrnya sejak kebelakangan nie mama asyik x sihat je.. hati nie sentiasa risau memikirkan family di rumah.. mmg niat hati nak balik..tp tgh musim exam..so aq bercadang ntok tangguhkan dulu niat aq... harap2 mama n family sume sihat walafiat... AMIN... borak2 ngan mama, mama ckp nk berhnti kerja tadika...tp pengurus tadika tu x benarkan.. yelah..selama nie tu la sumber rezeki keluarga aq setelah ayah aq meninggal dunia... AL-FATIHAH.... Ya Allah lindungilah keluarga ku dari sebarang kejahatan... sihatkan tubuh badan mereka.. sayangilah mereka sebagaimana dia menyayangiku... tempatkan lah mereka disisi mu yakni disisi orang-orang yang beriman...

sejak kebelakangan nie..aq selalu terfikir pasal kematian... amalanku masih belum cukup... aq selalu terbayang bagaimana keadaan aku jika ditakdirkan ALLAH mengambil nyawa ibu ku sebelum diriku.... :'(
sangat berbeza keadaan bila mana kita kehilangan ayah atau ibu... memang tidak dinafikan setiap orang akan pergi.. cuma kita x tahu bila waktu nya, dan bagaimana ia berlaku??? hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui... Ya Allah matikan aku dan keluargaku serta seluruh umat islam di muka bumi ini dengan kalimath syahadah... matikan kami dalam keadaan yang beriman..amin....



along sayang mama sangat2... :D

           adik2 aq.. tp yg no 3 tu x de.. RABBANI.. keje... dari kiri..amy, farah, wana, ikin dan aq...


3 JANUARI 2014 pengalaman pertama tahun baru ------> JATUH KATIL



hurm...korang pernah x jatuh katil.. macam kelakar je umur da masuk 21 tahun 1 bulan tapi boleh jatuh katil..krrrr... serius malu.. hahaha.. sakit oiiii... sampai sekarang terasa... macam nk terliuk leher, tengkuk, bahu + kepala.. mak oii~~~ harap2 x de la kecederaan at bahagian dalaman... bak kata kawan aq.. ntah2 aq menari time tido kowt..sbb sblum aq tido aq tgok citer hindustan.. hahaha

mengigauuu??? mesti la korang pernah ada pengalaman mengigau @ pernah lihat owg len mengigau... ??? knape eyk kita boleh mengigau..bg pandangan aq mybe siapa y mengigau nie dye terlebih penat @ banyak pikir sebelum nak tido.. @ pun yang lebih tepat x baca doa n x cuci kaki sebelum tido... 


GOOD NIGHT
SWEET DREAM









Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TINGGAL 2013 ^__^

ASSALAMUALAIKUM... 

SELAMAT TINGGAL KEPADA 2013

AHLAN WASAHLAN KEPADA TAHUN 2014

SELAMAT TAHUN BARU (2014)

alhamdulillah, syukur ke hadrat ILLAHI kerana memberi kita peluang hidup pada tahun ini.. diharap dengan pertambahan hari ke hari ini.. seiring dengan pertambahan amal ibadat kita kepada ALLAH.. marilah sama2 kita bermuhasabah diri agar menjadi hamba yang sentiasa TAAT dan patuh akan selaga perintah-NYA..dan meninggalkan larangannya... 


ESOK EXAM PAPER 1
 (KELUARGA DAN KEKERABATAN)

study2..selagi kaki belu melangkah masuk ke dewan peperiksaan selagi tu kita ada peluang lagi untuk mengulangkaji pelajaran.. USAHA tu penting... tanpa usaha KEJAYAAN tak akan berguling depan mata kita oi~~
DOA DAN YAKIN BAHAWA ALLAH AKAN SENTIASA MEMBANTU HAMBANYA  ^__^
SENTIASA TENANG :)
DOA-DOA AMALAN



Doa memulakan ulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkaji:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْء

Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya:“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku



GOOD LUCK ANSOSIAN FOR PAPER KELUARGA DAN KEKERABATAN
TAK LUPA UNTUK KAWAN2 YANG AMBIK SUBJEK TITAS + LEN2 PAPER

SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN UNTUK KITA MENJAWAB SOALAN PADA ESOK DAN HARI2 MENDATANG... 

TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK YANG TIDAK BERBUAH

CHAIYOKKK RAIHAN..I KNOW I CAN DO IT...

JANGAN HAMPAKAN HARAPAN MAMA DAN FAMILY... :)
BE YOURSELF