NEVER EVER EVER GIVE UP!!!

IF YOU WANT TO MAKE YOUR DREAMS COME TRUE,
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP!!!!

Thursday, January 15, 2015

APA ITU GST, RASIONALISASI SUBSIDI DAN MENYEBARLUAS LAUTAN BIRU KEBANGSAAN. (PANDANGAN YANG DIGABUNGKAN)

Assalamualaikum... hurm now dah pukul 12.44 a.m.. mentang2 lah da abiz exam happy go lucky la ea.. :) nie sje je nk share pasal excimnt sem nie mengenai bajet 2015... skop yang aq nk lihat x silap aq strategi yang kedua iaitu tadbir urus fiskal. Dekat bawah strategi nie ada 3 tindakan yang disediakan oleh kerajaan untuk mencapai skala tadbir urus yang baik.. antaranya ialah pelaksanaan GST, Merasionalisasi Subsidi dan Menyebarluas Strategi Lautan Biru Kebangsaan. kalau ada pendapat yang kurang mnyenangkan harap perbetulkan.. pandangan nie semua merujuk kepada org2 yang berkenaan... bagi saya setiap apa yang nk dilaksanakan oleh kerajaan ada positif dan ada negatifnya. Sebagainya kita lihat dari aspek pelaksanaan GST. kebanyakan masyarakat tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini. Hal ini kerana GST ini membebankan rakyat. Jika kita lihat dari aspek agama terutamanya kebanyakan orang melayu yang beragama Islam diwajibkan membayar Zakat. Jadi apabila pelaksanaan GST ini mereka merasakan ia satu bebanan bagi mereka. okey apa2 kita ikutilah apa yang aq merepek dalam excimnt aq at bawah nie.. HOPE dapat membantu... hope result sem nie x mengecewakan.. I HOPE IT WILL BE OKAY :).. AMIN


Pembentangan bajet 2015 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 10 Oktober 2014 bertempat di Dewan Rakyat. Ucapan ini telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak merangkap Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Pembentangan ini telah dibuat ketika membentang Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Bajet pada tahun 2015 bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’. Sebelum pembentangan bajet dilakukan, pihak kerajaan sangat mengambil kira keutamaan dan keperluan rakyat berasaskan semangat ‘Rakyat Didahulukan’ yang mana rakyat diberi peluang memberi pandangan untuk dimasukkan dalam bajet berkenaan. Hal ini kerana dalam merangka bajet 2015, pandangan rakyat dianggap sangat penting kerana sebahagian besar rakyatlah yang akan menerima kesan baik atau buruknya. Dengan mendapatkan pandangan rakyat secara menyeluruh, ia sekali gus memudahkan kerajaan untuk merumus dan mengurus perbelanjaan berasaskan pendapatan negara untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2015.

             Apabila melihat keadaan dunia pada hari ini, kita dapat lihat bahawa kebanyakan negara memilih corak perbelanjaan berhemat dalam menguruskan ekonomi masing-masing. Walau sekecil mana pun idea daripada seorang rakyat, ia tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika pandangan yang sama dikemukakan oleh ramai rakyat. Namun begitu, sebagai seorang rakyat yang mempunyai sifat akauntabiliti, setiap pandangan yang ingin dikemukakan perlulah disampaikan mengikut saluran yang diiktiraf supaya dapat dikaji dan diperhalusi. Pandangan yang bernas dan sebarang idea yang berguna untuk semua masyarakat lapisan masyarakat, biasanya akan ditapis sebelum dipertimbangkan menjadi inti pati bajet.

            Sebenarnya bukan mudah untuk pihak berkenaan merangka peruntukkan bajet untuk kegunaan selama setahun. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira supaya pengurusan kewangan negara dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam usaha mendapatkan idea sebelum bajet 2015 dirangka, setiap rakyat telah diberi kesempatan untuk memberikan pandangan mereka tanpa segan silu dengan menggunakan medium yang telah disediakan. Idea yang diberikan perlulah berasas, dan mempunyai signifikan tersendiri dan akhirnya boleh disumbangkan kepada negara. Idea dan pandangan rakyat sangat diperlukan dalam merangka peruntukan bajet 2015. Hal ini kerana, rakyat sendiri yang mengalaminya dan terbabit secara langsung dalam aktiviti kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang peniaga di gerai makanan dan perniagaan tersebut merupakan punca pendapatan bagi seluruh keluarganya, dia berhak untuk memberikan idea mengenai perniagaan tersebut untuk penilaian kerajaan. Idea mereka mungkin lebih baik daripada pegawai yang hanya melihat sesuatu masalah melalui orang tengah  ataupun dari jarak jauh kerana mereka terbabit secara langsung dalam aktiviti perniagaan. Mereka bukan sahaja tahu secara meluas mengenai harga barangan dalam perbelanjaan perniagaan harian yang mereka jalankan, malah mereka sangat memahami proses perniagaan. Hal ini kerana, mereka juga tidak lari daripada sebarang perubahan struktur ekonomi. Jika harga barang atau kemudahan asas naik, mereka juga turut menerima kesannya. Sebagai contoh kita boleh lihat, kebanyakan golongan yang berpendapatan rendah, akan melihat jumlah pisang goreng yang mereka akan peroleh apabila dibeli dengan harga RM1. Jika dahulu RM1 mewakili lima ketul pisang goreng, hari ini dengan harga yang sama mereka hanya mendapat tiga ketul pisang goreng. Oleh yang demikian, mereka akan mengaitkannya dengan kenaikan harga yang tinggi.

Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripada 223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan. Di bawah peruntukan mengurus, 65.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 38.1 bilion ringgit untuk perkhidmatan dan bekalan. Agihan terbesar sebanyak 1.66.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 1.5 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain. Di bawah peruntukkan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6 bilion ringgit yang merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan perumahan serta kesejahteraan masyarakat. sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 4.9 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.

Menurut pembentangan Bajet 2015, kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan Negara, untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai bajet yang seimbang. Terdapat 3 tindakan di bawah strategi kedua dalam pembentangan bajet 2015 iaitu strategi untuk memantapkan tadbir urus fiskal. Antara tindakan yang telah disebut dalam pembentangan ialah melaksanakan Goods Services Tax (GST), Merasionalisasi Subsidi, dan tindakan yang terakhir ialah Menyebarluas Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Goods Services Tax (GST) ialah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai iaitu dikenali sebagai value added tax (VAT). Ini bermakna nilai cukai akan bertambah pada setiap peringkat urus niaga. GST dikenakan pada setiap urus niaga kecuali urus niaga itu diberikan pengecualian. Walaupun GST akan dikenakan pada setiap urus niaga, namun pada akhirnya, pengguna akan membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisme kredit cukai input tax credit yang mana cukai yang dibayar oleh sebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut balik. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar oleh mereka. Sebagai contoh, “Amina merupakan seorang tukang jahit, dan membeli kain yang berharga RM 100 + RM6 (6% GST). Amina perlu membayar kepada kedai tersebut sebanyak RM 106 kepada kedai kain itu. Kedai kain itu perlu menyerahkan RM6 kepada kerajaan. Kemudian kain tadi dibuat baju, dan dijual kepada Pasar raya dengan harga RM150 + RM9 (6% GST) yang menjadikan jumlah yang perlu dibayar oleh pasar raya ialah RM159 kepada Amina. Oleh sebab Amina sudah membayar GST sebanyak RM6 ketika membeli kain tadi, jadi dia hanya perlu membayar bakinya sahaja kepada pihak kerajaan iaitu (RM9 – RM6 = RM3). Jadi Amina perlu membayar RM3 kepada kerajaan. Kemudian pasar raya tadi, akan menjual baju tersebut dengan harga RM200 + RM12 (6% GST) kepada ANDA iaitu pelanggan. Jadi jumlah yang perlu dibayar oleh kita sebagai pelanggan ialah RM212 kepada pasar raya tersebut. oleh sebab pasar raya tersebut telah membayar RM9 kepada Amina, jadi pasar raya hanya perlu membayar (RM12 – RM9 = RM3) kepada kerajaan”. Justeru, berdasarkan contoh yang diberikan kita dapat lihat bahawa akhirnya pengguna akan menanggung sepenuhnya kos GST.

Pelaksanaan GST telah diumumkan sewaktu pembentangan Bajet 2014 yang lalu. Kerajaan telah mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST terutamanya barangan makanan asas. Antaranya ialah beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencaluk, budu dan belacan. Selain itu, kerajaan juga akan menyatakan bahawa setiap bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak akan dikenakan GST. Pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran sekolah yang merupakan antara perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan tidak dikenakan GST. Tambahan pula, perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan juga dikecualikan oleh kerajaan. Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan juga terpilih untuk dikecualikan dari GST.

Berdasarkan kepada maklum balas pelbagai lapisan masyarakat, kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh, dan serbuk koko, Mi kuning, Kuew Tiaw, laksa dan mihun, ubat-ubatan penting yang meliputi hampir 2900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan. Selain itu juga, bahan bacaan seperti buku mewarnai kanak-kanak, buku latihan, dan rujukan, buku teks, kamus, kitab agama dan surat khabar turut tidak dikenakan GST.  Tambahan pula, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat manfaat langsung.

Menerusi pembentangan bajet 2015, kerajaan juga menyatakan bahawa bagi memastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Oleh itu, melalui langkah ini pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG. Secara keseluruhannya, daripada 994 barang dan perkhidmatan yang terdapat dalam basket on goods, Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan barangan tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut, selipar, perabot rumah, lampin bayi sabun, daging, telur ayam, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran. Manakala sekitar 354 barang dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga iaitu tidak melebihi 5.8 peratus. Untuk memastikan keadaan ini berlaku, kerajaan sangat berharap agar pihak peniaga bersifat tanggungjawab dengan meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat. Oleh itu, untuk memudahkan rakyat, kerajaan akan mengeluarkan shoppers’ guide bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.

Dalam pembentangan bajet 2015 juga mengatakan bahawa pelaksanaan GST ini secara langsung membolehkan kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat seperti kepada individu dan isi rumah bagi tahun taksiran 2015. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan kepada satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak perlu membayarnya. Manakala golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4000 ringgit ke bawah sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Selain itu juga, cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula yang mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan kepada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang kini 26% pula, dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%. Justeru pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3%. bagi tahun taksiran 2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga akan dikurangkan kepada 1 hingga 2 mata peratusan. Selain itu, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai. Bagi tahun taksiran 2016 pula, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan 1 mata peratusan iaitu daripada 25% kepada 24%. Manakala bagi kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan kepada 1 mata peratusan daripada 20%kepada 19%.

Selain itu, dalam pembentangan bajet 2015 juga turut menyatakan bahawa pengalaman antarabangsa telah membuktikan bahawa tahap kesediaan peniaga adalah salah satu faktor kejayaan pelaksanaan GST. Ini bertujuan untuk membantu para peniaga dan pihak kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insentif dan bantuan kepada para peniaga. Antara insentif dan bantuan yang akan dilaksanakan ialah pemberian Geran sebanyak 100 juta ringgit kepada peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan GST, bantuan kewangan berjumlah 10 juta ringgit kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan, kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan dan perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan. Secara umumnya, GST ini telah dilaksanakan oleh 160 buah negara termasuk negara ASEAN. Malaysia akan melaksanakannya pada 1 April 2015, manakala 2 lagi negara ASEAN yang belum melaksanakan GST lagi ialah Brunei dan Myanmar.

Rancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Menurut Wan Saiful yang merangkap sebagai Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), menyatakan bahawa GST bukan satu perkara yang baru sebenarnya. Sistem pungutan cukai ini sudah lama dilaksanakan, cuma rakyat tidak perasan kerana cukai tersebut termasuk dalam harga barang dan perkhidmatan yang telah digunakan. Ia dikenali sebagai cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh kerajaan itu merupakan penyatuan di antara kedua-dua cukai tersebut yang akhirnya menjadi Good and Services Tax (GST). Sebelum ini kadar yang dikenakan sebenarnya agak tinggi iaitu satu mewakili 6% dan satu cuai lagi mewakili 10%.                                 
                         
Walaupun GST ini dilihat sebagai satu sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, namun sesetengah pihak menganggap pelaksanaan GST ini merupakan satu langkah yang tidak popular yang diambil oleh pihak kerajaan. Terdapat sesetengah pihak yang bersetuju dan ada juga sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST ini. Kebanyakan di antara mereka menyatakan bahawa pelaksanaan cukai ini akan membebankan rakyat Malaysia. Memang secara umumnya terdapat barang dan perkhidmatan yang harganya akan naik, namun masih ada juga sesetengah barang yang harganya akan turun dan sama. Tambahan pula, kerajaan juga telah bersetuju untuk meluaskan skop barang yang tidak akan dikenakan GST. Tidak dinafikan memang barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST akan dikawal oleh kerajaan, tetapi bagaimana pula dengan barang dan perkhidmatan lain. Sebelum GST dilaksanakan lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara sewenang-wenangnya masih tidak dapat dikawal oleh kerajaan inikan pula apabila GST dilaksanakan.  Sebagai contoh harga tiket bas, harga susu untuk bayi, lampin pakai buang, milo, harga rumah dan sebagainya.

Secara rasionalnya, pihak kerajaan ingin melaksanakan GST ini kerana ingin memperbaiki sistem cukai sedia ada. Hal ini kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Selain itu juga, GST ingin dilaksanakan kerana kerajaan telah mengalami defisit fiskal kadar dalam keluaran domestik kasar negara meningkat. Peningkatan ini dikatakan telah berlaku hampir 42 tahun dan hanya 5 tahun sahaja negara mempunyai lebihan hasil dalam peruntukan. Defisit di sini bermaksud perbelanjaan negara melebihi hasil pendapatan. Justeru, apabila defisit bertambah, maka ia akan meningkatkan hutang negara. Tambahan pula, World Bank juga telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai peningkatan ini dan secara tidak langsung akan menyebabkan kedudukan negara akan turun. Jika kedudukan negara turun, negara akan mengalami kesusahan untuk mendapatkan pinjaman dari negara luar.

 Walaupun pada awalnya kerajaan ingin melaksanakan GST bagi membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai, namun GST yang akan dilaksanakan ini hanya akan menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga hampir kesemua barang yang akhirnya akan membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan telah menetapkan bahawa kadar GST adalah sebanyak 6% yang mana secara relatifnya lebih rendah daripada cukai sedia ada iaitu cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sebanyak 6% dan 10% setiap satu. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sepenuhnya malah ada barang yang akan turun dan sama harganya jika pihak kerajaan sentiasa memantau harga yang dikenakan oleh peniaga kepada pelanggan. Tambahan pula, pihak kerajaan juga telah menggubal Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), 2011) dengan pendekatan mekanisme ini, cukup untuk menjawab hujah tentang isu yang telah diutarakan oleh sesetengah pihak berkaitan kenaikan harga akibat pelaksanaan GST. Dengan kewujudan akta serta penguatkuasaan oleh pihak berwajib boleh mengembalikan semula keyakinan pihak-pihak tertentu terhadap pelaksanaan GST.

 Selain itu juga, kelemahan yang kedua yang menjadi perhatian pelbagai pihak adalah kadar cukai GST akan meningkat dari semasa ke semasa, merujuk kepada implementasi yang dilakukan oleh negara-negara yang telah melaksanakan sistem ini. Singapura salah satu negara yang telah melaksanakan GST dan kadar GST nya juga meningkat dari tahun ke tahun, 3% pada tahun 1994, 4% pada tahun 2003, dan 7% pada tahun 2007. Manakala bagi New Zealand, kadar GST pada peringkat pengenalan adalah sebanyak 10% pada tahun 1986 kadar ini meningkat lebih tinggi kepada 15% pada tahun semasa (Business and Economics, 2011). Kelemahan yang ketiga pula dilihat dari sudut pengecualian GST (GST berkadar sifar) yang diberikan kepada sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan swasta. Sektor-sektor yang terlibat dalam pengecualian ini, pengeluar barangan dan perkhidmatan seperti ini tidak boleh menuntut balik cukai input yang dikenakan ke atas setiap pengeluaran mereka, oleh itu pada dasarnya memang kita lihat bahawa sektor yang mendapat pengecualian ini tidak dikenakan sebarang cukai, namun pada hakikatnya, beban cukai input tersebut kemungkinan akan dialihkan kepada pengguna. Seringkali kita meletakkan sepenuh perhatian kita ke atas perubahan turun naik tingkat inflasi, tetapi perlu juga diambil perhatian ke atas eksport Malaysia. Seperti yang kita tahu bahawa, eksport adalah salah satu daripada item yang diletakkan di bawah cukai berkadar sifar, menunjukkan bahawa semakin ramai pengeluar- pengeluar yang perlu untuk menanggung kos cukai yang dikenakan ke atas input pengeluaran. Setiap pengeluar mula menyatakan rasa kebimbangan mereka, kerana harga mungkin cenderung untuk naik yang akhirnya menyebabkan permintaan terhadap barang-barang eksport akan berkurangan, jika tidak pengeluar terpaksa menanggung kos itu sendiri tanpa memindahkannya kepada pengguna, demi untuk memastikan permintaan ke atas barangan eksport kekal stabil.

 Pelaksanaan GST ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk rasional, malahan terdapat juga segelintir masyarakat yang mengulas pelaksanaan GST ini secara metafizik iaitu menurut agama Islam. Secara keseluruhannya terdapat 3 kumpulan (para ulama fiqh) yang mempunyai pendapat yang berbeza dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Sebenarnya sistem cukai ini telah wujud sejak zaman pemerintahan awal Islam lagi. Antara cukai yang dilaksanakan pada zaman tersebut ialah cukai tanah, cukai perniagaan 10% ke atas perniagaan non-Muslim, dan cukai individu. Namun begitu, cukai yang dipungut ini bukanlah digunakan untuk kepentingan pihak pentadbir atau pemerintah pada masa itu, sebaliknya kesemua cukai itu digunakan dengan sebaiknya untuk kepentingan dan kebaikan masyarakat. Secara umumnya perbincangan mengenai hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan baginya. Urusan politik dan pentadbiran mestilah dilihat kepada ‘illah atau sebab utamanya. Iaitu perlu melihat bahawa sesuatu objektif itu perlu membawa kepada kebaikan berbanding kemudaratan. Secara kesimpulannya, dalam kaedah fiqh ada menyatakan ‘Menolak keburukan didahulukan dari membawa kebaikan’. Jika benar tanpa pelaksanaan GST, ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan negara menjadi longgar, maka tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini perlu dinilai dari semasa ke semasa. Seperti yang kita ketahui, Malaysia telah melaksanakan pungutan cukai barang dan perkhidmatan sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk menidakkannya secara drastik mungkin agak sukar kerana boleh menimbulkan kekalutan dalam pengurusan kewangan, pentadbiran awam dan negara serta dibimbangi akan membawa kepada banyak kemudaratan berbanding mendapat manfaat dari pelaksanaannya.

Zaharuddin (2014), akhirnya menyimpulkan bahawa hukum melaksanakan GST ini ialah harus berdasarkan pertimbangan kaedah ‘yang kurang mudarat dari dua mudarat’. Namun begitu, pelaksanaan ini perlulah diikat dengan beberapa perkara antaranya ialah kadar 6% perlu dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat. mungkin menurut pendapat beliau, kadar 3% lebih sesuai sebagai permulaan. Selain itu juga sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan drastik dan keras bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa. Pada pendapat saya, ia juga berkait dengan cara kerajaan menguruskan corak pentadbirannya. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak mahu setiap laporan mengenai kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun hanya menjadi bebelan awam semata-mata, tanpa ada sebarang tindakan yang jitu. Selain itu juga, bagi memastikan pelaksanaan GST ini berjalan mengikut apa yang sepatutnya dicadangkan,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST seterusnya dapat mengelakkan tiada lagi pegawai awam yang memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka sendiri.   Selain itu juga pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme yang baik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015. Antara syarat lain ialah, setiap peruntukan yang diberikan kepada kementerian, jika belum atau tidak digunakan sepenuhnya pada tahun tersebut hendaklah direkodkan dalam bajet tahun berikutnya. Selain itu, jangan ada pihak yang memaksa sesuatu jabatan atau kementerian itu supaya menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian daripada peruntukkan dihabiskan pada perkara yang tidak sepatutnya. Ini dinamakan sebagai pecah amanah dan merugikan rakyat. Jika pelaksanaan GST menambahkan lagi kemudaratan kepada rakyat dan peniaga, pihak yang membuat keputusan iaitu pihak kerajaan telah dikira membuat keputusan yang memudaratkan kepada ahli negara dan rakyatnya, dan akhirnya akan membawa kepada dosa dan pengabaian amanah.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan dan pengurusan GST yang baik di samping mendapat kerjasama pelbagai pihak mampu memberi impak yang besar. Ia juga dikatakan boleh meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Walaupun pelaksanaan dan pengurusan sistem GST dianggap mencabar, namun tempoh yang selesa dan sesuai sebelum pelaksanaannya diperlukan bagi membolehkan semua orang bersedia dan faham serta didedahkan kepada sistem cukai GST ini lebih adil daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. masyarakat masih keliru dan kurang memahami apa itu GST sebenarnya. Pelaksanaan GST ini boleh dilaksanakan jika pihak kerajaan mampu menyusun semula metode cukai dan mampu diurus dengan lebih baik, telus, dan lebih kurang menekan berbanding percukaian cukai jualan dan perkhidmatan sebelum ini. Apa yang penting ialah peranan pihak kerajaan dalam mencorak cara pentadbirannya agar lebih berintegriti, akauntabiliti dan telus. Bagaimana sesuatu perkara diselesaikan dan bagaimana sesuatu perkara terlaksana bergantung kepada bagaimana corak pentadbirannya. Pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam memberi keputusan. Sebagai contoh dalam mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Pihak kerajaan seharusnya bersikap tegas dalam menangani isu ini.

Selain pelaksanaan GST, kerajaan juga bersetuju untuk merasionalisasi subsidi bagi memastikan tadbir usur fiskal tercapai. Menurut Nurul Aini (2014), subsidi merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Ia bertujuan untuk mengawal harga bagi beberapa barang dan perkhidmatan keperluan utama. Rasionalisasi subsidi atau juga disebut sebagai penyelarasan subsidi, merupakan langkah yang akan memberi impak minimum terhadap individu atau isi rumah namun kesannya ke atas perbelanjaan kerajaan adalah besar. Oleh itu, menurut Nurul Aini lagi barang dan perkhidmatan yang di rasionalisasikan subsidi akan ditentukan oleh harga pasaran. Harga pasaran merupakan satu harga yang ditentukan melalui kuasa permintaan dan penawaran barang atau perkhidmatan. Jika permintaan melebihi penawaran, harga secara realitinya akan meningkat. Begitu juga sebaliknya, jika penawaran melebihi permintaan, maka harga yang ditawarkan akan menjadi rendah. Namun begitu, salah satu faktor yang menentukan harga pasaran ialah jumlah barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasaran. Jika barang atau perkhidmatan ditawarkan dengan mencukupi seperti mana permintaan terhadapnya, maka harga barang akan menjadi stabil.

Pada tahun 1994, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 588 juta ringgit bagi pelbagai subsidi. Jumlah ini telah meningkat kepada 40.5 bilion ringgit pada tahun 2014.  Bagi menambahbaik kedudukan kewangan awam, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan. Selain itu, kerajaan juga akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat. Menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak (2014), kini lebih 2.1 bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG. Kesannya, peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002 kepada 23.5 bilion ringgit pada tahun 2013. Hal ini disebabkan oleh pihak kerajaan ingin mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Peningkatan ini juga disebabkan oleh penggunaan kereta yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat pada hari ini iaitu daripada 13.6 juta unit pada tahun 2008 kepada 23.7 unit pada tahun 2013. Oleh yang demikian, bagi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar dan mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah merasionalisasi subsidi, kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baru pemberian subsidi petroleum yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat (Teks Ucapan Bajet 2015, 2014).

Menurut laporan ekonomi 2010/2011, Kementerian Kewangan Malaysia, bermula 16 Julai 2010. Subsidi bahan api terutamanya petrol, diesel dan LPG serta gula telah dikurangkan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan berkala program rasionalisasi subsidi Malaysia. Pelaksanaan program ini telah mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak lebih daripada RM750 juta pada tahun 2010. Semenjak tahun 1997, hutang kerajaan berkembang sebanyak 10% setiap tahun. Ini sangat berkait rapat dengan pemberian subsidi tersebut. jika pemberian subsidi dikekalkan seperti sebelumnya, beberapa masalah mungkin akan dihadapi sebagai contoh hutang negara akan meningkat. Oleh itu, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan negara mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan. Jika pengurangan subsidi dilaksanakan, ini akan mengurangkan daya tarikan dalam kalangan pelabur asing dan syarikat antarabangsa untuk membuat pelaburan di negara ini. Oleh sebab rasionalisasi subsidi berkaitan dengan rancangan transformasi secara keseluruhan, maka ia merupakan satu pilihan yang tidak boleh dielakkan lagi (Nurul Aini, 2014).

Walaupun pemberian subsidi memberi keburukan kepada ekonomi negara dalam tempoh jangka panjang, namun dari sudut lain tidak dinafikan ada juga kelebihannya dalam membantu rakyat dan ekonomi. Pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini secara tidak langsung akan membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekali gus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti subsidi petrol. Jika harga petrol tinggi, ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli-belah, bersiar-siar, inikan pula ingin pergi melancong di dalam negara. Isu ini secara tidak langsung mengurangkan putaran ekonomi negara dan akan memberi impak dalam jangka masa panjang yang mana ekonomi negara akan meleser sekali gus akan merugikan kerajaan. namun begitu rasionalisasi subsidi petrol merupakan satu langkah berani kerajaan dengan memastikan subsidi yang diperuntukkan sesuai dengan kemampuan rakyat dalam penentuan harga petrol.

 Selain itu juga, pemberian subsidi secara pukal dilihat tidak berkesan dalam membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Hal ini kerana, banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar. Oleh itu, dalam bajet 2015, kerajaan akan melaksanakan sistem rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil kira pendapatan individu bermula Jun 2015. Menurut Timbalan Kewangan iaitu Datuk Ahmad Maslan, sistem tersebut dilaksanakan bagi tujuan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan mendapat manfaat subsidi petrol. Hal ini kerana, agihan petrol kepada golongan yang sepatutnya telah tersasar, dan ia perlu diperbetulkan semula. Justeru, pada Jun 2015 tahun hadapan, pihak kerajaan ingin memastikan agar golongan yang benar-benar layak sahaja yang akan mendapat subsidi iaitu mereka yang berpendapatan RM 4000 ke bawah, dan yang tidak layak tidak akan diberikan subsidi iaitu mereka yang berpendapatan antara RM 4000 hingga RM 12000. Menerusi sistem ini, pengguna perlu membeli petrol dengan menggunakan My kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya. Namun begitu perkara ini hanya cadangan sahaja, dan masih dalam perbincangan dan mungkin ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lagi sebelum rasionalisasi subsidi dilaksanakan. Pihak KDNKK juga meminta kertas cadangan daripada syarikat-syarikat lain yang ingin membangunkan mekanisme baharu ini. Hal ini kerana, jika ingin menggunakan idea MyKad sebagai cara untuk memastikan pemberian subsidi ini tidak tersasar, kerajaan memerlukan kos yang tinggi dan jika ingin memasukkan data pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat. Sistem untuk merasionalisasi subsidi ini dilaksanakan kerana kerajaan telah membelanjakan secara purata sebanyak RM 2 bilion sebulan untuk subsidi petrol RON95 dan diesel. Data telah mendapati bahawa sebanyak 70% digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi dan sekali gus menunjukkan bahawa pemberian subsidi ini telah tersasar kepada golongan yang tidak layak mendapatkan subsidi daripada kerajaan.

            Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan telah menyebabkan pihak pembangkang mengkritik tentang cadangan yang telah dikemukakan. Pemimpin pakatan rakyat berasa Putrajaya seharusnya memberikan fokus kepada penyelesaian isu tadbir urus fiskal yang lebih besar berbanding mekanisme kecil seperti penggunaan MyKad bagi memastikan golongan yang benar-benar layak menerima subsidi bahan api. Hal ini kerana, menurut pandangan mereka pembelian petrol dengan menggunakan MyKad tidak akan menyelesaikan isu subsidi bersasar, sebaliknya bagi mengatasi ketirisan perbelanjaan negara, kerajaan perlu mempunyai satu jalan penyelesaian menyeluruh terhadap keseluruhan sistem. Pihak pakatan juga menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan cara sasaran subsidi minyak menggunakan MyKad. Hal ini kerana, akan terdapatnya pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh  menyalahgunakannya, seperti menuang minyak menggunakan MYKad orang lain.  Namun begitu, pihak pakatan menyatakan bahawa sistem menggunakan MyKad ini boleh digunakan, cuma mereka bukan ingin melihat mekanisme pengagihan subsidi, tetapi ingin melihat komitmen kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan menangani ketirisan serta penstrukturan cukai. Selain itu juga, pihak ini melihat bahawa, jika sistem MyKad ini dilaksanakan, ia akan menyebabkan nasib golongan kumpulan berpendapatan sederhana iaitu mereka yang berpendapatan RM4000 sehingga RM5000 akan terhimpit dengan sistem ekonomi yang sedia ada. Namun begitu, apa yang penting yang ingin disampaikan oleh pihak ini ialah, pihak kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan cadangan menggunakan sistem MyKad ini sebelum kajian menyeluruh dibuat. Hal ini kerana, pengumuman yang belum matang dan belum ada kepastian yang menyeluruh akan mengelirukan rakyat. 

 Secara keseluruhannya, rasionalisasi subsidi ini dilaksanakan bagi membolehkan negara mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pertumbuhannya. Tambahan pula, rasionalisasi subsidi juga merupakan salah satu isu yang berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhannya, maka ia merupakan satu pilihan yang tidak boleh dielakkan lagi. Selain itu juga, pengurangan subsidi kepada rakyat juga membolehkan negara meningkatkan peruntukan bagi sektor-sektor penting negara seperti pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan, dan seterusnya dapat mewujudkan pekerjaan melalui pelaburan. Untuk memastikan rasionalisasi subsidi ini berjalan dengan lancar, kerajaan juga telah melaksanakan langkah proaktif iaitu dengan mewujudkan pelbagai pendekatan seperti memberi pilihan kepada pengguna sama ada ingin menggunakan produk petrol RON95 atau RON97. Selain itu juga, kerajaan juga perlu memastikan badan penguatkuasaan mempertingkatkan usaha mereka dalam mengawal dan memantau pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada langkah rasionalisasi ini. Berbalik kepada cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kewangan mengenai penggunaan MyKad sebagai langkah untuk memberikan subsidi kepada golongan yang berfokus. Pada pendapat saya, cara ini agak kurang memberangsangkan dan kurang berkesan. Hal ini kerana, apabila ingin memasukkan pendapatan rakyat dalam maklumat khas di MyKad akan mengambil masa yang agak lama. Tambahan pula, kos yang akan digunakan bagi melaksanakannya agak tinggi. ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada defisit. Selain itu, bukan semua rakyat di Malaysia ini bekerja dalam sektor awam dan swasta, malahan ada di antara mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai gaji yang tidak tetap. Bagaimana pula kerajaan ingin memastikan gaji setiap individu terutamanya mereka yang bekerja sendiri. Selain itu juga, jika sistem MyKad ini dijalankan, ia agak rumit kerana perlu dikemaskini setiap masa khususnya bagi mereka yang selalu bertukar-tukar pekerjaan. Selain itu juga, bagaimana kerajaan menentukan seseorang pelajar yang mempunyai kereta layak mendapat subsidi atau tidak? Adakah dengan mengemaskini pendapatan keluarga di dalam MyKad pelajar tersebut? Dalam dunia yang serba moden ini, pelbagai cara yang boleh digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan apa sahaja yang dikatakan baik untuk mereka. Sebagai contoh, suami mempunyai pendapatan atas RM 4000 manakala isterinya pula berpendapatan bawah RM 4000. Justeru si suami boleh menggunakan MyKad isteri untuk menunag minyak kerana isterinya mendapat subsidi petrol. Selain itu juga, chip di MyKad merupakan benda yang sensitif dan selalu rosak.  Sebagai contoh, jika seseorang itu ingin menuang minyak kereta, dan apabila sampai di kaunter pembayaran untuk di scan sama ada orang ini layak atau tidak diberi subsidi, dan chip pada MyKadnya rosak. Ini akan menyebabkan timbulnya masalah lain pula. Pihak kerajaan perlulah memperbetulkan corak pentadbirannya supaya setiap keputusan yang diambil membolehkan mereka untuk menjawab balik dengan memberikan kenyataan yang rasional. Mereka tidak boleh membuat pengumuman yang belum matang serta belum ada kepastian secara menyeluruh kerana ia secara tidak langsung akan mengelirukan rakyat sebagai contoh dalam memberikan cadangan berkaitan dengan sistem MyKad. Oleh itu, kerajaan perlulah mencari penyelesaian yang lebih holistik dan menyeluruh bagi menyelesaikan masalah pembahagian subsidi secara bersasar dengan secepat mungkin kerana kerajaan ada masa tidak sampai 6 bulan dari sekarang sebelum rasionalisasi subsidi secara bersasar dilaksanakan.

Tindakan yang ketiga dalam strategi tadbir urus fiskal ialah Menyebarluas Lautan Biru Kebangsaan. Menyebar luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan merupakan tindakan ketiga dalam melaksanakan strategi ketiga iaitu memantapkan tadbir urus fiskal dalam pembentang bajet bagi tahun 2015. Lautan merujuk kepada perkhidmatan awam manakala lautan biru pula merujuk kepada peluang baru untuk diterokai bagi menambahbaik perkhidmatan awam untuk rakyat. Dalam konteks menyebarluas lautan biru kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh perdana menteri kita iaitu YAB. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2009. Antara kata-kata beliau ialah ‘kita belayar dari lautan merah ke lautan biru dengan bekalan produktiviti, kreativiti dan inovasi’. Ia perlu dilaksanakan melalui kerjasama di antara semua kementerian dan agensi kerajaan iaitu merentasi kerajaan persekutuan, negeri dan juga tempatan. Untuk melaksanakan strategi ini, kita seharusnya berpegang kepada 3 prinsip proses saksama (3P). Antara prinsipnya ialah penglibatan di antara semua pihak iaitu menteri, penjawat awam hingga ke rakyat, penerangan mengenai kepentingan program menyebarluas lautan biru kebangsaan (NBOS) agar difahami oleh semua pihak dan prinsip yang terakhir ialah penjelasan tanggungjawab supaya semua pihak dapat memahami peranan masing.

Dalam pembentangan bajet 2015, National Blue Ocean Strategy telah menunjukkan keberkesanan pelaksanaan projek dan program kerajaan. Oleh itu, sebanyak 3566 juta ringgit akan disediakan bagi tahun 2015. Kerajaan telah bercadang untuk membuka 4 buah UTC di Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis serta 1 mini UTC di kedah. Selain itu juga, kerajaan bercadang untuk mempergiatkan lagi latihan peningkatan kemahiran atau upskilling kepada 5000 pelatih melalui program 1 Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1 Malaysia Training Centre bagi sektor swasta.

Kita dapat lihat bahawa, kerajaan akan telah memperuntukkan sebanyak 3566 juta ringgit bagi menambah lagi 4 cawangan UTC dan 1 mini UTC. Pada pendapat saya penubuhan UTC ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat dalam memudahkan urusan. Kebanyakan rakyat tidak mengkritik pelaksanaan NBOS ini kerana ia tidak membebankan rakyat malah memberi kemudahan kepada rakyat. Namun begitu, pelaksanaan NBOS ini secara tidak langsung telah membelanjakan banyak duit negara.

Secara kesimpulannya, untuk mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan negara, menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh serta mengurangkan defisit fiskal, kerajaan perlulah meneliti semula corak pentadbirannya. Tadbir urus yang baik menurut UNDP (1994), mempunyai 10 prinsip iaitu penyertaan, kedaulatan undang-undang, transpirasi, kesamaan atau kesetaraan, responsif, wawasan ke hadapan, akauntabiliti, efektif dan efisien, profesionalisme dan berorientasikan kepada konsensus. Namun begitu, terdapat 3 sahaja yang paling utama yang dilihat perli dititikberatkan oleh pihak pentadbir iaitu penyertaan, akauntabiliti dan transpirasi. Pelaksanaan GST dilihat sebagai salah satu bebanan kepada rakyat walaupun dalam pada masa yang sama kerajaan sebenarnya ingin memperbaiki sistem cukai yang sebelum ini dikatakan tidak telus dan sebagainya. Selain itu, kerajaan juga ingin mengurangkan kebergantungan negara kita terhadap Petronas seterusnya Petronas boleh menggunakan pendapatan untuk pelaburan dan membangunkan syarikat dengan lebih baik. Kerajaan ingin melaksanakan GST kerana sistem ini lebih cekap, berkesan, telus dan mesra perniagaan. Tambahan pula, GST ini dilaksanakan kerana ia berupaya untuk menjana punca hasil yang stabil seperti tidak terdedah kepada turun naik ekonomi. Pada pandangan saya jika benar-benar kerajaan ingin melaksanakan GST, pendidikan kepada rakyat berkaitan dengan kebaikan dan keburukan pelaksanaan GST kepada rakyat perlu diperbanyakkan. Hal ini kerana kebanyakan rakyat menganggap asal namanya ‘cukai’ barang akan naik dan membebankan rakyat. Kebanyakan rakyat mengatakan bahawa apabila harga minyak naik, automatik harga barang akan ini. Ini bersangkutan dengan kos penghantaran dan kemungkinan harga barang akan naik lagi jika rasionalisasi secara berfokus dilaksanakan pada Jun 2015.

terima kasih kepada sesiapa yang saya rujuk.. 



Wednesday, January 7, 2015

MASIL PERLU


assalamualaikum... da kenape la time exam nie nk jiwang2 dgr lagu yg sedih2 nie... ok.. wake up!!!


https://www.youtube.com/watch?v=ShVaZ6CqXxo

BULAN YANG HURU HARA...

assalamualaikum w.b.t.. :)

hurm rasa mcm da bersarang je aku punyer blog nie.. al maklumlahh dah tahun 3 nie... makin bertambah2 lah kerja yg lect nk bg.. huihuihui... x pe2 jangan mengeluh..ambik semua bnde nie sebagai titik tolak untuk kita nak berjaya... hurm.. sem nie aku hanya ambik lima subjek je..plus plus aku keje sem nie.. hehe..  bagi menampung kewangan aku at UKM nie.... nak harapkan duit PTPTN... mana lah nk cukup.. lagipun aku nie bawa kete.. duit mnyak kete lagi.. duit minyak hitam lagi.. n duit btolkan lptop setiap sem mnti ada.. haha.. yg nie mmg x leh elak... aku pown sedar aku nie bukan orang senang... nak mintak mama duit?? hurm kene pikir banyak kali la... adeq2 bawah aku berderett kowt... paham2 je lah.. bila belajar mmg banyak pakai duit...

hurm lg nak citer pasal apa ye?? kreekk2.. pikir kejap...hahhhhhh. aku dah tukar tajuk thesis tau.. x tau dah nk pikir wat tajuk apa... last2 hehehe(ketawa jahat).. aku ambik keputusan untuk ambik tajjuk kaedah penyelidikan sem lepas... nak dijadikan cerita semalam penyelia aku dah semak la proposal aku.. sekali time kelas.. kene hentamm kaw kaw kaw punyew lah.. mmg lahh dye nk suruh aku faham... aku nie bukan budak jabatan agama tapi??? antropologi dan soiologi... sooo gaya penulisan aku tu.. mmg nampak bias sgt.. lebih kepada melayu (islam)... so kene tukar gaya penulisan.. tu lah nk cepat siap g ambik proposal sem lepas main tampal2 apa yang patot sekali kene setepekkk... hahaha .. pegajaran ntok diri sendiri.... bnyak jugaklah pembetulan yang aq kene buat n apa yang penting sekarang aq kene cari budak yang hedonisme dalam UKM nie.. semoga ada la individu2 yang memahami dapat membantuku... amin..


mnggu nie jadual aku padat plus plus... isnin sampai khamis.. keje plus kelas... plus excimnt... jumaat samapi ahad ada fieldwork at taman negara pahang... wink2.. x sabar rasanya nk g... hahaha... semoga perjalanan pergi dan balik kami selamat...amin....

...........................................................................................................................................................

citer yang aq membebel at atas nie rasanya mcm minggu2 terawal msuk sem nie... hurm.. nak dijadikan cerita.. ok wait2... raihan oi.. sekrang nie aq nk citer pasal proposal aq.. lepas da kene marah tu.. aq pown baiki2... masa pembentangan proposal tu bnyak la juga kene komen.. nak2 bila penyelia aq x de.. mslhnya bukan aq je yg kene 1 group aq kowt kene komen kaw2.. x pe2 nk dapat ilmu mmg kene tadah telinga la'n.. hehe.. seminggu lepas tu penyelia nk jumpe.. n then dye tanyelah.. ok raihan apa dr2 lain komen tntang tajuk awq.. aq pown cerita la daripada A sampai Z... lepas tu Dr merangkap penyelia aku tu dye tnye la... apa sebenarnya yg awq nak kaji nie? mcm mana awq nk judge n tau yang informan awq nie mmg betol2 berpakaian mcm hedonisme.. klo dalam konteks islam awq boleh buat.. masalahnya awq nie budak ansos.. jadi saya cadangkan awq tukar tajuk... hurmm... korang rasa x apa yg aq rasa time tu?? air mata da bergenang... rilex2.. x macho la raihan oi nangis dpn dr.. n then dr tnye la pendapat kwn2 aq yg len suruh suggestkan tajuk ntok aq... mula2 ada yg suggest tntng metroseksual... alamak nie yang aq lemah nie nak kene temubual owg lelaki... segan.. malu tau x?? nasib la penyelia aq memahami aq.. n then dye cadangkan tajuk tentang shopping on9.. balik bilik aq pown excited la cri maklumat pasal tajuk yg dr cadangkan... tetibe esok dye whatssap suruh tukat tajuk.. haha... terima dengan hati yang redha oi.. tp x pe la.. walaupun dr aka penyelia aq nie garang.. dye tolong aq cri artikel tntng facebook dan digital privacy.. istilah nie baru lagi...so aq susah nk jumpe.. sekarang nie musim exam so x de masa nk update proposal... bukan aq sowang je proposal x siap2 lagi.. semua budak ansos oi.. tabahh la wahai kawan2... ok.. sambung next time.. 

BINCANGAN TEORI KETEGANGAN MERTON. SETERUSNYA BINCANGKAN PERBEZAAN DAN PERSAMAAN PANDANGAN ANTARA MERTON DAN EMILE DURKHEIM TENTANG GEJALA BUNUH DIRI

Assalamualaikum...tgh syok2 baca nota.. tetibe rasa mcm nk share excment nie. sharing is caring right?? hahaha  semoga boleh membantu... :)

 DEVIANCE DAN KAWALAN SOSIAL

1.1       PENDAHULUAN
Menurut pandangan kebanyakan ahli sosiologi, perlakuan yang dianggap devian atau lencong itu bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh individu atau masyarakat tersebut. Menurut Robert Merton (1938) perlakuan devian ialah kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial. Ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakat sebagai munasabah dan (menjadi alat penyatuan) bagi orang-orang yang menduduki status berlainan.
 Albert Cohen (1966) pula menyatakan perlakuan devian ialah kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial. Menurut Jerry Falwell (2010) devian merujuk kepada
“… a phenomenon-that is, as a thing with specific, concretely real features that we can identify and locate-or as constructed phenomenon, that is, as a phenomenon that exists because certain observers or audiences define action as wrong.
 The essentialistic definition of deviance as objectively given,” sees action as wrong not because they violate a given society’s or group’s norms, rules, or laws, but because they are objectively wrong or absolutely evil: They violate a law of nature, or science, or the rules of God, or have offended the universe in some way”.
 Kelakuan devian adalah satu elemen asing dalam sesebuah masyarakat. Definisi devian bergantung pada bagaimana masyarakat mentakrifkan devian, siapa yang dikatakan sebagai devian dan apa yang masyarakat lakukan apabila ia menjadi isu dalam organisasi sosial. Devian melibatkan penyimpangan norma sesebuah kumpulan yang tidak diinstitusikan oleh undang-undang secara formal. Ia merupakan konsep yang komprehensif yang melibatkan kelakuan jenayah dan kelakuan-kelakuan lain yang tidak di bawah pendakwaan.
Menyimpang atau tidaknya perilaku seseorang itu ditentukan oleh norma atau nilai-nilai yang berlaku dalam masyarakat di mana ia tinggal. Setiap tindakan atau perilaku yang bertentangan dengan nilai dan norma yang berlaku akan dianggap sebagai penyimpangan sosial yang bersifat negatif. Menurut Robert Merton sekitar tahun 1930 an, menyatakan bahawa teori penyimpangan sosial merupakan penyimpangan akibat dari adanya pelbagai ketegangan dalam struktur sosial sehingga ada individu-individu yang mengalami tekanan dan akhirnya menjadi menyimpang. 
Durkheim merupakan seorang penulis yang agak radikal dari Perancis. Beliau merupakan salah seorang ahli sosiologi yang meletakkan pengetahuan dasar-dasar sosiologi moden. Dia banyak menulis tentang cara sosiologi, pengetahuan dan sosiologi agama, pembahagian kerja dan bunuh diri, pendidikan dan moral. Antara hasil karyanya ialah “The Division of Labour in Society, Rules of Sociological Method, Suicide dan Elementary Forms of Religion Life”.
Robert K. Merton lahir di Philadelphia pada tarikh 4 julai 1910 dan tinggal di atas kedai runcit yang dimiliki oleh kaum Yahudi. Ibu Robert Merton merupakan salah seorang ahli falsafah yang memungkinkan beliau untuk memanfaatkan peluang budaya tingkah laku masyarakat di Philadelphia. Merton sering mendapatkan seberapa banyak ilmu dan sering dijumpai di perpustakaan Carnegie dan telah mendapat pendidikan muzik di Philadelphia Museum of Art. Merton pernah berkata di New York Times iaitu “Para remaja diberikan modal yang pelbagai seperti modal sosial, modal budaya, modal manusia dan modal awam, namun mereka tidak diberi modal kewangan”.

Kedua-dua tokoh di atas menerangkan tentang Anomie. Emile Durkheim merupakan orang yang pertama yang memperkenalkan konsep ini. Kemudian dikembangkan oleh Robert K. Merton. Menurut “Chambers 20th Century Dictionary” Anomie ialah
“a condition of hopelessness caused by a breakdown of rules of conduct, and loss of belief and sense of purpose in society or in an individual”
Manakala menurut Durkheim
“as state of lawlessness existing at times of abrupt social change, and affecting in particular the state of ‘normlessness’, which exists when the insatiable desires of humans are no longer controlled by society”
1.2       TEORI KETEGANGAN ROBERT K. MERTON

Menurut teori Merton, struktur sosial dapat menghasilkan tingkah laku yang bersesuaian dengan norma, namun begitu struktur sosial juga dapat menghasilkan perilaku yang bertentangan atau menyimpang. Struktur sosial dapat menghasilkan pelanggaran terhadap norma sosial yang akhirnya menyebabkan terbentuknya anomie. Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Merton dalam teori ketegangan, perilaku yang bertentangan atau menyimpang ini terhasil akibat daripada berlakunya ketegangan dalam masyarakat yang mana dianggap bernilai dan cara pencapaian yang dianggap sah dalam masyarakat.
 Berdasarkan teori ketegangan yang dikemukakan oleh Robert K. Merton, beliau berpendapat bahawa perilaku yang bertentangan atau menyimpang, terhasil dari keadaan sosial tertentu. Merton menegaskan bahawa, apabila seseorang individu dihalang untuk melakukan sesuatu yang diinginkan, individu itu akan mengalami ketegangan atau kekecewaan. Disebabkan kekecewaan ini, individu bertindak di luar kawalan. Menurut Merton lagi, seseorang individu yang mengalami kekecewaan ini akan mengalami anomie. Anomie adalah satu tahap dimana seseorang individu itu akan berfikir untuk membunuh diri kerana kekecewaan yang dihadapi. Perasaan dibuang dari masyarakat membayangi individu seperti ini. Contohnya, seorang pelajar yang telah menduduki peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Seramai 4 orang sahabat baiknya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya memasuki universiti yang mereka inginkan, manakala beliau hanya memperolehi 2A sahaja dalam keputusannya. Beliau ingin menjadi seorang doktor, keputusan yang diperolehinya tidak memenuhi syarat untuk memohon universiti dalam bidang yang diinginkan. Hal ini menyebabkan beliau berasa kecewa kerana keputusan ujiannya menyebabkan beliau mempunyai peluang yang terhad untuk mencapai matlamat yang diinginkan berbanding rakan-rakan yang lain.
 Dalam tahun 1960an ahli sosiologi Richard Cloward dan Lloyd Ohlin dalam teorinya menyatakan bahawa tugas yang paling sukar yang akan dihadapi oleh masyarakat perindustrian adalah untuk mencari dan melatih individu untuk mengambil alih pekerjaan dalam bidang intelektual yang akan mengambil alih bidang ilmu dari generasi sebelumnya, bagi memenuhi kehendak keperluan semasa, tenaga kerja yang celik dan terlatih diperlukan. Tugas masyarakat adalah untuk memberikan motivasi kepada ahli masyarakat yang lain untuk memperoleh kecemerlangan di tempat kerja. Antara cara-cara yang diperlukan untuk melahirkan persekitaran kerja yang cemerlang adalah dengan menimbulkan rasa tidak puas hati dengan kepuasan antara satu sama lain dan mengaitkan dengan status quo. Cloward dan Ohlin berhujah bahawa jika wujudnya masyarakat yang tidak berpuas hati dengan apa yang mereka miliki seperti tempat tinggal, pendapatan dan sebagainya, masyarakat ini akan lebih terdorong untuk bekerja keras dalam memperbaiki kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik atau kearah matlamat yang mereka inginkan. Contohnya seseorang yang ingin menjadi kaya atau ingin mempunyai pendapatan yang lebih, individu itu akan berusaha mencari alternatif lain untuk mencapai apa yang diinginkan, contohnya kerja lebih masa atau mencari pendapatan sampingan dengan menjadi usahawan di waktu lapang.
 Dalam struktur peluang tidak sah, setiap tingkah laku tidak hanya tertumpu dan tidak terhad kepada cara yang diinstitusikan. Sebaliknya, setiap jenayah berpunca daripada peningkatan mencari peluang dalam keadaan yang tidak sesuai atau melalui cara-cara yang tidak betul bagi memperolehi kejayaan yang diinginkan. Struktur-struktur seperti jenayah dan sesuatu yang melanggar norma masyarakat, umumnya lebih tertumpu kepada golongan masyarakat yang miskin yang terdiri daripada kelas bawahan. Lazimnya, golongan miskin yang tinggal di bandar sering melibatkan diri dalam kegiatan jenayah seperti pelacuran, rompakan, pengedaran dadah, menculik atau membuat pinjaman dengan skim-skim pinjaman haram seperti along dan sebagainya. Walaupun aktiviti seperti ini jelas menyalahi undang-undang, golongan ini masih mendapat peluang untuk terjebak dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Hal ini kerana wujudnya pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang masih memberi kemudahan bagi tujuan untuk mengaut keuntungan. Mereka tidak peduli sama ada perbuatan yang dilakukan itu salah di sisi undang-undang.

1.3       TEORI ANOMIE MENURUT EMILE DURKHEIM

Menurut Emile Durkheim, anomie adalah keterasingan yang dialami individu dari lingkungan masyarakatnya. Perubahan sosial yang sangat mendasar telah menempatkan pada suatu keadaan anomie atau situasi yang sama sekali tidak dapat difahaminya. Keadaan seperti ini menurut Durkheim sebagai salah satu sebab seseorang melakukan bunuh diri atau disebut sebagai anomie suicide. Emile Durkheim tertarik untuk mengkaji dan menjelaskan anomie kerana Durkheim memusatkan perhatiannya atau memfokuskan perhatiannya kepada solidarity sosial sebagai salah satu fungsi penting dari susunan sosial. Individu memiliki tempat yang ditetapkan di dunia yang diciptakan dan diperkuat oleh nilai-nilai sosial dari moralitas, agama, dan patriotisme. Beliau  mengamati bahawa tingkat solidariti akan lebih kuat atau lebih lemah dalam masyarakat yang berbeza, dan dia juga mengamati bahawa beberapa kekuatan sosial moden cenderung merosakkan moral dan melemahkan kohesi sosial.
 Dalam teorinya tentang bunuh diri, sorotan dari situasi "anomie" merujuk kepada keadaan individu yang hubungannya dengan seluruh tekanan sosial yang lemah, dan ia menjelaskan perbezaan dalam tingkat bunuh diri dalam kalangan masyarakat sebagai hasil dari pelbagai peringkat solidariti dan sebaliknya. Di samping itu, ketertarikan Durkheim dalam mengkaji anomi adalah kerana anomi merupakan ketegangan antara fakta sosial dan kemahuan individu yang mengakibatkan patologi sosial. Penyimpangan perilaku atau “deviance behaviour” yang terjadi pada individu disebabkan semakin rendahnya integrasi sosial, solidariti, dan peringkat persamaan. Selain itu anomi adalah merupakan fakta sosial yang ada dalam dunia kehidupan sosial.
 Konsep Durkheim tentang anomi (teori anomi) termasuk kelompok teori Under control. Penyelidikan Durkheim tentang “suicide” (1897) atau bunuh diri dilandaskan pada andaian (dugaan yang dianggap benar) bahawa rata-rata bunuh diri yang terjadi dalam masyarakat merupakan tindakan yang paling akhir dari suatu anomi. Anomi bermaksud kekacauan norma yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat pada mulanya telah mempunyai norma tersendiri yang dikongsi serta dipersetujui bersama. Namun begitu, berikutan dengan berlakunya perindustrian, masyarakat tidak dapat mengawal keadaan dan diri mereka.  Durkheim juga telah menyatakan bahawa runtuhnya ikatan moral, aturan budaya, dan undang-undang adalah berpunca daripada transformasi sosial yang mendadak dalam masyarakat.
 Istilah anomie menurut Durkheim ialah sesuatu keadaan seseorang itu hilang arah haluan ataupun keliru dengan nilai dan norma masyarakat yang menjadikannya dalam keadaan ketiadaan norma atau dikenali sebagai “normlessness”. Anomie merupakan keruntuhan norma yang berkaitan dengan bagaimana masyarakat harus bersikap atau berkelakuan terhadap anggota yang lain. Masyarakat masih tidak mengetahui apa yang diharapkan oleh masyarakat yang lain. Oleh sebab itu munculnya perilaku menyimpang.
 Menurut Durkheim, keselarasan(conformity) dan pengukuhan(obedience) menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi suatu yang mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan menimbulkan perasaan tidak perlu kepada norma-norma masyarakat. Menurut Durkheim anomie berlaku disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu tersendiri. Keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan institusi ekonomi, perubahan sosial dan ketiadaan kawalan sosial dalam masyarakat.
 Anomie merujuk kepada hancurnya norma-norma sosial, apabila norma tidak lagi mengawal tindakan ahli masyarakat. Dalam bukunya “The Division of Labour in Society(1893)”, Emile Durkheim menggunakan istilah anomie untuk menerangkan keadaan “deregulation” di dalam masyarakat yang ditakrifkan sebagai tidak patuh kepada norma dan nilai yang terdapat dalam masyarakat sehingga orang tidak tahu apa yang diharapkan dari orang lain dan keadaan ini menyebabkan penyelewengan.
Menurut Emile Durkheim, teori anomie terdiri dari tiga perspektif iaitu manusia adalah makhluk sosial, kewujudan manusia sebagai makhluk sosial dan manusia cenderung untuk hidup dalam masyarakat dan kewujudannya sangat bergantung pada masyarakat. Istilah anomie yang dikemukakan oleh Emile Durkheim dalam bukunya yang bertajuk “Suicide(1897)” ialah suatu tindakan bunuh diri dalam masyarakat merupakan puncak yang terakhir dalam anomie kerana dua keadaan sosial iaitu ‘social integration’ dan ‘social regulation’. Berikut merupakan hipotesis yang dikemukakan oleh Durkheim bagi menerangkan kedudukan perilaku anomie.

SOCIAL CONDITION
HIGH
LOW
SOCIAL INTEGRATION
Altruism
Egoism
SOCIAL REGULATION
Fatalism
Anomie

Emile Durkheim mengemukakan bahawa bunuh diri atau suicide berasal dari tiga keadaan sosial yang menekan (stress). Antaranya ialah altruism, anomie, fatalism dan egoisme. Bunuh diri jenis egoistik adalah suatu tindakan bunuh diri yang dilakukan oleh seseorang kerana merasa kepentingannya sendiri lebih besar daripada kepentingan kesatuan sosialnya. Seseorang yang tidak mampu memenuhi peranan yang diharapkan(role expectation) di dalam (role performance) iaitu peranan kehidupan seharian maka orang tersebut akan tertekan dan melakukan bunuh diri.
Bunuh diri jenis altruistic merupakan orang yang melakukan bunuh diri kerana merasa dirinya sebagai beban dalam masyarakat. Contohnya, seorang isteri bunuh diri kerana kematian suaminya. Selain itu juga, bunuh diri kategori ini dilakukan oleh orang Jepun yang berhaluan kiri iaitu bunuh diri yang dilakukan oleh askar demi membela negaranya. Manakala bunuh diri fatalisme pula merupakan satu jenis bunuh diri yang dilakukan kerana putus asa iaitu mereka yang tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

1.4       TEORI ANOMIE MENURUT ROBERT K. MERTON

Pada tahun 1938, Robert K. Merton menerima pakai konsep anomie Emile Durkheim untuk menjelaskan “deviation” di Amerika. Konsep Merton ini sebenarnya dipengaruhi oleh keadaan intelektual. Menurut Robert K. Merton, konsep anomie didefinisikan sebagai ketidaksesuaian atau timbulnya perbezaan antara “cultural goals” dan “institutional means” sebagai akibat cara masyarakat diatur (struktur masyarakat) kerana terdapatnya pembahagian kelas. Menurut John Hagan, teori anomie Robert K. Merton berorientasikan kepada kelas.
 Teori anomie Robert K. Merton pada mulanya berteraskan hubungan antara perilaku “delinkuen” dengan tahap tertentu pada struktur sosial yang akan melahirkan suatu keadaan terhadap pelanggaran norma masyarakat yang merupakan reaksi normal. Terdapat dua unsur bentuk perilaku “delinkuen” iaitu unsur dari struktur sosial dan budaya. Unsur budaya melahirkan “goals” dan unsur struktural melahirkan “means”. “Goals” ditakrifkan sebagai tujuan dan kepentingan membudayakan kerangka aspirasi dasar manusia. Manakala “means” pula bermaksud aturan dan cara kawalan yang mengarah serta diterima sebagai cara untuk mencapai tujuan. Robert K. Merton membahagikan norma sosial kepada tujuan sosial dan cara-cara yang tersedia untuk mencapai tujuan tersebut.
 Dalam perkembangan berikutnya, pengertian anomie mengalami perubahan dengan adanya pembahagian tujuan dan cara dalam masyarakat yang berstruktur. Misalnya, terdapat perbezaan kelas-kelas sosial untuk membezakan matlamat(goals) dan cara(means) yang tersedia. Merton mencadangkan bahawa terdapat lima cara asas untuk individu untuk menyesuaikan diri dengan ketegangan di antara matlamat(goals) dan cara(means). Antaranya ialah “conformity, innovation, ritualism, retreatism dan rebellion”.
Conformisty(kesesuaian) adalah di mana masyarakat menerima matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh anggota masyarakat kepada dirinya, dan ianya merupakan cara yang diinstitusikan untuk mencapai sesuatu matlamat. Umumnya, kebanyakan individu seperti ini ingin mencapai status yang tidak jelas yang disebut sebagai “kehidupan yang lebih baik” dan menerima apa sahaja yang ditetapkan untuk sampai ke tujuan yang diingini. Individu ini akan cuba menyesuaikan diri dengan norma yang sedia ada dalam masyarakat dan mengikuti tentang apa yang dianggap bernilai oleh anggota masyarakat. Contohnya untuk mendapat anugerah Dekan, seseorang itu perlu berusaha keras untuk mendapat PNGK 3.67 ke atas. Bagi mencapai matlamat itu seseorang itu akan mengulang kaji lebih berbanding orang lain. Masyarakat lain akan beranggapan dengan belajar lebih berbanding orang lain, matlamat yang diinginkan untuk mendapat anugerah Dekan akan tercapai. Seseorang yang ingin berjaya akan menggunakan semaksimum mungkin potensi yang dimilikinya untuk mencapai kejayaan tersebut.
Cara yang kedua pula ialah melalui “innovation”. Individu jenis ini ialah individu yang menerima matlamat dalam masyarakat, namun menolak cara biasa yang digunakan oleh masyarakat untuk mencapai matlamat tersebut. Contohnya seorang anggota parlimen selalunya seorang yang mempunyai ekonomi yang kukuh(kaya raya), berprestij tinggi dan sebagainya. Kekayaan yang menjadi miliknya adalah hasil daripada rasuah. Hal ini kerana kekayaan yang dimiliki itu diperoleh melalui cara-cara yang tidak sepatutnya iaitu bukan dari hasil usahanya sendiri. Selain itu, contoh lain yang dapat kita lihat ialah seorang yang ingin menjadi pelakon, namun tidak memiliki bakat berlakon. Jadi untuk mencapai matlamat yang diinginkan, seorang pelakon yang tidak mempunyai bakat tidak mungkin menjadi pelakon walaupun telah mengikuti norma yang sedia ada sebagai seorang pelakon. Oleh kerana tetap ingin menjadi pelakon, berkemungkinan individu itu akan menggunakan kaedah alternatif yang lain bagi memiliki keinginan untuk berjaya menjadi seorang pelakon. Contohnya, beliau boleh menggunakan kecantikannya untuk mengambil hati pengarah, atau berkemungkinan menjadi perempuan simpanan pengarah dan lain-lain lagi. Merton, menyebut hal ini sebagai inovasi, iaitu keupayaan untuk mewujudkan kaedah-kaedah yang lain yang dianggap bernilai dengan cara-cara tidak biasa atau disebut non-konvensional.
Seterusnya ialah melalui cara “ritualism”. Cara ini merupakan cara yang menolak matlamat budaya, akan tetapi masih menerima cara yang diinstitusikan untuk mencapai matlamat dan kejayaan yang diinginkan oleh mereka. Cara ini juga merupakan perbuatan ritualisme yakni berpegang teguh kepada kaedah-kaedah yang berlaku tanpa mengorbankan nilai sosial budaya yang sedia ada. Contohnya seseorang yang telah bekerja sebagai guru tadika selama bertahun-tahun, individu ini tidak mempunyai keinginan untuk meningkatkan kuasa, pendapatan, tanggungjawab, kuasa atau statusnya. Individu seperti ini telah berpuas hati dengan tahap kedudukannya.  Individu seperti ini terlibat dengan rutin hariannya seperti biasa tanpa memikirkan untuk memperbaiki kedudukannya. Biasanya, individu seperti ini sudah tidak mempunyai harapan bahawa usaha belum tentu menghasilkan sesuatu      keputusan seperti yang diinginkan. Individu seperti ini dipanggil sebagai ritualis.
Cara yang keempat pula ialah melalui “retreatism”. Retretists ialah tindak balas yang menolak matlamat yang ditetapkan oleh budaya dan juga menolak cara yang diinstitusikan bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Individu seperti ini ialah individu yang tidak berminat untuk membuat duit atau mempunyai kerjaya yang tertentu, dan individu  seperti ini lebih cenderung untuk tidak mengambil berat tentang kerja keras atau tentang pendidikan. Namun begitu, di pihak yang lain ada juga anggota masyarakat yang mempunyai keinginan untuk berjaya dalam kehidupan dan mengikuti cara yang sesuai dengan norma yang ada dalam masyarakat. Individu seperti ini juga tidak bersedia untuk melanggar norma demi mencapai apa yang diinginkan. Namun, mereka lebih gemar bersikap penolakan atau “menarik diri” dari masyarakat dengan berkelakuan mengelak dengan keadaan tertentu. Contohnya, mengelakkan diri dari berkawan dengan individu-individu yang mengambil dadah atau tingkah laku yang melanggar norma yang lain.
Cara yang terakhir yang dicadangkan oleh Merton ialah bertindak balas secara pemberontakan(rebellion). Tindak balas ini bukan sahaja menolak matlamat yang diluluskan oleh anggota masyarakat dan budaya malahan turut menolak cara-cara untuk mencapai matlamat itu.  Individu-individu ini menggantikan cara dan matlamat yang sedia ada dengan matlamat mereka sendiri. Revolusioner ialah pemberontakan yang mana mereka menolak status quo. Jika menolak kapitalisme atau demokrasi sebagai contohnya, mereka cuba menggantikan dengan bentuk kerajaan mereka sendiri. Mereka menolak pandangan masyarakat tentang apa yang dianggap bernilai dan juga menolak norma-norma yang berlaku untuk mewujudkan sesuatu norma yang baru mengikut kehendak mereka. Namun begitu, ianya bukanlah satu penarikan diri dari masyarakat dan budaya yang sedia ada, tetapi berusaha secara radikal untuk menggantikan dengan nilai dan norma yang baru. Pemberontakan dalam aspek politik dan keagamaan juga tergolong dalam tindak balas ini. Selain itu kita boleh lihat melalui kaum pemberontak yang memperjuangkan ideologi nya melalui perlawanan bersenjata. Dari kelima jenis di atas, jenis cara adaptasi “conformity” yang merupakan bentuk perilaku yang tidak menyimpang, sedangkan ke empat-empat jenis adaptasi yang lainnya termasuk dalam bentuk perilaku yang menyimpang.
1.5       PERSAMAAN TEORI ANOMIE DURKHEIM DAN MERTON

Antara persamaan yang kita dapat lihat dalam teori anomie Durkheim dan Merton adalah dari aspek istilah yang digunakan. Kedua-dua tokoh ini menggunakan istilah “anomie”  dalam menerangkan perilaku menyimpang. Kita dapat lihat bahawa Merton telah mengembangkan teori anomie yang telah digunakan oleh Durkheim dalam bukunya iaitu “Social Structure and Anomie(1938)”.
Persamaan lain yang dapat kita lihat ialah penggunaan “conformity” dalam menerangkan anomie. Menurut Durkheim “conformity” dilihat menjadi kurang penting apabila hasrat individu untuk mencapai sesuatu menjadi suatu yang mustahil. Hal ini kerana, seseorang itu akan bebas melakukan tindakan yang tidak sesuai dan menimbulkan perasaan tidak perlu kepada norma-norma masyarakat. Menurut Durkheim anomie berlaku disebabkan oleh keadaan masyarakat dan bukannya individu itu tersendiri. Keadaan ini wujud kerana berlakunya keruntuhan institusi ekonomi, perubahan sosial dan ketiadaan kawalan sosial dalam masyarakat. Sama seperti Durkheim,  Merton juga menggambarkan “conformity” dari sudut seseorang individu mungkin tidak mempunyai ketegangan di antara individu yang lain iaitu dari aspek mekanisme yang ditawarkan oleh masyarakat telah berjaya untuk mencapai satu tujuan dan matlamat individu tersebut.

1.6       PERBEZAAN TEORI ANOMIE DURKHEIM DAN MERTON

Menurut Durkheim konsep anomie ini merujuk kepada mencirikan keadaan masyarakat atau kumpulan dengan kadar kekeliruan tinggi dan percanggahan dengan norma-norma sosial yang asas. Manakala konsep anomie menurut Merton pula merujuk kepada bunuh diri hanya merupakan satu bentuk tingkah laku yang menyimpang dari norma masyarakat(deviant).
Terdapat beberapa perbezaan yang wujud di antara teori anomie menurut pandangan Durkheim dan Merton. Dalam teori anomie Durkheim, beliau menyatakan bahawa anomie muncul disebabkan berlakunya proses transformasi. Proses ini telah menyebabkan perubahan masyarakat berlaku secara mendadak seterusnya menyukarkan masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Hasil daripada proses transformasi ini akan wujudnya pembahagian kerja yang lebih khusus. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan konflik di mana berlakunya kekecewaan, rasa tidak puas hati dan putus asa yang boleh  meruntuhkan norma-norma sosial yang sedia ada dan akhirnya akan membawa kepada anomie iaitu gejala perilaku menyimpang(bunuh diri). Manakala menurut Merton pula, anomie wujud disebabkan oleh struktur sosial. Hujah Merton melihat bahawa setiap masyarakat didefinisikan sebagai sebahagian daripada tujuan sistem nilai iaitu Individu harus mencapai matlamat yang ditetapkan oleh masyarakat. Masyarakat harus menetapkan mekanisme dan individu harus mengikuti mekanisme tersebut. Hal ini kerana Robert K. Merton adalah aliran daripada Fungsionalisme yang berjaya mengadaptasi teori Anomie yang dilakukan oleh Emile Durkheim. Merton menekankan pentingnya sebuah perbezaan dalaman di mana individu dipaksa untuk melaksanakan berbagai peranan.
 Selain itu perbezaan kedua-dua tokoh ini boleh dilihat melalui cara mereka mengaplikasikan konsep anomie ini. Dalam karya Durkheim, beliau hanya memfokuskan gejala anomie kepada bunuh diri sahaja. Tetapi dalam karya Merton aspek yang dilihat oleh beliau adalah secara menyeluruh termasuklah bunuh diri, jenayah, kenakalan, penagihan dadah, alkohol, gangguan mental dan sebagainya.
 Antara perbezaan lain yang ditonjolkan oleh kedua-dua tokoh ini ialah dari aspek biologikal manusia. Merton tidak anggap sifat biologikal manusia itu penting dalam menerangkan keseluruhan penyimpangan. Manakala Durkheim pula mempertimbangkan keinginan semula jadi manusia. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui cita-cita manusia. Seperti cita-cita untuk mencapai matlamat yang tidak boleh dicapai.
Durkheim menyatakan bahawa anomie wujud akibat faktor pembahagian kerja yang tidak seimbang. Hal ini berpunca daripada kombinasi konflik dalam perindustrian dan kewangan. Menurut Durkheim, konflik terjadi kerana pembahagian kelas yang tidak seimbang serta pembahagian kerja yang abnormal iaitu pekerja terasing dari pekerjaannya. Oleh yang demikian akan berlakunya anomie hasil daripada kurangnya aturan sosial yang sangat terkait dengan matlamat dan kemahuan manusia. Seterusnya perbuatan anomie ini telah menyebabkan hilang atau lemahnya norma dan aturan sosial yang menjadi salah satu bentuk kawalan sosial manusia. Manakala, anomie menurut Robert K. Merton terjadi apabila wujudnya ketidakadilan dalam sistem sosial yang menyebabkan masyarakat melanggar norma untuk mencapai matlamatnya. Ia juga boleh dilihat ketika keperluan dan kehendak melampaui apa yang sepatutnya dapat dipenuhi melalui “socially acceptable ways”. Keinginan manusia sebenarnya didefinisikan oleh masyarakat itu sendiri. Setiap masyarakat mencipta hal-hal yang dianggap berharga dan harus dipenuhi keinginannya. Jika tidak dipenuhi, manusia tersebut akan mengalami tekanan seterusnya boleh mencapai situasi anomie.
Bagi Merton tidak semua orang mengalami kekecewaan anomie. Merton mengatakan Merton telah mencadangkan bahawa terdapat lima cara asas untuk individu untuk menyesuaikan diri dengan ketegangan di antara matlamat(goals) dan cara(means). Antaranya ialah “conformity, innovation, ritualism, retreatism dan rebellion”. Manakala bagi Durkheim, kejahatan itu merupakan satu yang normal dan wujud dalam masyarakat dan kita tidak mungkin mempunyai cara bagi membanteras kejahatan. Kejahatan yang dimaksudkan oleh Durkheim adalah anomie(kejahatan yang paling tinggi).

1.7       KESIMPULAN

Secara kesimpulannya teori ketegangan Merton menerangkan tentang bagaimana sesebuah masyarakat itu mengalami percanggahan antara matlamat atau jangkaan hasil sebenar. Jenis ketegangan ini berkait rapat dengan konsep anomie oleh Merton. Sebagai contoh seorang anak bercita-cita ingin menjadi seorang penyanyi. Manakala institusi kekeluargaan iaitu yang terdiri daripada ibu bapa melarang anak tersebut menceburi bidang nyanyian. Situasi ini jelas menunjukkan berlakunya ketegangan di mana kehendak anak tadi di halang oleh kedua-dua ibu bapanya. Ini akan memberi tekanan dan kemurungan kepada anak tersebut sehingga boleh membawa kepada anomie.
            Konsep anomie pada awalnya digunakan oleh Emile Durkheim dalam bukunya yang bertajuk “suicide”. Beliau memberitahu bahawa anomie merupakan tingkat paling tinggi dalam penyimpangan sosial. Anomie berlaku disebabkan oleh masyarakat tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan pembaharuan yang berlaku dengan begitu pantas. Sebagai contoh berlakunya perindustrian. Masyarakat tidak dapat berkelakuan seperti mana yang diinginkan oleh orang lain. Hal ini akan menyebabkan berlakunya konflik seterusnya memberi tekanan kepada individu atau masyarakat itu sendiri sehingga boleh menimbulkan anomie.
 Menurut Merton pula, anomie merujuk bahawa dalam setiap masyarakat terdapat struktur sosial(berbentuk kelas-kelas), kelas ini boleh menyebabkan perbezaan dalam mencapai tujuan. Contohnya mereka yang berasal dari kelas rendah mempunyai peluang yang lebih kecil dalam mencapai tujuan bila dibandingkan dengan mereka yang berasal dari kelas tinggi. Keadaan ini akan menimbulkan tekanan di kalangan mereka yang tidak mempunyai peluang untuk mencapai matlamat. Namun begitu, menurut Merton terdapat lima cara untuk mengatasi keadaan anomie dalam setiap anggota kelompok masyarakat dengan tujuan untuk mencapai matlamat(goals) dan menginstitusikan “means”. Caranya ialah melalui “conformity, innovation, ritualism, retreatism dan rebellion”. Hasil daripada penerangan yang dibuat oleh Merton, kita dapat lihat bahawa inovasi, ritualisme, penarikan diri dan pemberontakan merupakan bentuk penyesuaian diri yang menyimpang dari norma-norma yang berlaku. Hal ini kerana pengadaptasian pada struktur sosial yang gagal merupakan fokus teori Robert K. Merton.

 Anomie merupakan salah satu teori yang bersifat abstrak. Teori anomie Robert K. Merton kemudiannya diperbaiki oleh Cloward dan Ohlin(1959) dengan mengetengahkan teori “differential opportunity”. Cloward dan Ohlin mengatakan bahawa terdapat pelbagai cara untuk berjaya, iaitu melalui cara yang disebut sebagai “legitimate dan illegitimate” sedangkan Robert K. Merton hanya mengakui cara pertama sahaja iaitu conformity untuk menghilangkan tekanan. 

THANK TO MY GROUP LIYANA AND MY LECTURE (DR NOVEL)
yan, jue, sara, ika, ina & fiza :)


 
GOOD LUCK & ALL THE BEST.. SAYANG AWQ2 SEMUA 

https://www.youtube.com/watch?v=ShVaZ6CqXxo